Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Wednesday, January 9, 2013

Langkawi _ Part 2

Sebelum ni, Nurul ada post berkenaan dengan chalet di Langkawi. Sape-sape yang merancang percutian ke Langkawi, boleh la cuba hubungi chalet tersebut.. baca dekat SINI.Kalu setakat dua tiga org memang berbaloi sangat lah... okes, dekat Langkawi _ Part 1, Nurul dah cerita berkenaan dengan penginapan dan pengangkutan kat sana. okey.. sekarang ni, Nurul nak cerita aktiviti yang dilakukan di sana pada hari pertama.

Kami naik feri bertolak dari Kuala Kedah sekitar jam 4.30 ptg. Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit lebih dan kami tiba di jeti Langkawi hampir jam 6.15 petang. Ini adalah kali Nurul uruskan percutian, mcm mana nak dapat kan penginapan, mcm mana nak dapatkan kereta dan semua nya lah. Biasanya sebelum ni, pergi mana-mana ikut org bawak je.. wah, kali ni baru betul-betul rasa nikmat bercuti tu, dengan segala usaha dan penat lelah... hehehee....

posing sebelum naik feri. Beg mcm pergi taknak balik... hehee...
Sampai Langkawi, kami hubungi agensi MPR travel yang menguruskan penginapan dan pengangkutan kami dekat sana. Selesai saja menguruskan pembayaran untuk rumah dan kereta selama 3 hari 2 malam. Then, kami punya driver.. haha... bawak kereta tu ke penginapan kami ( chalet kampung ).. tak jauh sangat, dalam 15 minit dari jeti, masih dalam pekan kuah.

Sampai je dekat chalet, kami kemas barang dan apa yang sepatutnya untuk keluar pada malamnya. Untuk malam yang pertama, kami tak merancang kemana-mana sebab badan terlalu penat, kami just keluar utk dinner dan pergi ambik angin dekat Pantai Cenang. Walaupon berpandukan peta, kami masih lagi tersesat sikit-sikit.... bak kata abg polis mlm tu " hai, dua kali lalu nampak? " malu bertanya sesat jalan... " kami gelak je.. punya la cari Pantai Cenang, padahal dah ada kat Pantai Cenang.. hehehe...

sebelum bergerak ke Pantai Cenang, kami isi perut dulu. sebab dah lapar sangat. Cari punya cari, last-last jumpa lah Pak Hasan Tomyam. ( tak sempat nak snap pic, lapar sgt.. haha.. ).. dekat sini Nurul makan nasi putih, amik tomyam ayam + telur dadar + teh o ais. semua sekali 8 ringgit. Tapi okey lah sebab tomyam dia sedap..
1st night dinner.. order tak sampai lagi..posing dulu... hahaha....

lepas makan tu sempat lagi pergi cari tempat nak snap gambar, biasalah perempuan kan...?? hehe

su takde sebab dia tukang snap... hehe...
semua dah kenyang dah happy, larat dah nak keluar. Kitorang pon bergerak ke Pantai Cenang. Agak jauh siket tapi tak terasa sangat. Yang rasa kecewa siket sebab tak dapat nak snap pic dekat sana. Masa kitorang sampai ka Cenang, ramai giler mat saleh n minah saleh kat situ, tengah bersantai ada, tengah main music, tengah mabuk pon ada. Kitorang rasa takut jugak lah.. so tak sampai satu jam kat sana, kitorang blah. Tak berani lah nak amik risiko... hehehe..

Lepas tu kami tak pergi mana dah, sebab jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Terus je drive kereta balik umah sebab esok nak keluar awal pagi. untuk esok, dalam perancangan akan ke Makam Mahsuri, Air terjun Temurun, Cable Car dan dua tiga tempat lagi yang kami rasa sempat nak pergi...

p/s ~ utk hari pertama tak banyak sgt snap pic, entry seterusnya untuk aktiviti selanjutnya...

Tuesday, January 8, 2013

PERCAYA...

Percaya..?? apa yang anda semua tahu atau pikir tentang percaya? Adakah kepercayaan ni satu perkara yang penting dalam sesuatu hubungan? atau sekadar sebagai penambah perisa? okey dekat sini Nurul copypaste sikit ape yang dimaksudkan dengan kepercayaan.. heeee

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.
Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.

kepercayaan ni terbahagi kepada dua. Satu kepercayaan kepada Allah. Yang ni WAJIB ada dalam setiap org yang beragama islam. Yang kedua pula adalah kepercayaan dalam sesuatu hubungan. Kat sini Nurul taknak cakap pasal kepercayaan pada agama tu, sebab Nurul ni tak lah hebat sgt dalam bab ilmu agama ni, kan kalau tersalah tulis, lain pulak jadinya.. hehe
straight to the kepercayaan dalam sesuatu hubungan. Bagi Nurul kepercayaan tu tersangat lah penting, tak kira la dalam percintaan, persahabatan dan sebagainya. Boleh dikatakan lah kepercayaan ni adalah satu elemen yang penting untuk mengukuhkan dan mengekalkan sesuatu hubungan. Sesuatu hubungan itu terbina atas rasa percaya antara dua pihak, Jika salah satu kepercayaan tu sudah di khianati, akan roboh dan hancur lah hubungan tersebut.
memaafkan tak bermaksud memberi kepercayaan untuk kali kedua.
p/s ~ jangan sampai org hilang kepercayaan pada kita. Kepercayaan yang org berikan pada kita sila jaga sebaik mungkin. :)

Sunday, January 6, 2013

Langkawi _ Part 1

Assalamualaikum..

Minggu lepas, 3hb hingga 5hb Nurul and the geng telah pergi bercuti habeskan duit di Pulau Langkawi. seperti kita semua tahu, Langkawi adalah salah sebuah tempat pelancongan yang sangat cantik dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Jadi, alang-alang kami sudah berada di Kedah dan ini adalah tahun terakhir berada di sini.. kami bersepakat utk mengabadikan moment indah di sana.. kunun lah... haha

nama lagi percutian bajet.. jadi kami ke sana memang berbajet..sangat-sangat berbajet..dan teramat berbaloi.. haa... kami ke sana selama 3 hari 2 malam. sewa kereta dan jugak chalet serta isi minyak kereta semua sekali rm350 sahaja.. diulangi RM350 SAHAJA.. mesti terkejut kan.. teramat murah... hah, nak taw.. kalau nak pergi bercuti.. percutian yang paling owesome adalah bila dapat jimatkan bajet..mcm kami.. pusing abes satu langkawi.. tak la abes mana ... haha.. tapi tak perlu keluarkan duit beratus-ratus sorg.. bila dah jimat dari segi penginapan dan pengangkutan.. duit lebih tu dah boleh wat shooping.... hahaha...

perkara pertama kami buat adalah survey chalet yang paling murah. Akhirnya kami dapat satu chalet + kereta viva auto, harga rm150. Kami ambik 2 malam. Sebenarnya chalet tu utk dua org jer.. tapi kami tibai lima org.. takde masalah pon.. kami nak pergi bercuti.. bukan nak tido dalam chalet tu.. chalet juz untuk mandi dan tukar pakaian..selebihnya pergi jalan-jalan.. 

ni kereta viva.. not bad la utk 5 org.
ruang dalam chalet.
view chalet dari jauh.. suasana waktu petang.. :)
tv dan penyaman udara..
ni la chalet kg yang kami sewa.
Dalam chalet ni, dia sediakan satu lagi toto tambahan. Jadi tak menjadi masalah lah pada kami walaupon berlima. Empat atas katil sorg kat bawah.. mesti tertanya mcm mana kami susun.. tapi muat je..selesa lagi.. heehe....

kemudahan yang chalet ni sediakan adalah :
  • ada tv
  • ada penyaman udara
  • ada kipas
  • bilik mandi, siap dengan water heater.
  • iron
  • heater.
  • sejadah utk sembahyang.
  • sabun mandi ( saiz kecil ).
org kata memg berbaloi dengan bayaran. Suasana kampung, jauh dari jalan besar. sesuai dengan nama chalet ni.. chalet kampung. Sape yang nak mengetahu lebih lanjut berkenaan dengan chalet ni bleh layari sendiri blog pemilik chalet ni ......


atau

contact pemilik chalet ini :
Mohd Rashid ( Pak teh ) - 019-4498046 / 017-5918588
zarina ( Mak Teh ) - 012-5576435
Hanif ( Bang Chik ) - 0133508430 / 013-6023307

atau boleh hubungi sendiri agensi nya : MPR Travel & Tours Sdn. Bhd di talian 04-9665707.

Bukan sahaja menyedia kan chalet dan perkhidmatan kereta sewa.. malahan termasuk jugak dengan aktiviti lain seperti :

  • island tour
  • island hopping
  • snorkeling package
  • scuba diving package
  • ground handling
  • seminar package
  • mangrove safari tour
  • fishing trip
tapi harga lain di tetapkan.. ingin maklumat lanjut..sila layari laman web diatas atau contact pemiliknya.

p/s ~ percutian yang sgt berbaloi. Update seterusnya untuk aktiviti selanjutnya.. tggu......... :)



Saturday, January 5, 2013

Kisah Ayah yang menyentuh perasaan....

di copy paste dari fb... ( WAJIB baca sampai habes.... )


Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

oleh: Hamba Allah

p/s ~ sedih dan sayu bila baca cerita ni.. untuk anak-anak di luar sana..jika nak mintak sesuatu dari parents.. mintak lah ikut kemampuan mereka bukan ikut keinginan kita...  pesanan untuk diri sendiri juga.. :)

Tuesday, January 1, 2013

Tahun 2013

Melangkah sudah kita ke tahun 2013. meninggalkan tahun 2012 yang penuh dengan kegembiraan dan jugak kesedihan. Hidup tu kan penuh dengan warna warni...  jika sentiasa gembira kita tak kan tahu nilai setitis air mata, jika tak pernah sedih kita tak akan menghargai sesebuah kebahagian..

Melangkah ke tahun baru, mesti berlambak azam baru yang nak di realisaikan.. ye dak?? heeeeheeee
tiap-tiap tahun mesti ada je azam baru.. kadang- kadang tak termampu nak tunai kan... azam baru tu memang la perlu supaya kita lebih bersemangat untuk berjaya dalam melakukan ape yang kita nak lakukan.. tapi kalau tak ikut takde guna jugak kan..??

dekat sini Nurul nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua yang mengenali diri nurul.. tak kira dekat alam maya atau pon dekat luar... semoga tahun ini jadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya..

tahun yang akan penuh dengan warna warni dan keceriaan....

p/s ~ azam Nurul semoga Nurul akan menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelum ni.. yang sentiasa menyenangkan hati org len dan yang mampu memberi kebahagian kepada org len... :)

Saturday, December 29, 2012

Segmen Blogwalking by blogger Assalamualaikum Cinta M.A.B.

assalamualaikum..

Rajin betul pulak Nurul malam ni... nak join segmen Nosa lah pulak.. lagi pon da lama Nosa invite Nurul... 
alang-alang Nurul da free.. Nurul terus la join.. heeee...

Nurul malas nak terangkan panjang lebar.. pada sape-sape yang nak join klik jer banner kat bawah ni ye sayang....  jom la kita sama-sama meriah kan segmen Nosa ni.. 

klik sini ye...

due date segmen ni lambat lagi..sape-sape yang nak join masih sempat.. jom pakat serbu blog Nosa..di samping memeriahkan lagi segmen ni, boleh lah berkenalan dengan blogger-blogger lain... 

SegMeN TaMBaH FoLLoWeR Di HuJuNg TaHuN

assalamualaikum...

tetiba malam ni.. Nurul rasa rajin pula nak join contest sebagai penutup tahun 2012 ni.... Nurul baru belajar berblogging.. jadi Nurul rasa dengan join contest mcm ni boleh membantu Nurul berkenalan dengan blogger-blogger lain..  hari ni hari last segmen ni..sape-sape yang nak join, cepat klik banner kat bawah ni ye?? masih ada masa 45 minit lagi.. hehehee



follower sekarang : baru 46... sedih kan?? haha

target : mesti lah nak banyak.. berjuta lemon... haha.. tapi sebagai permulaan ... 150 dulu..cukup kot...hehe..

p/s ~ okey..sape-sape yang nak join.. jom .. cepat-cepat... hehee.... <3

Wednesday, December 19, 2012

A bukan ukuran...

Adik Nurul tengah bersedih tadi sebab keputusan PMR dia tak memuaskan hati dia.. dia cuma dapat 6A2B. tapi bagi Nurul dah okey la kan,.. dia dapat B dalam subjek geografi dan sejarah.. no wonder la dia dapat B, sebab lepas exam ari tu..dia selalu ckp.. sejarah susah... geografi pon susah..tak suka sejarah la dan mcm-mcm lagi... hahaha.. sebenarnya dah memang tertulis dia akan dapat banyak tu.. bersyukur la.. benda dah lepas kan.. fokus pada yang akan datang pulak..

Pape pon Nurul nak ucapkan tahniah la pada adik Nurul tu a.k.a Fatin Najihah sebab dapat keputusan yang cemerlang. Mungkin bagi dia, tak memuaskan sebab target dia lebih dari tu.. tapi disini, Nurul mewakili ma dan abah ucapkan tahniah.. abah tadi happy sgt-sgt bila dapat tahu result adik Nurul. Abah cakap lagi " okey dah tu 6A, SPM nanti cuba lagi ".. 

Mungkin semua org memandang kejayaan tu bergantung kepada berapa banyak A yang kita dapat, kejayaan itu bergantung pada berapa banyak pointer yang kita dapat. Sebenarnya kita silap.. Orang yang tak berjaya dalam peperiksaan belum tentu tak berjaya dalam hidup. Kejayaan yang Allah nak berikan pada kita dalam pelbagai cara bukan sahaja dengan lulus dengan cemerlang dalam exam sahaja.

kat sini Nurul copy paste kata-kata ustaz Azhar Idrus :

UAI ckp "Siapa yang yakin dengan segulung ijazah dapat menjamin masa depan yang cerah , IMANnya telah rosak .. "
SPM n ijazah skadar pembuka/penyenang utk melalui jln kejayaan yg biasa org lalui..
ada bnyak lg jln utk kjayaan selain jln yg biasa kita guna (SPM n ijazah)
tp d malaysia..salunya sapa pass spm tinggi, boleh dikatakan pmbuka masa dpn yg crh la..
tp xtentu jugak..
tu sume ats rezeki n kehendak tuhan..
Dia yg paling utama dan teratas atas segalanya..


Gagal dalam pelajaran tak bermakna gagal dalam hidup..
sumber : Puan Google

nah, kat sini dah terang lagi nyata.. tak semestinya orang yang gagal kali pertama terus gagal buat selamanya.. kegagalan adalah milik org yang malas berusaha, selagi kita rajin berusaha dan menimba ilmu, kejayaan akan menjadi milik kita cuma beza lambat dengan cepat je.. 

akak ni pesan suruh rajin belajar kalau nak masuk uni.. heee
sumber : Puan Google
p/s ~ jadi pada adik-adik yang gagal dapat keputusan yang cemerlang tu, jangan la sedih dan berputus asa.. terus berusaha tanpa jemu.. TAK PANDAI tak ape, yang penting RAJIN... sesungguhnya Allah s.w.t tak akan mensia-sia setiap usaha hambaNYA. seperti pepatah arab mengata " man jadda wajada wa man zaro'aa hasoda "....

Tuesday, December 18, 2012

Makanan sampingan...

Assalamualaikum...

Nurul suka mencuba makanan yang pelik-pelik ( bak kata kawan Nurul la..) rasanya benda ni tak pelik... dan setakat ni alhamdulillah... Nurul boleh makan, tak sampai muntah-muntah macam kawan Nurul..kalau pergi tesco.. benda wajib yang Nurul akan cari adalah shushi dan yogurt.. Nurul terlalu suka makan shushi.. tak kisah lah yang ada timun jer kat tengah, yang ada ketam, yang berlendir yang kering.. semua Nurul makan... hahaa... kali terakhir Nurul makan shushi, mggu lepas.. Nurul mkn shushi yang Nurul tak pernah makan, mcm berlendir sikit.. bg kawan rasa..dia taknak.. tapi rasa dia memg best la pada Nurul..lupa pulak nama dia, bila mkn tu rasa lemak-lemak sikit... huih.. kecur air liur ...hehee

ni lah shushi...sape-sape yg tak kenal.. hehee..
sumber : Encik Google
semua yang kat atas ni Nurul dah pernah rasa.. memang best la.. tapi yang paling best yang Nurul makan mnggu lepas tu la..sayang betul tak ingat nama dia.. kalu tgok, shushi tu mcm berlendir bahagian atas... Nurul tak boleh nak amik pic ari tu sebab hp Nurul problem... hehe

okey, benda kedua yang Nurul suka makan adalah yogurt. Nurul rasa semua orang tahu ape itu yogurt dan mesti ramai yang suka. Dulu Nurul paling suka makan yogurt perisa mixes berries.. keluar je WAJIB beli, tak sah kalu tak beli. Tapi tu dulu la.. tapi bila adik Nurul suggest Nurul suruh makan satu perisa ni, Nurul dah tak beli yang mixed berries ni.. sebab yang ni lagi lazat..superb.....

dulu Nurul suka giler makan perisa ni...
sumber : encik google
tapi seingat Nurul, ari tu Nurul keluar ngan adik, dia nak beli yogurt jugak, then Nurul amik my feberet yogurt, adik ckp la.. cuba try yang ni.. dia tunjuk kat Nurul yogurt brand liteyo. Nurul teragak gak nak amik, tak kan la yang liteyo punya ni boleh lawan rasa yogurt dutch lady kan.. tapi adik Nurul ckp, tak kenal makan tak cinta. Nurul try la amik jugak and then bila makan.. wah, memang sedap giler... teramat sedap..sampai kan kalu Nurul keluar, tengok jer rak yogurt, bagai terasa lagi  yogurt yang Nurul makan tu...hahaha

ni lah yogurt yang Nurul ckp tu.. perisa cappuccino...
sumber : encik google

mungkin ramai yang tak tahu, banyak kelebihan makan yogurt ni..walau segelintir orang tak suka..  kawan Nurul ramai yang tak suka... di samping beliau ni sedap, beliau juga baik untuk kesihatan dan juga org yang sedang berdiet. Take this for breakfast.. sure perut boleh tahan sampai lunch.. tapi berapa kerat la yang boleh makan benda ni waktu pagi kan..??? ni kebaikan yogurt kepada kesihatan.. Nurul ambik dari blog selangor2u.com.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
jadi sape-sape yang tak pernah rasa or rasa takut nak rasa.. tak rugi kalu cuba rasa dulu.. tapi untuk shushi tu pastikan ada logo halal sebelum beli... :)


Sunday, December 16, 2012

"mencintai" lecture itu perlu...

Assalamualaikum...

Masa ni dah menunjukkan pukul 2 pagi tapi mata Nurul tak ngantuk lagi.. nak study..?? memang tak la kan..pemalas cam hape ntah nurul ni.. hehe... tetiba tangan rasa gatal pulak nak menaip.. alang-alang dah buka lappy terus la update blog yang da bersawang ni..hehe

Nurul sebenarnya eksited nak citer.. yelah.. permulaan sem yang Nurul tak sabar nak habes kan.. ni adalah tahun terakhir Nurul di Kedah. jika takde aral melintang, kayu ditengah jalan, parit longkang yang besar.. haha.. insyaAllah.. Nurul grad sem ni.. mudahan landasan kejayaan tu Nurul boleh lintasi dengan jayaNYA...

hari ni 1st day belajar, takde ape yang menarik cuma gaya lecture yang ajar subjek tadi jer yang menarik perhatian..ops.. bukan jatuh hati okey... hehe.. cuma tertarik dengan gaya beliau, walaupon beliau seorang lelaki tapi setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau bagaikan motivasi. mungkin beliau pandai menarik minat student untuk meminati subjek yang beliau ajar.. heheee.... 

Pernah dengar tak org kata.. untuk meminati sesuatu subjek tu.. kita kena minat lecture nya terlebih dahulu..syukur alhamdulillah.. Nurul suka gaya penyampaian beliau dan mudahan Nurul boleh ikut semua yang beliau ajar.. pada Nurul, bila kita cuba "menyukai" seseorang, setiap benda yg mereka lakukankan atau katakan akan mudah kita terima.. konsep mcm ni lah yang Nurul cuba praktikkan semasa belajar.. benda pertama yang Nurul buat adalah "belajar mencintai lecture".. insyaAllah..dengah cara itu, setiap yang di ajar kita akan dapat terima dengan mudah... :)

semoga semua org boleh praktiskan cara yang mudah ni.. 

Dulu Nurul mencintai cikgu sejarah walaupon cikgu tu perempuan... hehe..

Friday, December 7, 2012

ERTI GAGAL YANG SEBENAR...


Assalamualaikum..

Wah, dah bersawang blog ni..lama sgt tak update..sejak lepas exam hari tu..lupa langsung dekat beliau.. kesian beliau... hehehe.. hari ni nurul nak bercakap mengenai kegagalan...Siapa yang nak dilahirkan gagal. Setiap org mengimpikan kejayaan dalam apa jua yang mereka lakukan. Tetapi setiap 9 daripada 10 org akan mengalami kegagalan sebelum betul-betul mencapai kejayaan.

Nurul pon pernah gagal, bukan setakat terjatuh malah tersunggur hingga rasa bagai tidak ada harapan lagi untuk melangkah walau selangkah menuju kejayaan. Tetapi Alhamdulillah, di saat Nurul jatuh tersungkur, disaat org len meninggalkan Nurul masih ada yang sudi memberi kata-kata semangat pada Nurul. Memberi dorongan, memberi kekuatan untuk Nurul bangkit berjuang. Beliau adalah org yang paling Nurul cintai dengan sepenuh hati Nurul, cinta ini akan Nurul bawak sampai ke syurga. Beliau adalah ibu dan ayah Nurul. * sedih kejap *… heeeee..

Erti gagal yang sebenar...
Dulu Nurul tak paham apa itu gagal. Apabila Nurul gagal capai sesuatu yang Nurul ingin kan, Nurul terus rasakan yang masa depan Nurul akan kabur, akan gelap. Tapi bila Nurul dah menginjak dewasa, baru lah Nurul tahu apa erti kegagalan yang sebenar.

###
Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal, ia hanya bererti anda masih belum berjaya.

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu.

Kegagalan bukan bererti anda seorang yang bodoh kerana mencuba. Ia bererti anda berani, anda teguh dan bersemangat waja.. – berbanggalah dengan diri anda.

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak berjaya. Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi.

Kegagalan bukan bermakna anda kecundang. Ia hanya bermakna anda berpeluang untuk bermula semula dan mencuba sesuatu yang baru.

Kegagalan bukanlah bermakna Allah telah meninggalkan anda. Ia hanyalah bermakna DIA mempunyai rancangan yang lebih baik lagi.

Kadangkala kegagalan adalah batu loncatan untuk kita menuju kejayaan. Jika kita tidak pernah jatuh, bagaimana untuk kita belajar bangkit semula jika kita terjatuh??

Jadi benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad.

Permulaan yang gagal belum tentu pengakhiran juga kegagalan. Usaha dan terus berusaha itu lah kunci sesuatu kejayaan.

#####
gagal itu biasa..terus berusaha itu yang LUAR BIASA..
Pada sesiapa yang gagal, jangan lah bersedih dan menangis, terus pandang kehadapan dengan azam dan tekad yang baru. Kehidupan tidak akan berubah hanya dengan meratapi nasib tapi boleh diubah dengan usaha yang gigih. Jika gagal, belajarlah dari kesilapan kerana semua org yang berjaya dalam hidup adalah bermula dari satu kesilapan. J

p/s ~ berjuang untuk hidup.

Thursday, November 8, 2012

Entri terakhir sebelum Final

Assalamualaikum...

Hari ni Nurul rasa rajin pulak nak menulis dan ni adalah entri terakhir Nurul sebelum final.. lepas ni Nurul takkan update lagi blog ni sehinggalah abes final 24hb nanti... Nurul sebenarnya tak sabar dah nak abes kan final exam ni dan balik kampung.. hehe ..

hah, ni dia tiket..semangatnya nak balik kampung.. hehehe....

final belum mula lagi tapi semangat nak balik kampung tu memang dah berkobar-kobar.. tak sabar sangat rasanya..dah lama tak balik kampung.. dah rindu sangat-sangat dekat keluarga, rindu nk mkn masakan mak.. dah nak muntah asyik mkn makanan kat cafe, dari sem satu sampai Nurul nk abes sem asyik yg sama je.. bosan... hehe...

kat sini Nurul nak mintak maaf banyak-banyak dekat sape-sape yg kenal Nurul di luar atau di alam maya ni.. Nurul kalau boleh nak bersih pergi jawab exam sabtu depan ni... dan pada sape-sape yang dah follow Nurul tapi Nurul tak 'terfollow balik " tu.. Nurul mintak maaf banyak-banyak sebab dua perkara :

  1. Nurul sibuk, tak sempat nk jalan-jalan kat blog korang * pada sesape yg tinggalkan link tu * ( blog sendiri x sempat nk buka, ni kan pula blog awak-awak semua... sori ..hehe )
  2. Line broadband Nurul sgt lembab.. sebab tu sebarang komen lambat sikit Nurul balas * mcm ramai sgt org komen.. * hehe
oke, nanti lepas je exam.. Nurul akan check balik, mana-mana blog yang Nurul tak follow back tu.. Nurul akan follow lepas Nurul abes exam nanti....

# 

tu saja lah, takde idea da nk menaip panjang sgt.. dlm otak ni dah penuh ngan nota.. hahaha.. nota la sgt kan, bajet rajin sgt.... hehe.. 

dan dekat sini jugak nak ucapkan selamat bercuti pada Abooq Omey dan Nosa Ason.. Happy Holiday.. seronok cuti panjang kan...?? hahaha..

yeay.. Nurul nk pergi study sampai jem..

k babai :)

Wednesday, November 7, 2012

Jika nak CEMERLANG !!!!

Assalamualaikum..

Nurul baru je balik kelas masa taip entri ni.. haha..saja lah kan bajet teramat free, biar kelas padat dan mampat pon..  tipu je.. kelas tak ada sangat tapi kalu ada kelas WAJIB ada test.. ha, kan wajib tu... biasa la hujung-hujung sem ni kan??  hahahaha.. * gelak stres*...

tadi Nurul ada test elektrik, alhamdulillah.. Nurul rasa boleh jawab, betul atau salah belakang kira.. ye la kan, kalau kita rasa kita boleh jawab, kebarangkalian nk betul tu tggi la walau tak dapat 100 markah.. esok dan lusa pulak ada dua test, memang stres gila lah, gila pun tak stres mcm Nurul..haha... esok test project dan lusa test supervisory management.. harapnya dapat jawab lah.. Nurul kurang suka subjek membaca lagi suka math... heee.....sebab masa buat latihan math Nurul boleh enjoy dgr lagu siap tgok citer korea lagi.. haha

okey, stres sgt study.. tapi ni bukan Nurul... hak3
okey, memang Nurul tak tipu.. gila stres hujung-hujung sem ni.. tapi sempat jugak nk buka fb, buka blog.. Nurul memang selalu mcm ni, pastu kalau dpt markah rendah dlm kuiz ke test ke baru la rasa menyesal tak ingat dunia.. tapi nasib baik insaf sebelum final.. haha... doakan semua supaya Nurul dapat jawab dan lulus dengan jayaNya utk sem ni dan jika tak ade aral melintang, abes lah sem dpn.. doakan Nurul semua-semua k..? hehe..

Ptg semalam Nurul ada berSMS dengan kawan Nurul ni, dia bgi tips dekat Nurul utk cemerlang dalam exam.. nak tahu ape dia ckp..? walau benda ni semua org dah taw. hehe.. jom sama-sama kita praktik kan sebelum terlambat.. :

  • Dekat kan diri dengan Allah swt
Ni yang paling penting taw, Allah SWT ni Maha pemurah dan dia sangat sukakan hambaNYA yang menadah tangan memohon, merayu pada DIA. So, lepas ni jangan jadi angkuh sgt bila berdepan dengan pencipta kita, tadah tangan untuk 2 minit, merayu pada DIA supaya memudahkan segala urusan kita... 

  • Sentiasa menjaga hati org lain

Jangan tak tahu, dengan menjaga hati org len juga boleh memudahkan kita melakukan semua perkara. bila org senang dengan kita, mereka akan sentiasa bercakap perkara yang baik-baik saja tentang kita dan secara tak langsung, mereka mcm mendoakan kita jugak lah..kan bagus mcm tu??

  • Buat ulangkaji awal
part ni penting taw, memang ALLAH yang memberi kita ilham untuk menjawab soalan dengan baik, dapat markah tinggi tapi sayang-sayang kena ingat taw yang ALLAH tak kan mengubah nasib kita kalu kita sendiri tak berusaha untuk berubah. Kita buat la ulangkaji awal-awal, buat latihan dan buat segala persediaan utk jawab exam nanti.

  • Hormat Pensyarah
sikap ni memang kita kena tanam dalam diri kita, memang kita kena hormat pensyarah kita, cikgu-cikgu kita. tanpa mereka siapa lah kita kan. Sekali kita tak hormat guru-guru kita Allah akan hilangkan keberkatan kita dalam menuntut ilmu.. jika Allah dah hilangkan keberkatan kita dalam menuntut ilmu, belajar lah sampai tak tido, telan lah pil untuk pintar ape bagai tu, memang tak kan berhasil dah.. so jangan sampai ilmu yang kita tuntut tu jadi tak berkat...  aku ckp ape ntah ni.. hehee

  • Tawakkal
Bila semua perkara dekat atas kita dah buat, kita berserah lah kepada Allah untuk menentukan nasib kita. sebab kita hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah dari Allah swt. Jangan jadi mcm sesetengah org tu, study malas tapi bila nk masuk dewan exam, " Ya Allah, aku berserah padaMU ya Allah, bagi aku lulus ".. sedangkan mereka tak pernah usaha untuk berjaya.. konsep tawakkal tu adalah berserah pada Allah selepas kita puas berusaha.. kena paham dekat situ.. okey..??

###

Apa ntah yang Nurul membebel panjang ni, tapi tu adalah hakikatnya, nk berjaya kena lah berusaha lebih sikit. Ingat semua org yang berjaya tu dok goyang kaki, kejayaan datang bergolek..?? tak kan..?? kita belajar ni mcm bertani jugak lah, sape yang rajin menanam ( berusaha ), mereka lah yang akan kutip hasilnya ( kejayaan)...

tu saja lah, doakan Nurul lulus dengan jayanya final exam nanti .. kalu boleh bukan saja lulus tapi nk cemerlang.. amin--

exam : 17hb hingga 24hb
mood : Pending.. hehe

k lah, nk study + stado.. k babai

Sunday, November 4, 2012

SEGMEN : 6 perkara tentang diri anda II

assalamualaikum..

Hari ni Nurul berjalan-jalan makan angin, tiba-tiba termasuk dalam blog kinarakinatara.. kina ada buat segmen lah.. SEGMEN : 6 perkara tentang anda II. Nurul pon join lah, disamping nak tambah follower, boleh jugak berkenalan dengan rakan blogger yang lain..




tujuan segmen ini adalah :

  • Mengeratkan silaturrahim antara blogger.
  • Berkenalan dan mengetahui serba sedikit tentang anda.
  • Berkongsi suka dan duka.
  • Memanfaatkan masa yang ada .
  • menolong blogger-blogger baru menambah follower.. ( mcm Nurul ni.. hehe )


Semua nak tahu ke ape 6 perkara tentang Nurul ? jom tengok bawah.. hehe...

 Pemalu + periang + pendiam

ha, mcm mana? pemalu + periang + pendiam..? tu lah Nurul yang sebenar.Nurul ni pemalu sangat.. hehe.. pemalu + pendiam yang Nurul maksudkan ni .. Nurul segan untuk memulakan satu perkenalan samada dengan perempuan mahupun lelaki.. tapi kalu org yang memulakan perkenalan ngan Nurul, insyaAllah tak kan mengecewakan.... sebab Nurul akan cuba jadi kawan yang paling terbaik.. Nurul memang pendiam dengan org yang Nurul tak kenal.. tapi bila dah jadi kawan Nurul, sure semua penat nak layan Nurul bercakap.. memg tak berhenti... hehe... Nurul hanya ramah dan periang dengan org yang Nurul kenal dan rapat sahaja + selesa dibuat kawan.. hehe.... 

Suka berangan

Yang ni lah yang paling ketara sekali dalam diri Nurul. Nurul memang suka berangan, tapi angan-angan Nurul bukan angan-angan kosong taw.. Nurul suka berangan masa study.. hah, mcm mana tu..? kalu awak semua nk tahu, subjek yang paling Nurul suka berangan masa study adalah subjek math.. memang Nurul selalu berangan, sebab dengan berangan tu buat Nurul lebih faham dan mudah untuk selesaikan satu satu soklan math... Jika buat latihan Math, Nurul akan andaikan diri Nurul tu cikgu @ pensyarah @ pelajar yang paling hebat tiada tandingan...hahaha... dan Nurul andaikan ada org yang Nurul nk ajar masa buat latihan tu, Nurul berangan tengah ajar puluhan org yang tak tahu nak selesaikan soalan math.. jadi walau mcm mana susah soalan yang Nurul jawab, Nurul cuba untuk selesaikan.. angan-angan yang bagus kan..? hehee

Mudah Merajuk

Nurul memang mudah merajuk. Hati memang mudah tersentuh, tapi Nurul tak pernah tunjuk yang Nurul berjauh hati.. Nurul simpan je sorang-sorang dalam hati. sebab Nurul jenis tak suka besarkan perkara yang remeh temeh. tapi andai kata org yang buat Nurul berjauh hati dgn dia, dtg tgur Nurul.. serta merta Nurul akan pulih.. tak susah kan nak pujuk Nurul.. tapi jgn lah selalu wat Nurul merajuk..hehehe... :)

Sukakan baby

Nurul suka sgt dekat baby.. memang terlalu suka. sampai selalu mintak akak Nurul yang sulung tu mengandung lagi.. nak sangat baby.. hehe.. tapi tak nak la baby sendiri sebab belum bersedia.. hehe.. TAPI Nurul kurang suka kanak-kanak, Nurul cuma suka baby yang tengan kecik comel tu jer.. bila dah pandai berlari sana, berlari sini, Nurul dah tak suka.. tak suka jer.. tak de lah sampai tahap benci... hehe...

tak suka coklat

ramai orang kebanyakan jika bagi hadiah besday ke, ulangtahun ke.. mesti nak bagi coklatkan..? wait, for my future Husband, Nurul tak suka coklat.. Nurul suka bunga!! * malu sekejap* blushing... hehehe...
memang pelik kan tapi tu kenyataan, bukan sebab nurul diet ke ape.. diet-diet memang tak layan lah.. so sape my future husband  jangan sesekali bagi Nurul coklat, Nurul tak suka.. hehe.....

Suka tido

hahaha.. ni lah sikap yang paling ketara dalam diri Nurul..pantang ada masa terluang terus di bantainya tido.. mak kat rumah dah penat membebel. Tapi Nurul pekakkan telinga jer, masuk bilik konfem sampai ke Paris.. hehe.. nak buat mcm mana, masa tengah belajar masa tido memang tak cukup, bila dah ada peluang, ape lagi memang tak kan lepas lah.. hehe.. Nurul lebih rela tinggalkan makan demi tido.. teruk kan..?? hehehe...


tu jer lah pasal diri Nurul.. Nurul tulis panjang lebar, ada ke org nak baca..?? hehe
sape-sape yang nak join.. klik banner kat atas ye sayang?? :)

Nurul nak tag sape eh..? Nurul tag Abooq Omey dan Nosa Ason lah.. hehe

oke.. tu je lah.. babai... :)

Saturday, November 3, 2012

Pliss support me.. ;)

assalamualaikum..

Tadi sebab Nurul bosan, Nurul cek balik semua post Nurul yang terdahulu.. memg sakit mata la bila Nurul baca balik, dengan tulisan yang ntah pape, rapat sana, rapat sini, tulisan berterabur.. no terabur.. mcm-mcm lagi lah.. nak buat mcm mana ..masa tu tengah bertatih berlajar menulis blog.. walaupon Nurul tak rasa bagus sgt sekarang, tapi rasa lebih baik dari sebelum ni... thanx pada yang sudi membaca blog Nurul yang selekeh ni...

kalau ada apa-apa yang anda semua nk Nurul perbaiki, just drop ur comment here.. Nurul akan usaha kearah yang lebih baik.. hope, sentiasa doakan Nurul.. tak larat la Nurul nak baiki semua entri-entri sebelum ni... biarkan je lah.. yang penting entri Nurul yang seterusnya tak menyakitkan mata seperti sebelum ni... hehehe

p/s ~ sentiasa perlukan sokongan dari semua untuk menjadi lebih baik.. sayang u all :)

betul ke Nurul??

Assalamualaikum..

Rajin pulak Nurul dok update blog..walhal kerja berlambak-lambak sampai tak menang tangan nak buat.. ni la Nurul yang sebenar, lebih suka wat benda yang tak berfaedah dari yang bermafaat.. hehe... tak berfaedah ke kalu minat update blog?? rasanya lagi okey dari dok pergi lepak-lepak buang masa.. Nurul kan suka menulis, tak boleh jadi penulis novel, jadi penulis blog pon jadilah.. kalu tak de sape yang baca pon takpe.. asal dapat bagi kepuasan pada diri Nurul sendiri.. hehe

Dua minggu lepas.. masa lepak-lepak tunggu kelas elektrik, kawan Nurul, Azzem main conteng-conteng kertas, Nurul tahu dia memg pandai melukis, then Nurul suruh dia lukis gambar Nurul..

ha, ni lah dia......
NURUL by AZZEM MEDDEX
bagi Nurul, walaupon tak 100% muka Nurul tapi bentuk muka tu rasanya dah ada.. hehe.. kira boleh lah bagi 50 markah for the 1st try.. hehehe.. kalu Nurul sendiri yang lukis takut jadi muka Aiswarya Rai je..

Hehehe... len kali nak mintak Ajim lukis lagi lah.. tanpa bayaran la... 

Ajim ni bukan saja pandai melukis tapi ada bakat dalam nyanyian gak..suara dia boleh tahan best lah.. insyaAllah, kalu masuk mentor ke, AF ke.. boleh la sampai ke minggu ke5 sebelum tersingkir.. bapak dia jahat, bukan nak doakan sampai ke final.. hahaha.. tapi ajim memang ada cita-cita ke arah itu, banyak jugak lagu-lagu yang ajim cover then di upload kat you tube.. kalu nak tengok klik SINI..

* berapa ajim nak bayar, Nurul tlg promote ni..? hahaha.. :P

p/s ~ tu saja la.. motif nya nak tunjuk muka Nurul yang dipotretkan oleh ajim jer.. tapi dah mcm muka org len.. btw thanx ajim.. :)

okey.. babai..



Rumah CINTA ILAHI

assalamualaikum...

Tadi Nurul berjalan-jalan dekat mukabuku, sebab boring sgt tak ade kerja nak buat.. Nurul jumpa satu status yang sangat menarik dan mempunyai maksud yang mendalam.. ni dia, berkenaan dengan seseorang yang bertanya jalan ke rumah CINTA ILAHI..Nurul copypaste kan status  tu dekat sini, anda nilai sendiri ye di mana letaknya cinta anda sekarang.. !!


‎::Awak2..
maaf tumpang tanya?
lorong CINTA,jalan SAYANG,
kampung RINDU,daerah KASIH SAYANG,
poskod 1.4.3 pekan HATI,
bandar I MISS YOU.
dekat mana ya ?

Teman istimewa: Awak jalan terus ikut jalan ILAHI,
nampak simpang 3 masuk belah kanan ,
ikut jalan NIKAH ,
sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan , kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit ,
iaitu pasar PERSIAPKAN diri.. haa tu tandanya awak berada di jalan yang betul , semoga sampai.
Cinta ALLAH cinta abadi.... ♥



wah, menarik bukan?? Nurul pon berharap Nurul akan memilih simpang belah kanan supaya tak tersasar dari CINTA ilahi.... indah bukan kalu kita saling menyayangi kerana Allah.. dan jadikan doa untuk mengeratkan hubungan kita, sentiasa memohon pada Allah supaya menjaga hubungan kita.. sweet bukan..?? jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t, Allah akan menjaga hubungan kita dengan sesama manusia, Allah s.w.t tu Maha pengasih dan penyayang kan..?

p/s ~ tu saja lah..semoga sayang-sayang Nurul semua akan bertemu cinta yang sejati berlandaskan syariat dan sentiasa di redhai Allah s.w.t...

babai.. :)



Friday, November 2, 2012

SEGMEN : Follow Sampai Pening.. :

Assalamualaikum…

Hari ni Nurul join segmen : Follow sampai pening!!  Nampak macam syok juga ni.. ye lah.. cara terbaik nak tingkatkan follower disamping mengeratkan silaturrahim antara rakan blogger.. so Nurul try la nk join, sampai pening-pening.. hehe


Nurul tunjuk siap-siap follower Nurul yang hanya 22 ni.. sangat sedikit.. masih baru.. =..=

alamak...sikit giler.. huhu


P/s ~  Jom la ramai-ramai join segmen ni.. lagi ramai lagi meriah..sape yang nk join sila klik SINI… J


SWEET 20.... :)

Assalamualaikum…

Masa Nurul menulis entri ni..usia nurul dah 20tahun taw.. wah dengan bangga nya Nurul jawab bila org tanya umur berapa.. sesetengah org, usia adalah satu perkara yang paling menakutkan untuk diakui, yelah.. bila org Tanya “ dik, umur berapa? “.. dia pun jawab “ 15 tahun”… “ la, baru 15 tahun, ingat dah jadi bini org..”: haha…. Tu la yang selalu keluar kat mulut-mulut makcik kat kampung.. ckp mcm nk mintak kita suap cili kat mulut dia… hahaa .. tu sebagai contoh lah.. tapi tak bagi Nurul, peningkatan usia ni satu yang membangga kan..

pertama :
sebab kita dah memasuki alam dewasa bukan lagi remaja,

kedua:
 kita akan menjadi lebih matang..

ketiga :
orang akan terima pendapat kita.

Dan banyak lagi lah perkara yang menguntungkan bila kita dah menginjak ke alam dewasa…  jadi, bagi Nurul peningkatan usia bukan lah sesuatu yang perlu kita elakkan..mcm mana kita elak pon, ia akan tetap terjadi.. berbelit ayat cam tambi… haha

Okey.. kat sini Nurul nk ucap berjuta-juta terima kasih pada semua kawan-kawan yang wish besday Nurul.. dan bermilion terima kasih untk kawan-kawan yang celebrate besday Nurul.. Nurul terharu sangat-sangat tapi sedikit sedih sebab ni tahun terakhir Nurul boleh sambut besday dengan korang, next year mungkin semua akan bawa halatuju masing-masing… tapi mcm yang selalu Nurul ckp “ masa akan sentiasa berlalu, kawan yang datang silih berganti, tapi yang pasti Kenangan antara kita akan sentiasa terpahat di hati, sekali kamu jadi kawan Nurul sampai mati kamu tetap kawan Nurul …..
aini, nurul, atien dan suraya...
Nurul pon tak tahu yang sayang-sayang semua nk celebrate besday Nurul.. korang juz ajak Nurul keluar after kelas utk pergi makan-makan.. tapi sampai jer Jitra.. u all tinggalkan Nurul, Aini dan Zura.. puas Nurul tggu korang dah la perut tengah lapar.. nk call korang, henpon Nurul si Hazirah ambik.. masa tu bengang sikit lah.. asal korang main-main… lepas tu Nurul bertiga turun tingkat bawah, alih-alih Aini Sanip bgtaw korang dah naik atas, korang tggu dekat bilik karoke.. dalam hati Nurul memang geram jugak masa tu..dah la tengah lapar, kejap suruh turun bawah sekejap suruh naik atas.. hehe…..

Nak masuk dlm bilik karoke tu segan jugak sebenarnya, ye lah.. berbaju kurung tapi tengok korang dah tempah bilik.. masuk jugak lah.. Nurul memang tak perasan ape pon, korang suruh Nurul duduk, then korang semua nyanyi lagi “happy Birthday” .. masa tu rasa terharu sangat… Thanx coz make me happy… sayang korang semua… lepas jer Nurul potong kek, memang kita karoke smpai lebam lah..sampai kuar bilik tu semua penat..ape tak nya semua nak karoke lagu Ziana Zain.. memang abes lah suara.. haha…  tapi happening sangat-sangat...

i got this... tengs sayang-sayang..hehe
gemersik giler suara aku... haha *bajet*....
cumell kang.... hehe from 4 serangkai.. hehe
from atien... hehe.. tengs
wif mt sweet friends... :)
sayang u all..ila takde sebab dia yg snap pic ni.. :)

dekat sini, sekali lagi Nurul nak bgtaw yang Nurul dah  20tahun.. * berlagak giler *.. jangan sape-sape nak jeles ye??? hahaa....
hadiah yang tak dijangka....heheeeee
sekian, terima kasih.. hehe

p/s ~ gambar tak clear sebab dalam bilik karoke, suram dan seram... hahaa