Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Saturday, February 1, 2014

ONE COMMUNITY WORLDWIDE @ ELIFE < Scam, MLM or bisnes >

Assalamualaikum...

Dah lama sangat aku tak menulis sejak dah habis belajar. Bukan ape sibuk bekerja la katakan. Tapi dekat entry aku kali ini, bukan nak cerita kenapa aku dah lama berhenti menulis, tapi aku nak cerita pengalaman aku di tipu oleh scam MLM terbaru iaitu One Community Worldwide. Kat sini aku tak sedikit pon salahkan produk kesihatan yang mereka jual, tapi aku negatif and anti dengan sistem yang mereka guna.Mereka akan cakap sistem yang mereka pakai adalah MBS (Micro macro Bisnes System ), bunyi saja lain..tapi cara nya tetap sama dengan sistem MLM dari company MLM yang lain. Memang perlukan investment beribu-ribu lemon untuk beli PV bersamaan beli produk mereka yang mahal. High class bak kata dorang!!

Okey! Firstly, aku akan cerita macam mana aku boleh terjebak dengan MLM penipu ni. Introducer aku ni stranger ngan aku, aku kenal dia melalui weChat. Masa aku kenal dia tu, aku tengah kerja part time kat Midvalley (masa tu aku baru datang dari kampung sebab nk cari kerja nak kumpul duit nak sambung degree). Masa tu lah aku kenal dia, mula-mula just mesej je. Tak jumpa lagi. Tapi aku rasa pelik sangat sebab dia sangat baik dengan aku and sangat care ( rupa nak ajak aku join bisnes , huh! ). Aku tak ingat berapa hari bulan, tapi dia ajak aku pegi main bowling kat Time Square. Dia cakap main ramai-ramai, sampai 43 lane. Aku excited la.. dia cakap nk datang ambik aku, tapi aku tak boleh ikut sebab aku kerja malam tu. Lepas tu dia terus mesej aku, cerita pasal dia pegi sana, nak bagi aku rasa excited la kot dan aku pon memang masa tu tergedik plak nak excited. HAHA.. (bodo nya aku...)

Then, esok dia mesej aku nk ajak aku lunch pukul 2 petang. Kebetulan hari tu hari jumaat. Aku rehat pukul satu, so memang tak sempat nak jumpa. Aku pon okey je lah. Ingat habes kat situ je, rupanya petang tu dalam pukul 4 lebih dia mesej aku ajak keluar pukul 6 petang. Aku cakap lah, tak boleh aku kerja, kalau nak balik awal pon kena pukul 7 dan dia cakap nak ajak aku pegi spa untuk treatment kesihatan. Dia cakap nak belanja aku. Satu treatment rawatan tu RM50. Wah, aku pon terpikir, baiknya dia.. tak penah jumpa tapi siap nak belanja aku lagi. So aku berfikiran positif masa tu, aku cakap mungkin dia betol-betol ikhlas nak belanja aku treatment tu. So aku pergi jumpa supervisor aku nak mintak balik awal dan supervisor aku bagi. Ini lah kali pertama dalam hidup aku mesej dengan orang yang aku tak kenal and keluar berjumpa. Huh, masa tu aku tak tahu kenapa aku boleh ikut dia dan percaya dia. Dia datang dengan moto jumpa aku, masa tu aku kat Pantai Dalam. Then, kitorang tunggu kawan dia datang ambik dengan kereta. Dah sampai tu, adalah dalam 2 3 orang. Sorang perempuan dua orang lelaki. Aku masuk je dalam tu, dorang kemain mesra lagi bercakap dengan aku, mcm dah kenal 10 tahun tambah yang perempuan tu, IF F*****. ( bila aku dah join, baru aku tahu, dia team aku, dan of kos lah dia kena closing aku kaw-kaw sebab nak kembangkan team dia, yang masa tu ada 3 org je.. HAHA ). Masa tu aku tak terpikir langsung pon yang benda alah ni MLM sebab aku tak penah terjebak dengan dunia MLM. Sampai je kat The Weld. Aku pelik, malam-malam buta ada jugak orang yang dress up ala-ala bos semua, dengan kasut kilat bertali leher lagi.. Masa tu introducer aku tu, dok t-up la upline-upline kat situ, ada doktor la, cikgu la, engineer la dan mcm-mcm bidang lagi (sekarang baru aku tahu, bukan doktor pon lagi, just belajar bahagian medic jer, belum jadi doktor, tapi dah t-up kaw-kaw, biasa lah nak orang respect ). Masa tu aku rasa rendah diri giler, ye lah sebab aku dah la budak diploma je. Kerja tetap pon belum dapat. 

Di pendekkan cerita, introducer aku ajak aku masuk buat treatment. Before buat treatment kena isi borang dulu, kononnya insuran akan cover 3 juta jika berlaku apa-apa semasa treatment tu berjalan. Lepas isi borang tu, aku dan introducer aku (aku gelarkan M) masuk buat treatment. Masa buat treatment tu lah dia dok terangkan macam-macam siap bagi contoh orang-orang berjaya kat sini. Si M ni dia memang sweet talker, ape yang dia cakap rasa macam best je nak dengar. sampai malam tu aku terbooking RM50. After buat treatment, dah sekitar jam 10 mlm. Aku ingat dah boleh balik, sebab aku dah mengantuk esok nak kerja. Tapi dia bawak aku pegi kedai Mamak. Erm,masa ni lah berlaku , sorang-sorang datang dekat aku dok cakap :

" awak beruntung sebab jumpa peluang ni, patut ucap terima kasih pada M sebab bawak awak datang sini "

 "awak dah jumpa lubuk emas, rugi kalau lepas mcm tu je "

'M dah belanja awak baucer RM50, tak kan awak nak guna M punya je, beli la baucer sendiri "

dan banyak lagi lah ayat-ayat dorang. Malas nak ingat, menyakitkan hati.

Pastu, datang la CDF K, aku tak tahu pon dia siapa, tapi ramai orang kat situ cakap yang dia ni hebat. Ntah mcm mana aku termakan pujukan dorang, aku bagi dulu RM50, sebab aku takde duit masa tu, aku just ada RM80 je. So,aku bagi RM50. Cuma yang aku respect introducer aku ni sebab dia tak paksa aku untuk bayar full (mayb dia dah diajar untuk act like that) tp orang-orang sekeliling aku yang sibuk dok push aku. Aku ambil masa hampir seminggu jugak untuk bayar full duit baucer tu. Aku complete baucer RM250 tuh after 1bc. Bila dah complete baucer. Ada pulak lah malaun-malaun yang datang dok push, bila nak OC. Aku dok tanya introducer aku, menatang ape OC tu. Then dia cakap tu permulaan aku nak berubah. Aku punya la semangat nak OC. Tiga hari lepas 1BC, aku OC. Sebelum aku OC, aku kena filter oleh CDF Asyran. Masa tu dia maki-maki aku.. introducer aku boleh pulak dok senyum kat sebelah sambil cakap "betul, betul. betul " macam BETUL-BETUL je kaki aku nak naik kat muka dia. Geram. Pastu aku masuk Oc. Mini A aku Cdf Mail dan Advisor Aku DF Shamin. Selepas OC, aku kena complete kan task RM3400 dalam masa 2 hari. Masa tu aku terpikir mcm mana aku nak cari RM3400 dalam masa dua hari, then mereka cakap lah, mereka akan tolong! aku ingat tolong pinjamkan dulu duit, rupanya tolong aku dengan ajar aku pinjam dengan kawan dengan cara menipu. Jangan bagitahu sebab ape nak pinjam. Masa tu aku ikut je mcm lembu cucuk hidung. Aku completekan task aku dalam masa sehari setengah. Hari pertama aku dapat rm2000 + saving aku rm500. Selebihnya kawan-kawan aku yang bagi pinjam.

Lepas aku dah complete task, aku di pass down oleh Shamin. Then, the next day dapat produk dan pass down pasal cara pemakaian produk. Lepas pada tu lah hari-hari msg aku, whatsapp aku di hujani soalan " ada pf tak ? " Masa tu aku memang rasa betol-betol nak buat. Then bila dah complete task pertama, sibuk la datang malaun-malaun ni dok tanya bila nak next step. Mean invest RM28k untuk menjadi AF. Masa tu aku tengah gile positif, balik kg nak fight ngan parents dan sedara mara. Masa ni lah family aku tentang habis-habisan, masa ni aku rasa marah sangt dengan family aku sebab diorang tak nak tolong aku. aku balik kl dengan tangan kosong. masa tu aku kena perli kena hina dengan upline. Konon aku tak buat dengan hati, hati aku tak bersih, aku selfish dan mcm-mcm lagi. aku just pekak kan telinga dan keep buat. Dalam masa dua bulan aku join aku berjaya tarik 3 orang untuk join bawah aku dan sekarang sorang bawah aku dah AF. Dia kawan baik aku sendiri dan dia marah gile bila aku quit tinggalkn dia. (aku menyesal, tapi tak bleh nk buat apa, andai masa boleh di undur, aku tak kan bawak kawan2 aku join benda alah ni )

Hingga la sampai satu malam, ada satu peristiwa yang betol-betol buat aku buka mata. (Biarlah rahsia peristiwa tu , hehe ). Aku nekad nak quit. Aku lari balik kampung tanpa pengetahuan introducer aku dan kononnya dia risau sebab aku lari balik macamtu je (memang la risau, sebab dia takut org luar brainwash otak aku yang dah dungun dan jadi bodoh macam lembu kena cucuk hidung sejak join scam ni). Masa kat kampung, hampir setiap hari dapat kata-kata semangat dari upline dan kawan-kawan kat one com. Tapi tu sementara je. seminggu pertama. Bila aku takde respon, mereka terus tinggalkan aku, just tinggal kawan aku tu je yg still msg aku (downline aka kawan baik aku).Sebab dia lah aku join balik One com dan datang balik Shah Alam. Tapi sekejap je sebab aku dah tak boleh terima cara dorang, aku jadi sakit hati jer. tapi introducer lagi kuat dok brainwash aku, sebab dia dah tahu aku negatif dah sekarang. Mula-mula kalau tak jumpa, dia selalu jer mesej, tapi sejak aku buat keputusan rasmi nak quit dari group ni langsung dah tak mesej aku, cuma minggu lepas aku yang mesej dia sebab dapat tahu dia masuk hospital. Aku pon tak kisah kalau terputus hubungan terus dengan mereka. Mereka bukan ikhlas kawan dengan kita. Kalau tak percaya cuba tanya mana-mana partner yang dah quit, takde nya mereka nak kawan baik, nak bercakap mesra-mesra macam masa kita bersama team dorang.

kalau nak cerita memang panjang lebar kenangan pahit tapi cukup lah sekadar nak bagi peringatan pada orang lain yang belum join, baru nak join atau yang dah terjoin. Cepat lah quit. tak de faedah pon. Duit, masa dan tenaga anda korbankan tu tak berbaloi pon.

kesimpulannya, ni ringkasan investment yang kena buat kalau nak join :

untuk HM = rm250
untuk IF = rm3400
untuk AF = rm3400 + rm28k
untuk CDF = rm3400 + rm28k dan kena buat 5 downline invest rm28k
untuk DF = rm3400 + rm28k dan kena ada 13 downline yg invest rm28k

Untuk dapatkan balik duit-duit yang korang invest, korang kena tarik org join MLM ni, untuk DF korang fikir lah berapa ramai org yg korang kena tipu. So beware, dan fikir banyak kali, banyak lagi benda lain yang boleh bagi keuntungan.

Kalau korang tak kuat mental, jangan sesekali masuk dalam lubuk mereka, nanti korang akan dipsiko oleh mereka sebagai mana aku kena dulu, rugi rm3.4K. Mereka semua tu cakap je gebang, konon hebat tapi semua tak berduit pon. Aku penah naik dengan sorang partner ni, cakap berdegar-degar. Last-last nk isi minyak mintak duit dengan aku, konon duit dia tak masuk lagi. Nak tipu aku, tak nak mengaku dia stuck, hidup nak makan pon fight dengan org, nak makan berhutang. huh.... dorang tu pakai je smart, kasut kilat , poket kosong. Tak pecaya tgok la masa dorang mkn, yg dorang reti order roti canai kosong je. hahaha..

Cuma kat sini aku nak tegaskan, produk mereka bagus sgt sebab aku yang ada masalah period pain, dah hilang sakit lepas guna treatment ni. Produk bgus tapi syg bila di MLM kan, ni lah jadinya.. So kepada anda di luar sana, jauhi MLM untuk kesejahteraan hidup anda. Elakkan diri anda di selubungi hutang . Nak buat bisnes tak salah, tapi biar ukur baju di badan sendiri. Buat bisnes ikut kemampuan :)

Ni gambar masa 1bc yang kedua aku attend. tapi semua yang dalam pic ni dah quit, just tinggal yang kental je walau dah stuck berbulan-bulan. Dari ramai-ramai, just 4 orang je yang masih stay.
p/s : takpe lah untuk yang bermati-matian sokong MLM, aku doakan korang berjaya. Boleh beli kete besar-besar, rumah besar-besar dan hidup mewah sampai akhir hayat.