Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Sunday, December 16, 2012

"mencintai" lecture itu perlu...

Assalamualaikum...

Masa ni dah menunjukkan pukul 2 pagi tapi mata Nurul tak ngantuk lagi.. nak study..?? memang tak la kan..pemalas cam hape ntah nurul ni.. hehe... tetiba tangan rasa gatal pulak nak menaip.. alang-alang dah buka lappy terus la update blog yang da bersawang ni..hehe

Nurul sebenarnya eksited nak citer.. yelah.. permulaan sem yang Nurul tak sabar nak habes kan.. ni adalah tahun terakhir Nurul di Kedah. jika takde aral melintang, kayu ditengah jalan, parit longkang yang besar.. haha.. insyaAllah.. Nurul grad sem ni.. mudahan landasan kejayaan tu Nurul boleh lintasi dengan jayaNYA...

hari ni 1st day belajar, takde ape yang menarik cuma gaya lecture yang ajar subjek tadi jer yang menarik perhatian..ops.. bukan jatuh hati okey... hehe.. cuma tertarik dengan gaya beliau, walaupon beliau seorang lelaki tapi setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau bagaikan motivasi. mungkin beliau pandai menarik minat student untuk meminati subjek yang beliau ajar.. heheee.... 

Pernah dengar tak org kata.. untuk meminati sesuatu subjek tu.. kita kena minat lecture nya terlebih dahulu..syukur alhamdulillah.. Nurul suka gaya penyampaian beliau dan mudahan Nurul boleh ikut semua yang beliau ajar.. pada Nurul, bila kita cuba "menyukai" seseorang, setiap benda yg mereka lakukankan atau katakan akan mudah kita terima.. konsep mcm ni lah yang Nurul cuba praktikkan semasa belajar.. benda pertama yang Nurul buat adalah "belajar mencintai lecture".. insyaAllah..dengah cara itu, setiap yang di ajar kita akan dapat terima dengan mudah... :)

semoga semua org boleh praktiskan cara yang mudah ni.. 

Dulu Nurul mencintai cikgu sejarah walaupon cikgu tu perempuan... hehe..

No comments:

Post a Comment