Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Saturday, January 28, 2012

Broken Heart

easy 2 love some1, but is very difficult to love back.

p/s ~ perkara mcm ni banyak berlaku..cinta sangat mudah dilafaz kan tapi kadang2 pada org yang salah...

MANA SATU YANG KORANG GUNA??

Kalu kata tak de pakwe/ makwe memg susah nak pecaya la kan…?? Tambah2 plak zaman muka buku nih, so skang ni aku nak Tanya korang, mana satu panggilan yang digunakan oleh korang dengan pasangan korang,….hahha…panggilan2 manja  ni mungkin akan buat ada yang tak biasa tu akan muntah hijau,,so sedia lah dengan bekas dekat tepi sebelum baca lagi..hehe

 Masa mula2 kapel..semua pon akan guna
·         Saya awak
·         Pakai nama contoh adam – hawa
            Kemudian kalau dah lama, mungkin akan berubah kepada :
·         Abg -syg
·         Ayg -anje
·         Cyg - ucuk
·         Baby – ayg
·         Boboi – gegurl
·         Papa-mama
·         Umi- abah ( ni panggilan kawan aku ngan ex dia…1st aku dengar, aku gelak guling2..hahah)
·         Daddy- mamy
·         B – darling

Dan banyak lagi lah…aku mls nak tulis panjang2…tapi aku x penah guna panggilan2 pelik nih, just guna abg syg jer…tu pon masa tengah jiwang dulu2…sekang dah single dah..tak bleh nak bersyg2 dah…hahaha

love is important n wonderful 

p/s ~ tak kisah lah guna panggilan apa pun kan?? Asalkan bahagia..


SMS BERANTAI...;)

Jawab soklan ni :


  • 1)    Impian perkahwinan yang diimpikan anda??
  • 2)    Fobia kepada??
  • 3)    Perkara paling susah anda hendak lakukan..??
  • 4)    Bahagian paling menarik dalam diri anda??
  • 5)    Cinta bagi anda..??

Haha..penah tak terima msg cmni…kalau nak taw…lepas aku sent msg ni…mcm2 aku dapat jawapan…ada yang menggelikan hati, ada yang siyes n mcm2 lagi…
Ni, aku nak tunjuk stu jawapan yang aku dapat, dari adik aku sendiri…hati seorang gadis..
Dapat jer msg dia, aku terus gelak tak berenti, ntah..nak kata lucu sgt tak jugak..tapi tetap geli hati…heheh

Jawapan :


  • 1)    Perkahwinan ala puteri kayangan..
~ perkahwinan ala puteri kayangan?? Haha..mcm mana tuh yer….?? Can’t imagine how perkahwinan ala2 puteri kayangan..yang aku dok terbayang yang bese2 jer..perkahwinan atas bot, tengah2 tasik, tepi pantai…jap, aku nak pk...perkahwinan ala2 puteri kayangan ni mybe, bersanding atas pokok…hahah…tak pon dalam gua…atau dalam sungai…pelikkan..tapi memg pelik…2 yang aku gelak sorg2 tuh…
Mybe macam ni…
ceh, kalu camni, aku pon nak..hahah...

Tapi kalu adik aku tu..yang ni.,..haaha
hahaha....cantik kan...ni lah impian adik aku tuh,,.muahahaha


  • 2)    Benda kecik, berbulu, banyak kaki
~ dia punya jawapan tak specific, benda kecik, berbulu, banyak kaki..natang ape jenis cenggini, kecik 2 mybe semut, kuman…muahahaha….berbulu, mybe tikus, dan tang yang banyak kaki 2, mybe ulat gonggok…taw tak..ape bendanya ulat gonggok tu?? Kalu nak tahu..klik [ SINI ]

ni lah ulat 2..geli aku..huhu


  • 3)    Gemukkan diri
~ yang ni aku pecaya lah…nak buat mcm mana berat dia tak penah lebih dari 38kg..umur dah nak dekat 20..hahah


  • 4)    U know..better u tell me…ni dia punya jawapan…k sekang aku nak jawab…haha…x de yang cantik pon..semenya menyakitkan mata…hahaha


  • 5)    Cinta = love = something awesome that make us fell like in paradise, a magic that make us can do everything…
~ Kalu nak ulas pasal cinta ni, panjang sgt…tapi bagi aku lah kan..cinta ni sesuatu yang sukar dijangka, kalau kita ikhlas memberi, org akan ikhlas menerima…..tapi aku ingat satu kata2…berhati-hati jika member hati kepada seseorang, jika salah member hati, kesannya kita akan rasa sampai mati….fuh ~ dasat gak aku bab2 gini..caya lah..hahaha

p/s ~ tak tahu nape merapu mcm ni..hahah

Thursday, January 26, 2012

Bayar Cash


Hah, kalau baca tajuk entri tuh..mesti ingat aku beli keta bayar cash kan…why not..?? ingat aku tak mampu ke??hahaha…keta mainan mampu lah aku…
Sebenarnya ni berkaitan dengan cuti raya cina..* ape kejadahnya cuti raya cina?? Aku bayar cash beli kuih bulan ke?? Hahah…..kalau ingat citer nih..rasa nak jer ketut2 orang yang wat aku merana buat seketika tu…..
Citernye macam ni, cuti raya cina jatuh 23hb dan 24hb…tapi terlebih dahulu aku nak bagitaw..aku sekang ni practical student at  Husm kubang kerian…aku daftar masuk sini 19hb lagi..sejak daftar masuk praktikal ni aku tak penah balik lagi even dok dalam Kelantan jugak..rindu jgk lah dekat family….so aku nak mintak cuti lah untuk raya cina…raya cina tuh memg lah cuti Cuma cuti 2 jatuh hari isnin dan selasa, so ahad aku kena datang keje…pikir punya pikir..aku dapat lah satu idea…
bersinar-sinar mata aku masa nih, dapat idea bernas..hehehe
aku pun pegi jumpa Encik Ramazi ( nama sebenar …hehe)..penolong jurutera dekat ofis aku..mintak ngan dia nak cuti ari ahad…dia pon jawab cmni…” memandangkan awak budak praktikal, saya x halang awak tapi pandai2 cover…”…pergh….i love u lah…suka giler bos macam ni..hahaha
Then, ari kamis 2 aku cabut lah…punyer lah seronok balik kampung…almaklumlah…hamper sebulan x balik kampung…..pejam celik pejam celik, dah sampai ari had, so aku pon pegi lah ke klinik membawa idea aku yang bernas dan mantap ni..*kononnya nak jadi sakit sebab nakkan mC…nak cuti..eheee…*

Aku pegi klinik dengan adik aku, Bella Isabella ( bukan nama sebenar)…*bajet hot nama dia, padahal nama ******….hahah…ok..stret to d point…sampai je dekat klinik, aku terus warning dia, jgn ikut aku jumpa MA dlm bilik  nanti aku segan nak menipu…hahaha……dia pon angguk2 jer..paham ke tidak aku tak tahu lah..tapi yang pasti dia tak ikut aku…bunyi jer nombor aku dipanggil, aku pon terus berjalan ke bilik rawatan 2..tapi dengan penuh bergaya….orang sakit la katakan, jalan pon pelan jer…muka tak bermaya..* menjadi giler beb aku berlakon…siap nurse 2 tanya lagi, sakit ape dik?? Aku pon senyum kelat..* kononnya menahan sakit* dan dengan suara yang paling sopan lah aku menjawab “ kurang sihat nurse, rasa tak sedap badan”….nurse 2 mengangguk……

Masuk jer dalam bilik 2, MA tu terus tegur aku..” kenapa?? Sakit ker??..aku pon jawab lah…”yelah sakit, kalu tidak jangan harap nak datang”…huh, gengstar tak jawapan aku….tapi aku jawab dalam hati jer tuh..hahaha….dengan muka kelat, ku jawab “ kurang sihat, sakit badan”…MA tu Tanya aku buat ape smpai sakit badan, aku jawab lah..ntah,mungkin sebab penat sikit tengah belajar nak keje..then dia Tanya aku keje dekat mana?? ( banyak songeh betul…Tanya itu ini, nasib baik aku nak MC kalu tidak jgn harap aku nak layan setiap pertanyaan dia tuh…hahaha )…yang aku geram and rasa nak sujud jer sekat kaki dia, bila aku sebut jer nak mc untuk hari ahad 2…dia trus ckp boleh…tapi kena suntik sejarum, saya bagi ubat sakit urat memandangkan awak keje angkat bata ngan gaul simen….* amboi, mulut dia memg tak de insuran, tapi nasib baik aku buat-buat sakit, kena berlagak sakit lah…haaha*

MA tu bagi jarum dekat aku, bagi nurse suntik….waaaaaaa…kurang asam, gara2 menipu nak Mc aku kena suntik sejarum dekat punggung….geramnyer..sakit beb…masa aku bawak jarum nak keluar jumpa nurse 2, aku tgok adik aku ligat dok tangkap gambar dia sendiri, tersengih sana tersngih sini n sempat  lagi dia sengih dekat aku, masa 2 aku rasa nak pegi cucuk jer mulut dia 2 biar tak boleh sengih sampai bila-bila…* fuh, jahat siot…hahaha…..

Lepas jer kena suntik..aku kena masuk balik jumpa ngan MA tu, x silap aku nama dia Nik Hassan Nik Ya…tersengih tgok aku masuk lepas selesai kena suntik tuh…siap nganjing lagi, sape nak gaul simen awak cuti hari ni?? Aku pon senyum jer..mls nak layan..yang penting dia bagi Mc jap lagi…masa aku nak duduk tu..aku tak bleh duduk, sakit sgt kena suntik 2..apalagi, laju jer MA 2 gelakkan aku, siap ckp lagi…jarum kecik pon sakit ke?? Dengan penuh keayuan aku menjawab “ kalu suntik atas tuan tubuh, kecik mana pon sakit” masa ni aku rasa cam nak ketuk2 kepala dia….huh…

Dia bagi jer mc dekat aku terus aku blah tapi sempat taw ucap terima kasih, aku nih adalah salah seorang dari gadis melayu yang berbudi bahasa taw..ahahaah…
Keluar jer klinik, adik aku terus gelakkan aku, katanya, hari ni Allah bayar cash dosa kau menipu….best kan??...soklan terakhir dari adik aku buat aku mendidih tapi nak buat mcm mana kan…terima jer lah…hehee

p/s – kadang2 menipu tu perlu kalau terpaksa…hehehe……



Wednesday, January 25, 2012

Biodata Nik Abdul Aziz B. Nik Mat


 
Menurut Hussain Yaacob (1992), Nik Abdul Aziz B. Nik Mat telah dilahirkan pada tahun 1931 di Pulau Melaka, sebuah kampung yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Kota Bharu. Bapanya, Allahyarham Tok Guru Haji Nik Mat B. Raja Banjar adalah Sarjana Islam yang terkenal pada masa itu. Allahyarham Haji Nik Mat Alim adalah pengasas bagi Pulau Melaka Islamic School atau Sekolah Pondok. Haji Nik Mat benar-benar serius mengenai pendidikan Islam anak-anaknya dan ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada gaya kepimpinan yang dilaksanakan oleh Tok Guru Nik Aziz. Beliau melatih semua anaknya dan anak perempuan tentang pengetahuan Islam daripada peringkat awal lagi.

Tok guru Nik Aziz juga telah dihantar untuk mempelajari ilmu Islam dari Khurasan, salah satu daripada 'Guru' yang paling terkenal di Kelantan pada masa itu. Kemudian, Tok Guru Nik Aziz meneruskan pengajian dengan beberapa Sarjana Islam yang lain di Kelantan dan Jertih, Terengganu termasuk dengan Allahyarham Tuan Guru Haji Abbas Haji Ahmad di Madrasah Ittifaqiah.

Selepas 5 tahun beliau belajar di sekolah, pada tahun 1952 Tok Guru Nik Aziz telah pergi ke India untuk melanjutkan pelajaran di Darul Ulum Deoband di India. Kursus di Deoband mengambil masa kira-kira 5 tahun. Dari India, Tok Guru Nik Aziz meneruskan Pendidikan Islam ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Di sana, beliau mengambil Bahasa Arab dan Undang-undang Islam sebagai subjek utama. Selepas 4 tahun, Tok Guru berjaya lulus dan menamatkan Ijazah Sarjana Muda Seni dalam undang-undang Islam dan Master Seni dalam undang-undang Islam. Pada tahun 1962, Tok Guru Nik Aziz balik ke Tanah Melayu (kini Malaysia). Tok Guru Nik Aziz boleh bercakap dalam beberapa bahasa asing seperti Bahasa Arab, Tamil, Urdu dan Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1963, Tok Guru Nik Aziz berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak (pada masa itu isterinya berusia 14 tahun). Sekarang, kedua-dua mereka mendapat 10 kanak-kanak (5 anak perempuan dan 5 orang anak lelaki). Menurut Guru Nik Aziz Tok, semua anak-anaknya mengambil Pendidikan Islam sebagai subjek utama mereka.

Laluan kerjaya

Selepas kembali dari Mesir, Tok Guru memulakan kerjanya sebagai guru agama sepenuh masa dan menjadi pendakwah Islam, untuk mengisi penuh cita-cita bapanya. Dalam pertengahan tahun 1960, Tok Guru Nik Aziz menjadi guru sambilan dan mengajar kelas orang-orang dewasa untuk satu tahun (Guru kelas Dewasa KEMAS). Beliau bersetuju untuk menjadi guru kerana mereka (penyelia kelas) membenarkan beliau untuk memberi kuliah tanpa apa-apa terma dan syarat.

Kerjaya politik

Tok Guru Nik Abdul Aziz serius menyertai Parti Islam Semalaysia atau PAS selepas meletak jawatan sebagai guru kelas dewasa. Dalam beberapa bulan selepas itu, iaitu pada tahun 1967, beliau ditawarkan sebagai calon bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Beliau telah memenangi pilihan raya kecil di Kelantan Hilir atau Pengkalan Chepa kerusi Parlimen dari tahun 1967 dan setiap kali ada pilihan raya yang lain, beliau memenangi kerusi itu sehingga tahun 1986 apabila beliau ditukarkan ke satu lagi kerusi parlimen di Bachok, Kelantan.

Nik Aziz sebagai Ketua Majlis Pusat ulama

Tok Guru Nik Aziz telah dilantik sebagai Ketua Majlis Pusat ulama dari tahun 1968 sehingga kini. Kedudukan ini memberi kuasa nasihat kepada semua perkara yang berkaitan dengan Islam yang dihadapi oleh parti dan pengikut.

Nik Aziz sebagai Pesuruhjaya Kelantan, PAS

Sebagai pemimpin yang baik, pengikut Tok Guru Nik Aziz telah meminta kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti untuk melantik beliau sebagai pesuruhjaya bagi negeri Kelantan. Mereka (pengikut) memerlukan pemimpin yang amat mahir tentang Islam dan mereka tidak mahu mana-mana pemimpin-pemimpin sekular lagi. Akhirnya, pemimpin-pemimpin tertinggi parti telah bersetuju untuk melantik beliau sebagai pesuruhjaya PAS Kelantan, kedudukan yang kukuh telah memberikan kepadanya kuasa tertentu untuk mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti parti terutamanya di Kelantan. Bandingkan dengan negeri lain, Kelantan sahaja adalah negeri di Malaysia dengan pengikut-pengikut PAS yang paling besar. Dalam erti kata lain, kedudukan sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan sebenarnya adalah satu peluang yang besar.

Pada mulanya, Tok Guru Nik Aziz tidak mahu menerima jawatan itu. Beliau merasakan bahawa pemimpin PAS yang lain harus memegang jawatan itu, bukan dia. Sebagai seorang pemimpin merendah diri, Tok Guru Nik Aziz terus memberitahu pengikutnya bahawa dia bukanlah orang yang tepat. Tetapi selepas begitu banyak tekanan yang diberikan kepadanya, akhirnya dia menerimanya berdasarkan satu hadith yang memberi garis panduan tentang bagaimana seorang pemimpin yang dipilih tidak harus menolak kedudukan yang baik jika dia (pemimpin berpotensi ) mempunyai keupayaan untuk memimpin berbanding dengan orang lain.

Tok Guru Sebagai Menteri Besar Kelantan Darulnaim.

Tok Guru Nik Aziz telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan Darulnaim ke-5 pada 22hb. Oktober 1990 pada jam 8.00 malam untuk menggantikan bekas Menteri Besar dari kerajaan pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN). Beliau mendapat majoriti terbesar dalam pilihan raya umum untuk Kelantan. Tok Guru Nik Aziz telah memotong 40% daripada gajinya untuk diberikan kepada simpanan PAS Kelantan. Beliau juga tidak menerima apa-apa elaun yang diperuntukkan kepadanya semasa Hari Raya.

Tok Guru juga memberi amaran kepada semua ahli-ahli exco dipilih untuk menolak mana-mana hadiah yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana orang. Beliau merasakan bahawa hadiah yang diberikan boleh dianggap sebagai salah laku atau amalan rasuah yang boleh membawa kepada rasuah.

di copypaste dari kakionline ~ sharing is caring...TQ...:)


Friday, January 6, 2012

MIMPI NGERI


Kali ni aku nak citer sal mimpi ngeri…mimpi yang aku alami sendiri…oh my god!! Aku x sanggup kalu betul ia berlaku di dunia reality…u know y?? dalam mimpi 2 aku dikahwinkan dengan org yang aku x kenal oleh my parents….citernya cmni……:-\

kan best kalu ada org wat dekat aku cam gini..heheh
Alkisah…..

Satu petang, setelah berbulan-bulan aku x balik, satu hari aku nak balik kampung…smpai jerk at kampung, aku tengok ramai org memenuhi perkarangan umah aku..aku ingatkan kenapa…bila naik je atas umah..aku tgok ada sorg laki segak berbaju melayu atas umah aku..aku ingatkan family aku yang jauh2…p yang membuatkan aku nak jatuh pengsan bila my dad bgtaw…” ni suami kamu”….ah..mcm mana aku dikahwinkan tanpa persetujuan….memg la x logik..mimpi kan…heheh…….aku terus lari keluar dari umah… Y could do this to me?? Y?sebenarnya xdelah jauh sgt aku lari…aku lari umah maksedara aku jer hahahah…n aku ajak laki tuh jumpa aku face 2 face n aku mintak dia ceraikan aku..aku sanggup bayar berapa jer yang dia mahu…asalkan dia ceraikan aku…..tapi apa yang memeranjatkan aku…dia kata..”dia x kan ceraikan aku smpai mati”…….aku terus menagis x berhenti….

# bila aku sedar jer dari tidor..pipi aku basah…aku terkesima 15minit..tengah kerah otak pk aku ni mmpi ke betul2 dah kawin…bila pk betul2…baru aku taw..aku Cuma mimpi…Oh Tuhan, syukur Alhamduliilah……….masa aku bangun tdo 2 aku terbayang2 ag muka laki 2…oh no…aku x penah kenal dia..sebab aku x penah ada kawan atau teman yang istimewa di alam reality muka cam dia….x de lah sekacak Aaron Aziz…hehe …….

Moral of the story : tdo 2 kena baca doa n basuh kaki biar x mimpi bukan2…heheh