Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Sunday, September 14, 2014

UTeM DI HATIKU.. ALWAYS A PIONEER, ALWAYS AHEAD.


UTeM. Dapat tawaran masuk ke UTeM untuk program Ijazah Sarjana Muda, benda pertama aku bagitahu mak aku.

“Mak, k.cik dapat offer sambung degree kat UTem, macam mana ? Nak terima or tolak ? “
Soalan aku di jawab oleh soalan jugak dari mak aku.
“UTeM tu swasta ke ? “

###   ###   ###








Aku tak salahkan mak aku dengan soalan dia, sebab ramai lagi yang tidak mengetahui sejarah UTeM. Sebab UTeM bukanlah Universiti terkemuka di Malaysia seperti USM, UPM, UTM, UKM dan UM dan bukan jugak sepopular UITM yang di kenali setiap lapisan masyarakat. Tapi nak aku tegaskan di sini, UTeM adalah Universiti teknikal pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Mungkin ramai tak tahu, meh la aku story serba sedikit ape yang aku tahu.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (singkatan: UTeM) merupakan IPTA serta universiti teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti ini telah diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti. Maka pada tanggal 1 Februari 2007 tercatatlah sejarah kelahiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri. 

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah IPTA yang ke-14 dan merupakan Universiti Teknikal pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di 3 kampus iaitu di  Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal, Alor Gajah, Kampus Industri di Ayer Keroh manakala Kampus Bandar terletak di pusat bandaraya Melaka.

Universiti ini mempunyai 7 Fakulti dan 1 pusat akademik. UTeM menawarkan program di peringkat Diploma, Ijazah dan Pasca Siswazah dalam Kejuruteraan, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Teknousahawan serta Pengurusan Teknologi. Program pengajian yang ditawarkan di UTeM menekankan aspek teori dan aplikasi dalam bidang pengkhususannya. Konsep pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan adalah berasaskan kepada :

  1. Competency based development
  2. Action based learning
  3. Simulation of real situations and problems
  4. Solving industry related issues / problems

Pelajar UTeM perlu menjalani program latihan industri selama 6 bulan iaitu tambahan tempoh latihan selama 3 bulan  berbanding IPTA yang lain. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di universiti merupakan platfom kepada graduan dalam menjalani latihan, memberikan pendedahan dan pengalaman bagi tujuan melahirkan graduan yang kompeten, berketrampilan dan berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam mengharungi dunia professional di samping bersahsiah tinggi.

FAKULTI

Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 4 buah Fakulti yang terletak di Kampus Induk di Durian Tunggal, Melaka, 2 fakulti di Kampus Industri di Ayer Keroh, Melaka dan 1 fakulti di Kampus Bandar di Jalan Hang Tuah, Melaka.

1.  Fakulti yang beroperasi di Kampus Induk ialah:

           i)     Fakulti Kejuruteraan Elektrik; dan
           ii)    Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
          iii)    Fakulti Kejuruteraan Pembuatan; dan
          iv)   Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

2. Fakulti yang beroperasi di Kampus Bandar ialah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan

3.  Fakulti yang beroperasi di Kampus Industri pula ialah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
.
KEMUDAHAN DAN  PERKHIDMATAN

Sepertimana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UTeM juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal yang canggih dan terkini selaras dengan imej sebuah IPTA Teknikal yang berasakan aplikasi dan amalan, Ruang Kuliah yang selesa, Perkhidmatan Pelajar dan Koperasi, Pengangkutan, Kolej Kediaman yang kondusif, Pusat Kesihatan, Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya, Kafeteria dan lain-lain.

****

Cukup kot sekadar pengenalan dan pengetahuan untuk orang yang masih tidak mengetahui UTeM tu ape. Ape yang aku tulis dia atas adalah fakta dan tiada sebarang tokok tambah. If anyone say, “ alah, mesti lah kau puji Universiti kau melambung-lambung! Kalau kau tak puji, sape lagi nak puji “. Yes, sekali aku bergelar student UTeM, selamanya aku akan protect UTeM. Sebagaimana dekan bagitahu dalam taklimat minggu MHS, “ berbangga lah sebagai pelajar UTeM, jaga UTeM sayangi UTeM seperti keluarga dan nyawa anda sendiri”. Dan aku berbangga menjadi salah sorang dari warga UTeM.


ALWAYS A PIONEER, ALWAYS AHEAD.

39 comments:

  1. As.salam nak tanya,saya student lulusan dipoma politeknik dlm kejuruteraan elektrik jd soalannya ialah haha mcm tulis karangan pulak.. selain kemasukan/intake bulan 9 untuk sambung degree ade x lg intake student degree di UTEM selain bulan 9.. adakah ianya trbuka untk bulan 9 shj ke camna.. sebab saya ade dgr bhw ade intake bulan 3 tp untuk student diploma shj..coz igt nak sambung study.. sory tulis panjang berjela camni haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... sy pon student politeknik, yg sy tahu. 1st intake bulan 9 je, 2nd intake dua minggu lepas 1st intake... yg bulan 3 sy x sure. awk boleh pergi ke website utama utem atau awk boleh tweet @UTeM_my.

      Delete
    2. nurul..sis..sya nk tnya..sis dpt intake yg 1st ke 2nd?

      Delete
    3. maaf lambat reply. sebab saya bz. hehehe
      saya 1st intake :)

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, sy nak tanya.. untuk masuk ke UTeM nie memerlukan muet ke..? Sebab lepas diploma, sy x sempat nak buat muet sebab dah bekerja. Dan bercadang untuk masuk ke UTeM tahun depan lepas kumpul duit secukupnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. untuk sambung degree wajib amk MUET. at least band 2 :)

      Delete
  3. Assalamualaikum kak saya nak tanye kalau diplome electronic engineering brape lame?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak saya nak tanye kalau diplome electronic engineering brape lame?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya lepasan Diploma dr ipt lain masuk Utem, tempoh sambung degree dalam 4 tahun kecuali lepasan diploma Utem. dorang boleh cut tahun. :)

      Delete
  5. Assalamualaikum kak kalau dapat electronic engineering tu dia kena pilih kos yg antara 4 tu ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm adik, yg tu sy tak berapa pasti. Boleh tanya dekat page utem official :)

      Delete
  6. assalamualaikum.nurul..klau lepasan diploma dri ipt lain..nk transfer kredit masa sambung degree,lepas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Lepas tp x byk sgt. Nanti tnya dekat hepa

      Delete
  7. Asslamulaikum kak :) diploma tek,kejuruteraan boleh apply x kt Utem ni?

    ReplyDelete
  8. Kejuruteraan mekatronik kat kampus induk?

    ReplyDelete
  9. Kejuruteraan mekatronik tuu kampus mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Induk kot. Sy x sure sbb sy kat industri:

      Delete
    2. dekat induk, di bawah fakulti kejuruteraan elektrik

      Delete
  10. Saya mintak maaf sbb lambat respon. Sy bz sikit :)

    ReplyDelete
  11. Assalam akak,klo nk konvo muet band kna dpt brapa?

    ReplyDelete
  12. Assalam akak,klo nk konvo muet band kna dpt brapa?

    ReplyDelete
  13. Assalam akak,klo nk konvo muet band kna dpt brapa?

    ReplyDelete
  14. Assalam akak klo nk konvo muet kena dpt brapa?

    ReplyDelete
  15. Assalam akak,klo nk konvo muet band kna dpt brapa?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...makcik nak tanya...susah sgt ke bljr ftmk tu..
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam makcik. Sy bukan student ftmk. So sy tak tahu la tahap kesusahan kos tu. tp setiap kos ada susah senangnya. hehehehehe

      Delete
    2. wsalam, saya boleh tlg jwbkn memndgkn sye student dari FTMK, dan 17 feb ni insha allah habis dah degree :). FTMK ni basic dia ape2 mmg xboleh lari dari coding. Saya mmg dip utem dan degree jugak di Utem :). Mmg xde basic lansung pasl IT. Dkt UTem baru bljar semua dari bawah.. Insha allah tak susah klu usaha dan ikot je ape pensyarah ckp :).. Jujur saya ckp smua pensyarah di Utem bagus dan byk membantu student :)

      Delete
    3. terima kasih nadirah menjawab bagi pihak :).
      Btw, congrats dah abes degree. :)
      Doakan sy lg dua sem :)

      Delete
  17. Assalam kak , saya nk tanya . Selalunya saya dengar orang kata orang melaka ni kasar2 , so saya nk tahu la orng melaka kat Utem tu kasar2 ke ? ke baik je . haha takut jugak nak berkawan dengan orang yg kasar2 ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. Kasar tak semestinya jahat. Lembut tak semestinya baik. hehehehe
      Alhamdulillah, mostly org Melaka ni semua baik2. takde masalah hehehe

      Delete
  18. assalamualaikum sis, adik saya dapat di UTEM, selalu payment diploma satu sem berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, maaf. untuk diploma sy tak tahu. Tapi kalau utk degree, every sem around rm1100.

      Delete
  19. salam kak..nak tanya sikit..dua hari lepas keluar keputusan upu dan saya dpt tawaran diploma kejuruteraan pembuatan di UTeM..boleh tak minta tukar course lain?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, boleh nak tukar kos. tp leceh sikit la. Nanti boleh pergi kat Hepa.

      Delete
  20. salam kak..nak tanya sikit..dua hari lepas keluar keputusan upu dan saya dpt tawaran diploma kejuruteraan pembuatan di UTeM..boleh tak minta tukar course lain?..

    ReplyDelete