Assalamualaikum..
Wah, dah bersawang blog ni..lama sgt tak update..sejak lepas exam hari tu..lupa langsung dekat beliau.. kesian beliau... hehehe.. hari ni nurul nak bercakap mengenai kegagalan...Siapa
yang nak dilahirkan gagal. Setiap org mengimpikan kejayaan dalam apa jua yang
mereka lakukan. Tetapi setiap 9 daripada 10 org akan mengalami kegagalan
sebelum betul-betul mencapai kejayaan.
Nurul
pon pernah gagal, bukan setakat terjatuh malah tersunggur hingga rasa bagai
tidak ada harapan lagi untuk melangkah walau selangkah menuju kejayaan. Tetapi
Alhamdulillah, di saat Nurul jatuh tersungkur, disaat org len meninggalkan
Nurul masih ada yang sudi memberi kata-kata semangat pada Nurul. Memberi
dorongan, memberi kekuatan untuk Nurul bangkit berjuang. Beliau adalah org yang
paling Nurul cintai dengan sepenuh hati Nurul, cinta ini akan Nurul bawak sampai
ke syurga. Beliau adalah ibu dan ayah Nurul. * sedih kejap *… heeeee..
Erti gagal yang sebenar... |
Dulu
Nurul tak paham apa itu gagal. Apabila Nurul gagal capai sesuatu yang Nurul
ingin kan, Nurul terus rasakan yang masa depan Nurul akan kabur, akan gelap.
Tapi bila Nurul dah menginjak dewasa, baru lah Nurul tahu apa erti kegagalan
yang sebenar.
###
Kegagalan
bukanlah bererti anda seorang yang gagal, ia hanya bererti anda masih belum
berjaya.
Kegagalan
bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti anda sudah
mempelajari sesuatu.
Kegagalan
bukan bererti anda seorang yang bodoh kerana mencuba. Ia bererti anda berani,
anda teguh dan bersemangat waja.. – berbanggalah dengan diri anda.
Kegagalan
bukanlah bermakna anda tidak berjaya. Ia hanyalah bermakna anda memerlukan
sedikit masa lagi.
Kegagalan
bukan bermakna anda kecundang. Ia hanya bermakna anda berpeluang untuk bermula
semula dan mencuba sesuatu yang baru.
Kegagalan
bukanlah bermakna Allah telah meninggalkan anda. Ia hanyalah bermakna DIA
mempunyai rancangan yang lebih baik lagi.
Kadangkala
kegagalan adalah batu loncatan untuk kita menuju kejayaan. Jika kita tidak
pernah jatuh, bagaimana untuk kita belajar bangkit semula jika kita terjatuh??
Jadi
benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad.
Permulaan
yang gagal belum tentu pengakhiran juga kegagalan. Usaha dan terus berusaha itu
lah kunci sesuatu kejayaan.
#####
gagal itu biasa..terus berusaha itu yang LUAR BIASA.. |
Pada
sesiapa yang gagal, jangan lah bersedih dan menangis, terus pandang kehadapan
dengan azam dan tekad yang baru. Kehidupan tidak akan berubah hanya dengan
meratapi nasib tapi boleh diubah dengan usaha yang gigih. Jika gagal,
belajarlah dari kesilapan kerana semua org yang berjaya dalam hidup adalah
bermula dari satu kesilapan. J
p/s
~ berjuang untuk hidup.
No comments:
Post a Comment