Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Thursday, April 12, 2012

KENANGAN PERTABALAN AGONG!!!!!

Assalamualaikum…bila jari hilang jer rasa sakit..terus aku menaip entri ni….hehehe….keseronokan yang dijangka menjadi kecelakaan….aku tak sangka benda ni berlaku sekelip mata jer..sedar-sedar aku dah cium tar..kawan aku plak melayang terus..kecian dekat dia..aku rasa bersalah sgt-sgt…kalu aku tak ajak dia mesti benda ni tak akan berlaku…L

Kawan aku tu lagi teruk lah sebab dia bonceng aku, aku okey sikit dari dia…Cuma motor lah teruk sikit…tapi aku tak sempat nak tangkap gambar..hp aku pon rosak masa kejadian..banyak giler kerugian yang ditanggung..tak termasuk ag perfume yang aku baru beli..sedih giler kot…balik jer dari hospital, pergi balik tempat kemalangan tu…aku terus Tanya p.cik dekat situ, perfume aku ada lagi tak..p.cik tuh bagi penutup jer…botol perfume dah pecah…waaa…..sedih giler masa tuh….dah la tak sempat pakai ag…

ni lah perfume aku yang pecah tuh...tak sempat nak pakai...bau sexy ni...hahahah

lagi satu, perfume imari...dua botol seme pecah berderai.....memg bukan rezki...tak campur lagi dengan bedak compact n seangkatannya....tapi tak pelah..aku patutnya bersyukur...aku masih bernyawa sekarang ni...


Kat sini, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak lah pada yang dah tolong aku masa tu…TQVM…

p/s ~ gambar memg takde nak upload ~ tak bleh nak citer panjang lebar, sakit tubuh nak menaip lama-lama…hehehe…J

Saturday, April 7, 2012

OMONG KOSONG


Assalamualaikum…

Malam ni aku tak tahu nak tulis tentang ape…hati aku ni kosong mcm lagu yang najwa latif nyanyi tuh…ntah lah..kadang-kadang aku terasa jugak, buat ape kita sebagai perempuan bukak hati untuk lelaki jika hanya untuk disakiti, jika hanya untuk dikecewakan, jika hanya untuk dipermainkan…tapi aku yakin dan jamin 100% hati wanita adalah sangat lembut dan begitu mudah “dibeli”…bukan maksud aku dibeli dengan wang ringgit tapi jika dibeli dengan kasih sayang walhal hanya kasih sayang yang palsu.
LELAKI MULUT DIHATI, WANITA HATI DI MULUT...

Ye…mungkin aku terlalu muda untuk berbicara tentang hati dan perasaan…*muda ker??hehehe….* tapi orang kata bercakap melalui pengalaman sendiri atau pengalaman sekeliling…aku tak tau nak describe mcm mana hati seorang perempuan, kadang-kadang aku sebagai perempuan pon sukar mengerti….

Jadi aku sebagai perempuan..jugak nak tegaskan pada perempuan-perempuan lain, jgn kerana terlalu percayakan seseorang lelaki hingga sanggup meletakkan maruah ditempat yang paling hina. Orang lelaki sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan apa yang di inginkan even berhabis duit sekali pon….jangan kata lelaki tu betul-betul sukakan kita bila dia pergi jumpa family kita!! Jgn kata lelaki tu sayangkan kita bila dia ikut semua kehendak kita!!...nothing free in the world….takde benda yang dilakukan percuma tanpa bayaran…..jadi kita sebagai perempuan harus berhati-hati dan sentiasa waspada…walaupun sayang pada kekasih simpan 50% curiga padanya…bukan untuk mengurangkan kasih sayang kita tapi untuk persediaan jika kita dikecewakan…..biar masih ada ruang dlm hati kita untuk diubati….

p/s ~ saat hati berduka lara....heheehee

Wednesday, April 4, 2012

SAPE YANG BUTA???



Assalamualaikum…tetiba mlm ni bosan tahap gaban so aku rasa tertarik plak hati ni nak update blog..*padahal melambak kot kerja, repot pon belum buat lagi, nanti dah nak buka sem baru kelam kabut sampai merah mata nak siap kan kerja…hahha…well…camni lah ciri-ciri pelajar cemerlang dan pekerja yang Berjaya…so contohi lah saya…*tiba2*

Cinta Mampu mengubah seseorang menjadi lebih baik atau sebaliknya...


Sebenarnya, mlm ni aku rasa nak citer pasal cinta…chewah…cinta tu..aku pon tak taw samada cinta tu buta atau org yang bercinta tu yang buta…cinta terang-terang lah takde mata…kalu ada mata aku rasa takde org nak bercinta semua cabut lari…hahahah
Tapi terang-terang aku cakap…org bercinta ni buta hati..kenapa aku cakap camtu…sebab bila dah bercinta ni, dorang memang dah takkan Nampak salah pasangan dia tu, masa tu even kentut pun bau wangi…hahahah.

Bila cakap pasal cinta ni, aku teringat plak dekat member aku yang sama-sama belajar dekat P*******, aku nak kata dia jenis yang setia tak jugak, melayan jugak lah..tapi dia bengang tahap cipan bila pakwe dia main kayu 3..bukan setakat sekali dua tapi hampir 5kali…bila tahu tu, punya lah member aku tu mengamuk…habis sekali jenis binatang dia sebut, tapi bila di pujuk rayu…dapat bunga 3 kuntum,dapat cincin kapel..terus cair, salah pakwe tadi terus lupakan…dia pon jadilah manusia yang paling pemaaf…paling ikhlas dan paling aku menyampah….kalu wat salah ngan aku atau aku yang buat salah dengan dia punya lah susah nak  maaf..

Tu lah yang dikatakan kuasa cinta…kuasa cinta mampu menyejukkan api, meleburkan besi, membutakan mata dan sampai tuan punya cinta tu jadi bodoh mcm lembu…siyes aku menyampah dengan kawan aku nih, pakwe dia semua baik walhal satu kolej dah kenal perangai pakwe dia tu…dia jer yang pekakkan telinga butakan mata sampai tak nak tahu kebenaran…

So…disini, sape yang buta????cinta atau kita ???

p/s ~ aku pon tak tahu ape aku melalut…hahaha

moral of the story ~ biar kita menjadi tuan cinta, bukan menjadi hamba cinta…J