Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Sunday, May 25, 2014

Episod baru bermula esok !

Assalamualaikum...

Setiap hari kita menjalani hidup seperti biasa, seperti hari-hari yang pernah berlalu tapi selalu di hujani masalah. Tapi sape kita untuk pertikaikan semua itu. Terima dengan hati terbuka atau makan hati sebab meratap nasib.

Meratap nasib tidak salah dan tidak menjadi satu kesalahan jika kita sertakan dengan niat untuk berubah. Cuma jika bertindak menyalah kan takdir akan jadi satu kesalahan seperti kita tidak redha dengan ketentuan Allah s.w.t.

" Aku dulu mempunyai seorang teman dengan kata lain sahabat atau kawan atau rakan. Dia seorang lelaki yang aku agak separuh sempurna. Sebab nampak dia sangat baik, bagus dan menepati ciri-ciri seoarang lelaki idaman. Baik dan bijak. Tapi semua tinggal kenangan dah berubah sekelip mata selepas kematian tunangnya !

Pemergian tunang dia membawa separuh dari jiwa dia sehingga mengabai diri dari sang pencipta. Meratapi nasib sehingga menidakkan takdir dan suratan ilahi. Lantas si pencipta di salahkan."

Biarkan cerita tergantung di situ sahaja.

Kita sebagai manusia tak pernah lari dari masalah. Setiap manusia memang akan ada masalah cuma cara yang berbeza dari setiap individu itulah yang membezakan bagaimana mereka menyelesaikan masalah.

Aku?

Berlambak dugaan cabaran hinaan makian, aku dah hadam dan terima semua sebagai daki dunia.Tapi tak bermakna aku kena terus meratap dan menyalahkan takdir. Satu jer cara bagi aku, bukan melupakan masalah itu tapi mengawal masalah berkenaan.

Bagi aku, hidup aku tidak ada perenggan tidak ada bab tidak ada sambungan. Episod demi episod menamatkan setiap kisah. Setiap hari aku bangun di waktu pagi dengan memulakan episod baru. Hari yang indah, hari yang ceria anda yang tentukan. Pagi anda adalah penentu untuk keseluruhan hari anda. Ingat, EPISOD BARU BERMULA ESOK.. setiap malam, ucapan selamat malam adalah penutup untuk episod hari ini.

Tangani masalah dengan cara yang bijak =)


No comments:

Post a Comment