Nurul suka mencuba makanan yang pelik-pelik ( bak kata kawan Nurul la..) rasanya benda ni tak pelik... dan setakat ni alhamdulillah... Nurul boleh makan, tak sampai muntah-muntah macam kawan Nurul..kalau pergi tesco.. benda wajib yang Nurul akan cari adalah shushi dan yogurt.. Nurul terlalu suka makan shushi.. tak kisah lah yang ada timun jer kat tengah, yang ada ketam, yang berlendir yang kering.. semua Nurul makan... hahaa... kali terakhir Nurul makan shushi, mggu lepas.. Nurul mkn shushi yang Nurul tak pernah makan, mcm berlendir sikit.. bg kawan rasa..dia taknak.. tapi rasa dia memg best la pada Nurul..lupa pulak nama dia, bila mkn tu rasa lemak-lemak sikit... huih.. kecur air liur ...hehee
ni lah shushi...sape-sape yg tak kenal.. hehee.. sumber : Encik Google |
semua yang kat atas ni Nurul dah pernah rasa.. memang best la.. tapi yang paling best yang Nurul makan mnggu lepas tu la..sayang betul tak ingat nama dia.. kalu tgok, shushi tu mcm berlendir bahagian atas... Nurul tak boleh nak amik pic ari tu sebab hp Nurul problem... hehe
okey, benda kedua yang Nurul suka makan adalah yogurt. Nurul rasa semua orang tahu ape itu yogurt dan mesti ramai yang suka. Dulu Nurul paling suka makan yogurt perisa mixes berries.. keluar je WAJIB beli, tak sah kalu tak beli. Tapi tu dulu la.. tapi bila adik Nurul suggest Nurul suruh makan satu perisa ni, Nurul dah tak beli yang mixed berries ni.. sebab yang ni lagi lazat..superb.....
dulu Nurul suka giler makan perisa ni... sumber : encik google |
tapi seingat Nurul, ari tu Nurul keluar ngan adik, dia nak beli yogurt jugak, then Nurul amik my feberet yogurt, adik ckp la.. cuba try yang ni.. dia tunjuk kat Nurul yogurt brand liteyo. Nurul teragak gak nak amik, tak kan la yang liteyo punya ni boleh lawan rasa yogurt dutch lady kan.. tapi adik Nurul ckp, tak kenal makan tak cinta. Nurul try la amik jugak and then bila makan.. wah, memang sedap giler... teramat sedap..sampai kan kalu Nurul keluar, tengok jer rak yogurt, bagai terasa lagi yogurt yang Nurul makan tu...hahaha
ni lah yogurt yang Nurul ckp tu.. perisa cappuccino... sumber : encik google |
mungkin ramai yang tak tahu, banyak kelebihan makan yogurt ni..walau segelintir orang tak suka.. kawan Nurul ramai yang tak suka... di samping beliau ni sedap, beliau juga baik untuk kesihatan dan juga org yang sedang berdiet. Take this for breakfast.. sure perut boleh tahan sampai lunch.. tapi berapa kerat la yang boleh makan benda ni waktu pagi kan..??? ni kebaikan yogurt kepada kesihatan.. Nurul ambik dari blog selangor2u.com.
Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan
1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
jadi sape-sape yang tak pernah rasa or rasa takut nak rasa.. tak rugi kalu cuba rasa dulu.. tapi untuk shushi tu pastikan ada logo halal sebelum beli... :)
No comments:
Post a Comment