Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Thursday, January 31, 2013

M.A.A.F

M.A.A.F satu perkataan yang hanya mengandungi empat huruf sahaja. Mudah ditulis senang di sebut tapi sangat sukar di lafazkan bila melakukan sesuatu kesalahan.. kenapa? dan mengapa..???

memaafkan seseorang boleh dikatogerikan kepada dua.. ( wah, dah mcm jawab exam lak.. haha.. )

  1. memaafkan dengan ikhlas
  2. memaafkan kerana terpaksa
Memaafkan dengan ikhlas
  • seiring dengan perkataan maaf dari mulut kita, secara tak langsung kita terus melupakan salah seseorang itu kepada kita malahan kita boleh berbaik dengan dia tanpa sebarang masalah, tanpa sebarang syak wasangka tanpa sebarang tanpa kutuk mengutuk dalam hati.. hehe
  • selalu orang kata, memaafkan pasti akan melupakan, tapi melupakan tak semestinya memaafkan... 
Memaafkan kerana terpaksa
  • memaafkan kerana terpaksa. nurul yakin sangat ramai yang berada dalam situasi ini. Nurul pon x terkecuali.. memang terlalu sukar, teramat sukar dan tersangatlah payah nak cari keihklasan dalam hati sendiri. JUJUR nurul katakan, hanya orang yang betul-betul berhati mulia sahaja yang mampu memberi kemaafan dengan penuh keihklasan.
  • memaafkan secara terpaksa bermaksud memberi kemaafan kepada seseorang kerana beberapa faktor. Antaranya adalah sebab desakan dari kawan atau sesape sahaja, sebab tak nak panjangkan masalah yang kecik, dan banyak lagi lah sebab yang ada dalam diri korang yang korang sendiri perlu tanya diri masing-masing.
  • mcm mana kita nak tahu kita memaafkan secara terpaksa adalah, apabila kita beri kemaafan pada seseorang tapi hati kita masih mengungkit, hati kita masih "mengumpatkan" dia dan kita tak tenang walaupon sudah memberi kemaafan.
Tapi jika kita yang memulakan sesuatu kesalahan, tak salah rasanya kalau kita mohon kemaafan sebab org yang mengalah tak bererti orang tu salah tapi orang yang mengalah ini adalah orang yang matang. Mungkin ada yang bertanya, mcm mana kalau kita dah mintak maaf tapi tak di beri kemaafan.. sila JANGAN risau. Syeikh Abdul Muhsin Al Ubaikan berkata “Jika anda telah mengerahkan berbagai daya upaya untuk berdamai dengannya maka anda insya Allah mendapat pahala sedangkan dialah yang malah berdosa”.

nah, kita dah nampak di situ bukan? tak rugi jika kita meminta maaf.. tapi benda ni selalu menjadi masalah kepada Nurul yang ego ni.. terlalu sukar nak rendah kan ego utk meminta maaf dengan org jika tak bersalah ( konon niat nak mengalah.. ).. kalau nurul salah pon, still sukar nak minta maaf.. Itu Nurul yang sebenar.. tengah berusaha untuk berubah kearah yang lbh baik.. mudahan di lembutkan hati ini.. amin...

wassalam... :)


Thursday, January 24, 2013

Segmen Khas : Islam itu Indah

Sesungguhnya agama islam itu mudah dan sederhana.. :)

Assalamulaikum...

sempena sambutan Maulidur Rasul ni, Nurul join satu segmen khas dari blog Fizgrafic.. sape-sape nak join bleh klik banner kat bawah ni.. 


Daripada dok google benda bukan-bukan, meh sini pakat-pakat jawab soklan kat bawah ni.. simple je kan... kalu tak tahu, leh pakat-pakat google..ada gak mafaat guna internet kan..? hehe.. okey.. 

Senaraikan rukun islam 
  • mengucap dua kalimah syahadah.
  • sembahayang lima waktu sehari semalam
  • berpuasa dibulan ramadhan
  • menunaikan zakat
  • mengerjakan haji bagi yang mampu
Senaraikan rukun iman
  • beriman kepada Allah s.w.t
  • beriman kepada malaikat
  • beriman kepada Rasul
  • beriman kepada kitab-kitab
  • beriman kepada qada dan qadar
  • beriman kepada hari kiamat 
Berapakah ayat dalam al-quran?
  • Al-quran ada sebanyak 6236 ayat. 
Bila Al-quran diturunkan?
  • Pada 17 Ramadhan.
Berapa surah dalam Al-quran ?
  • Al-quran terdiri daripada 114 surah.
Surah apa paling teragung dalam al-quran ?
  • Surah al-fatihah


Alhamdulillah..dapat jawab semua soalan diatas, walau ada setengah tu Nurul google sebab konpius. Semoga kita semua mendapat mafaat. :)

Wednesday, January 23, 2013

Indahnya fizikal Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum..

Rindunya pada baginda Rasulullah s.a.w tak terkata. Andainya baginda masih hidup di zaman ini nescaya baginda akan mengalirkan air mata melihat keadaan umatnya yang sudah jauh terpesong dari ajaran islam yang sebenar. Nauzubillah.. mintak dijauhkan!! 

Jika anda semua boleh habiskan banyak masa untuk baca blog hiburan yang memaparkan artis-artis yang seksi, menonton filem-filem melayu yang seperti dah cerita omputeh, apa salahnya luangkan sedikit masa untuk baca artikel ni, berkenaan dengan keindahan fizikal Rasul kita yang tiada tolak bandingannya jika dibandingkan dengan semua orang diatas muka bumi ini. 

Seperti kata Imam Muda Azhar dalam ceramahnya semalam, untuk mencintai Rasul, kenali baginda dengan sebaik-baiknya. Cinta dan sayang itu akan datang, bukan sekadar cinta yang lahir dari mulut tapi cinta yang betul-betul ikhlas yang lahir dari hati.

jom, kita kenali fizikal Rasullullah s.a.w :

Berikut ini saya petik beberapa hadith yang menerangkan ciri-ciri fizikal insan yang kita telah banyak terhutang budi dengannya, insan yang kita cinta, insan yang kita kasih, insan yang kita ikut, iaitu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Hadith-hadith ini telah saya salin dari kitab yang sangat terkenal iaitu kitabSyama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi.  Kitab ini menyenaraikan sifat-sifat fizikal, sifat-sifat akhlaq dan cara kehidupan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam secara agak terperinci.


Hadith 1:

Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 2:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus.  Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun.  Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.”

(HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)

Hadith 3:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus.  Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus.  Warna kulit Baginda putih kemerahan.  Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.”

(HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)

Hadith 4:

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang).  Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya.  Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.”

(HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Hadith 5:

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian yang berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah.  Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya.  Kedua-dua belah bahu Baginda bidang.  Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.”

(HR Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

Hadith 6:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah.  Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut.  Kepalanya besar, tulang sendi besar.  Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya.  Apabila Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi.  Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda meninggal dunia)”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 7:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:

Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek.  Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya.  Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun.  Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.

Kulitnya putih kemerah-merahan.  Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik.  Tulang sendinya gagah, bahunya bidang.  Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat.  Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.  Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling).  Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi.  Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah.  Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.

Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan.  Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya.  Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya.  Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 8:

Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah).  Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah.  Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda.  Inilah yang dikisahkan oleh Hind:

“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa.  Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari.  Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi.  Kepalanya besar (padan dengan dadanya yang bidang dan tubuhnya gagah).

Rambutnya beralun.  Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat belahan dua.  Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu.  Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga).  Warna kulitnya putih kemerah-merahan.

Dahinya luas.  Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah.  Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah.  Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya).

Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar.  Giginya agak jarang, namun teratur rapi.  Bulu dadanya halus.  Lehernya indah, tegak dan kuat.

Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata.  Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar.  bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.

Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan.  Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih.  Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.

Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar.  Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah.  Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.

Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan.  Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`.  Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.  Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.

Pandangan matanya terarah ke bawah.  Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit.

Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya.  Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.”

(HR at-Tirmidzi)




Semoga ALLAH mengurniakan rasa cinta dan upaya kepada kita semua untuk ikut sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  La haula wa la quwwata illa biLLAH.

p/s ~ semua hadith-hadith yang menceritakan berkenaan dengan sifat fizikal Nabi Muhammad s.a.w Nurul copypaste dari blog SHAHMUZIR. semoga mendapat mafaaat untuk kita semua.. :)

Salam Maulidur Rasul untuk semua.. :)


Tuesday, January 22, 2013

Langkawi_ part akhir

Ini adalah part terakhir dalam post Langkawi, utk hari terakhir ni.. kami tak sempat kemana-mana tempat menarik kerana kesuntukan masa. Kami keluar pukul 10 pagi dari chalet dan pergi ke Jeti beli tiket. Kami ambik feri pukul 4 petang sebab kena bajet masa untuk shoping. Kalu ambik pukul 11 pagi memang tak sempat nak shoping cokelat. hehe... 

Lepas beli tiket tu, sempat lagi kami bergambar dekat Dataran Lang. Tak sah rasanya ke Langkawi kalau tak abadikan dua tiga keping gambar dekat bawah tugu helang yang besar tu.. hehe
nampak tak Nurul dok tengah-tengah tu. punya la kecik, mcm org kerdil..hehe
gambar tak clear..sebab snap pakai hp.. kamera tak boleh cas masa tu.. 
Nurul, fatin, zura dan suraya..
aini, Nurul, Zura dan suraya

Kami shoping tak lama pon, dalam 5 jam je.. hehe..  bukan satu tempat kami pergi, dua tiga kedai cokelat jugak kami pergi. Biasa lah untuk perbandingan harga dan harga cokelat yang paling murah tu semestinya lah dekat Ismail group. Macam-macam jenis cokelat yang di borong dan yang paling banyak cokelat daim lah.. murah sangat kat Langkawi cokelat ini..kalau dekat sini mybe sekitar rm22 satu plastik, kat Langkawi boleh dapat rm14.50 jer.. memang berbaloi-baloi lah....
tengoklah,penuh tilam tu.. hehe
tengok lah.. semua sekali ni dijumlahkan dalam rm500 . memang betul-betul shoping...hehe
best!! cair dimulut... hehe

Pergi satu beg, balik tu berdouble triple semuanya beg masing-masing. Balik tu memang penat sebab esok terus start kelas. okey, mls dah story panjang lebar. babai.

p/s ~ mana lagi tempat yang menarik nk pergi eh?? hehe






Monday, January 21, 2013

Manisnya iman..( Ustaz Haron Din ~ mimpi bertemu Rasul ) ~ Imam Muda Azhar Di Polimas..

Ibarat org bercinta selalu cakap, tak dapat tengok dia.. tengok bumbung rumah pon jadi lah sebagai pengubat rindu.. haha... so Nurul nak ckp jugak lah, tak dapat bergambar ngan Imam Muda Azhar, dapat bergambar ngan poster dia pon jadi lah.. yg penting malam ni boleh tengok dia depan mata.. wah, macam tak percaya.. suka3.. * sambil buat muka cute * : mood : muntah hijau sekejap... hehe
haha... mcm over sgt je ni.... :P

over sangat pulak rasa.. sebenarnya takde motif pon post gambar ni.. mcm menyakitkan mata korang jer.. heee...

okey.. kalu semalam (21hb) dengar ceramah tentang pengalam Ustaz Haron Din bermimpi jumpa Rasulullah s.a.w .. subhanallah.. sgt beruntung dan bertuah kerana dalam jutaan umat islam di dunia ni.. ustaz Haron Din salah sorg yang terpilih utk bertemu baginda.. 


ni ada video yang Ustaz Haron Din bercerita tentang mimpi beliau dan Nurul yakin sekeras-keras hati manusia, pasti akan menagis bila tengok dan hayati video ni.. apatah lagi apabila melihat sendiri Ustaz yang sebak dan menitis air mata apabila bercerita.. subhanallah.... 

Nurul yang keras hati ni pon mengalir air mata bila ustaz Haron berkata di dalm mimpi nya kepada sepasang kasut Nabi s.a.w.. " wahai kasut, kamu ini lbh baik dari saya, kerana kamu menjaga kaki Nabi Muhammad yang mulia, saya boleh buat ape pada Rasulullah???"... ( ketika itu ustaz Haron Din ditugaskan untuk memakaikan kasut nabi)...

"seorang ustaz yg mengajar di Kolej Sultan Abu Bakr berkata,"sekiranya Dr Harun Din hanya mampu sekadar menyarungkan kasut kpd kaki Nabi  , bagaimana pula darjat kita ini? Adakah sampai taraf kita untuk sekadar memegang KAKI Nabi  yang mulia itu?"


"Mimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. juga merupakan sebahagian dari al-Mubasysyiraat (berita-berita yang menggembirakan) yang terjadi kepada sesetengah manusia yang beruntung. Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sesungguhnya dia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku. Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja maka dia telah mengambil tempat duduk dallam neraka.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]"

p/s ~ dua ustaz dalam satu entri.. dua-dua saya sayang :) ulama' adalah pewaris nabi.. salam Maulidur Rasul.

Saturday, January 19, 2013

Langkawi part_3

panjangnya.. sampai bersambung ke part_3.... hehe.. sebelum ni Nurul dah citer serba sedikit, sape-sape yang belum baca bleh tengok dekat sini Langkawi_ part 1 dan part 2. untuk kali ni, Nurul mls nak citer panjang lebar, sebab kalau dok citer panjang, bukan org baca sgt.. jadi biarlah gambar yang berkata-kata... hehe.

okey, the 1st destination kami ke Makan Mahsuri. Tak lengkap rasanya kalu singgah ke Langkawi jika tak ke Makam Mahsuri. Ini kerana, seperti dalam sejarah mengatakan, mahsuri adalah legenda Pulau Langkawi yang mana sumpahanya telah memakan pulau tersebut menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan, namun begitu syukur alhamdulillah selepas tujuh generasi, Pulau langkawi telah berkembang dengan pesat dan menjadi salah satu tempat pelancongan yang menarik di Malaysia.. * dah mcm karangan spm tingkatan lima dulu *.. haha.. lebih lanjut tentang Mahsuri.. sila ke SINI.

jom intai gambar kat bawah.. hehee..

depan makan mahsuri, sebelum masuk snap pic dulu.. heee
sempat bergambar ngan pic Mahsuri, mana lagi cantik? kami ke mahsuri..? haha
depan rumah Mahsuri.. :)
rumah mahsuri dari bahagian dapur.. :0
kami berlima..


kalau diikutkan, gambar yg kami snap dekat Makan Mahsuri saja mencecah 100 keping lebih tapi takkan nak masukkan semua kan, sape-sape yang teringin teruja terasa dan segala jenis ter tu.. kena lah dtg tgok sendiri... sikit pon tak rugi.. 

destinasi seterusnya, kami ke Air Terjun Temurun, suasana dekat sini sgt best, tapi jujur Nurul katakan.. sebagai anak kelantan yang makan budu, Air Terjun Temurun ni tak boleh lawan Air Terjun Gunung Stong dekat Kelantan, kalau org yang tak pernah sampai ke Kelantan mungkin tak akan tahu kewujudan air terjun ni, sape yg nak tahu bleh klik SINI. untuk tahu serba sedikt tentang Gunung Stong!
kami berlima dekat Air terjun hampir 2 jam juga mandi manda bersama mat saleh, hak3... lebih pulak... gambar tak boleh masukkan sebab tak manis la kan...heeee

destinasi seterusnya adalah ke Cable Car. Benda wajib ni.. kalau jejak kaki ke Langkawi , bila balik org akan tanya, naik cable car tak?? so, dgn bangga, kita jawab la..of course i do... haaaaa... tiket pon tak mahal rm15 utk warganegara dan rm30 utk warga bukan negara.. nasib baik Nurul dah tukar kerakyatan dari rakyat korea ke rakyat mesia, kalau tak kena bayar rm30.. heheee...

abaikan tudung-tudung kami..sebab semua tak betul..angin terlalu kuat diatas.. heeee
atas kabel car..sempat ag.. hehee
pose sekejap sebelum turun.. hehe

sempat lagi snap dari dlm cable car.. kawan len seme dok syp jer...takut!!
permandangan dari atas...sgt awesome!!!


dah penat jalan-jalan atas ni, kami turun lah sekitar jam 6 ptg.. sebelum sampai ke kereta sempat lagi pose terakhir.. heeee..

wah..sampai jugak ke korea..heee
sempat bergambar depan poster winter sonata....
mereka berempat!!!


balik dari cable car, perut tersangat lapar. Bayangkan dari pagi sampai ke petang, tak makan ape cuma minum air jer.. tu pon teguk member punya.. semua tak mkn syok berjalan.... perjalanan balik tu, kami singgah dekat masjid dulu untuk jamak solat. Then, ingat nak cari kedai makan tapi tergerak lak dekat hati nak pergi Pantai Pasir Hitam atau nama omputehnya Black Sand Beach.. pasirnya mmg hitam dan ni kali kedua Nurul sampai ke sini...

pantai ni pasirnya mmg hitam dan sejarah dongengnya mempunyai banyak versi. kalau  nak tahu  mcm mana pasir hitamnya terjadi klik SINI. tu mengikut kajian, jika mengikut dongeng, pantai ni terhasil pasir hitam kerana org kampung si sekitar membakar kayu api yang byk di pinggir pantai utk elak dari di serang oleh penduduk air,
muka mmg tak nampak, sebab dah senja masa ni... 
cantik kan..?? abaikan 4 org tu.. tgok pemandangan tu.. heeee
nampak tak pasir hitam yg kita tunjuk tu...? hehe
aduhai, lepas seharian penat berjalan.. jalan-jalan pulak cari kedai. perut yang lapar perlu diisi. Pusing-pusing jumpa lah satu kedai. Masa ni memang takde masa dah nak snap pic, semua dah takde mood sebab perut lapar. kalau boleh nak order 3 pinggan sorg.. nafsu-nafsu.. haaaa.

lepas dah kenyang semua, kami tak kemana pon, terus drive balik ke chalet. Esok adalah hari terakhir di Langkawi dan itu adalah hari yg paling ditunggu oleh zura iaitu "shopping time".. masa utk borong cokelat banyak-banyak....

okey.. tu saja.. dan entri seterusnya adalah entri penutup atau terakhir bagi post LANGKAWI...
babai. :)





Tuesday, January 15, 2013

Imam Muda Azhar di Kedah...

assalamualaikum...

Malam ni, Nurul jadi baek sikit.. heheee....

Hadis Abu Hurairah r.a: 
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.

Iman Muda Azhar Di Polimas.....
tarikh : 21-22 januari 2013
tempat : Pusat Islam

Majlis ilmu adalah taman syurga.. Jom sama-sama kita meriahkan majlis ilmu ni bersama Iman Muda Azhar. Sape-sape yang ada berdekatan dengan Jitra, ringan-ringankan kaki lah menghadiri majlis ilmu ni. Bersama kita berdoa mohon keberkatan dari Allah SWT. amin...

p/s ~ Tak sabar sgt-sgt... heee

Thursday, January 10, 2013

Segmen : Selamat Ulangtahun kelahiran..



wah, best jer kan segmen ni.. mana tahu kalau join segmen ni, dapat hadiah besday dari secret admire.... hahaha.

syaratnya senang je.. kalau nak tahu klik SINI atau klik banner kat atas tu.. 

Yang paling penting kena la mention nama sebenar ngan tarikh lahir. Kalau tak mcm mana nak tahu kan... heee..

okey : 

NAMA PENUH : NURUL JANNAH BINTI SHUHAIMI
TARIKH LAHIR : 28 0KTOBER 1992
NAMA MANJA : TAKDE PON SEBAB TAK MANJA... HAHA
MAKANAN KEGEMARAN: NASI KERABU AYAM BAKAR
MINUMAN KEGEMARAN : JUS LAICI

Yang selebihnya sila abaikan.. sila fokus pada nama dan tarikh lahir..haha.. over je kan?? haa

okey pada sape-sape yang nak join tu.. sila lah berbuat demikian sebelum 31 Januari 2013.

p/s ~ lambatnya bulan 10 menjelma.. hek3


Wednesday, January 9, 2013

Langkawi _ Part 2

Sebelum ni, Nurul ada post berkenaan dengan chalet di Langkawi. Sape-sape yang merancang percutian ke Langkawi, boleh la cuba hubungi chalet tersebut.. baca dekat SINI.Kalu setakat dua tiga org memang berbaloi sangat lah... okes, dekat Langkawi _ Part 1, Nurul dah cerita berkenaan dengan penginapan dan pengangkutan kat sana. okey.. sekarang ni, Nurul nak cerita aktiviti yang dilakukan di sana pada hari pertama.

Kami naik feri bertolak dari Kuala Kedah sekitar jam 4.30 ptg. Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit lebih dan kami tiba di jeti Langkawi hampir jam 6.15 petang. Ini adalah kali Nurul uruskan percutian, mcm mana nak dapat kan penginapan, mcm mana nak dapatkan kereta dan semua nya lah. Biasanya sebelum ni, pergi mana-mana ikut org bawak je.. wah, kali ni baru betul-betul rasa nikmat bercuti tu, dengan segala usaha dan penat lelah... hehehee....

posing sebelum naik feri. Beg mcm pergi taknak balik... hehee...
Sampai Langkawi, kami hubungi agensi MPR travel yang menguruskan penginapan dan pengangkutan kami dekat sana. Selesai saja menguruskan pembayaran untuk rumah dan kereta selama 3 hari 2 malam. Then, kami punya driver.. haha... bawak kereta tu ke penginapan kami ( chalet kampung ).. tak jauh sangat, dalam 15 minit dari jeti, masih dalam pekan kuah.

Sampai je dekat chalet, kami kemas barang dan apa yang sepatutnya untuk keluar pada malamnya. Untuk malam yang pertama, kami tak merancang kemana-mana sebab badan terlalu penat, kami just keluar utk dinner dan pergi ambik angin dekat Pantai Cenang. Walaupon berpandukan peta, kami masih lagi tersesat sikit-sikit.... bak kata abg polis mlm tu " hai, dua kali lalu nampak? " malu bertanya sesat jalan... " kami gelak je.. punya la cari Pantai Cenang, padahal dah ada kat Pantai Cenang.. hehehe...

sebelum bergerak ke Pantai Cenang, kami isi perut dulu. sebab dah lapar sangat. Cari punya cari, last-last jumpa lah Pak Hasan Tomyam. ( tak sempat nak snap pic, lapar sgt.. haha.. ).. dekat sini Nurul makan nasi putih, amik tomyam ayam + telur dadar + teh o ais. semua sekali 8 ringgit. Tapi okey lah sebab tomyam dia sedap..
1st night dinner.. order tak sampai lagi..posing dulu... hahaha....

lepas makan tu sempat lagi pergi cari tempat nak snap gambar, biasalah perempuan kan...?? hehe

su takde sebab dia tukang snap... hehe...
semua dah kenyang dah happy, larat dah nak keluar. Kitorang pon bergerak ke Pantai Cenang. Agak jauh siket tapi tak terasa sangat. Yang rasa kecewa siket sebab tak dapat nak snap pic dekat sana. Masa kitorang sampai ka Cenang, ramai giler mat saleh n minah saleh kat situ, tengah bersantai ada, tengah main music, tengah mabuk pon ada. Kitorang rasa takut jugak lah.. so tak sampai satu jam kat sana, kitorang blah. Tak berani lah nak amik risiko... hehehe..

Lepas tu kami tak pergi mana dah, sebab jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Terus je drive kereta balik umah sebab esok nak keluar awal pagi. untuk esok, dalam perancangan akan ke Makam Mahsuri, Air terjun Temurun, Cable Car dan dua tiga tempat lagi yang kami rasa sempat nak pergi...

p/s ~ utk hari pertama tak banyak sgt snap pic, entry seterusnya untuk aktiviti selanjutnya...

Tuesday, January 8, 2013

PERCAYA...

Percaya..?? apa yang anda semua tahu atau pikir tentang percaya? Adakah kepercayaan ni satu perkara yang penting dalam sesuatu hubungan? atau sekadar sebagai penambah perisa? okey dekat sini Nurul copypaste sikit ape yang dimaksudkan dengan kepercayaan.. heeee

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.
Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.

kepercayaan ni terbahagi kepada dua. Satu kepercayaan kepada Allah. Yang ni WAJIB ada dalam setiap org yang beragama islam. Yang kedua pula adalah kepercayaan dalam sesuatu hubungan. Kat sini Nurul taknak cakap pasal kepercayaan pada agama tu, sebab Nurul ni tak lah hebat sgt dalam bab ilmu agama ni, kan kalau tersalah tulis, lain pulak jadinya.. hehe
straight to the kepercayaan dalam sesuatu hubungan. Bagi Nurul kepercayaan tu tersangat lah penting, tak kira la dalam percintaan, persahabatan dan sebagainya. Boleh dikatakan lah kepercayaan ni adalah satu elemen yang penting untuk mengukuhkan dan mengekalkan sesuatu hubungan. Sesuatu hubungan itu terbina atas rasa percaya antara dua pihak, Jika salah satu kepercayaan tu sudah di khianati, akan roboh dan hancur lah hubungan tersebut.
memaafkan tak bermaksud memberi kepercayaan untuk kali kedua.
p/s ~ jangan sampai org hilang kepercayaan pada kita. Kepercayaan yang org berikan pada kita sila jaga sebaik mungkin. :)

Sunday, January 6, 2013

Langkawi _ Part 1

Assalamualaikum..

Minggu lepas, 3hb hingga 5hb Nurul and the geng telah pergi bercuti habeskan duit di Pulau Langkawi. seperti kita semua tahu, Langkawi adalah salah sebuah tempat pelancongan yang sangat cantik dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Jadi, alang-alang kami sudah berada di Kedah dan ini adalah tahun terakhir berada di sini.. kami bersepakat utk mengabadikan moment indah di sana.. kunun lah... haha

nama lagi percutian bajet.. jadi kami ke sana memang berbajet..sangat-sangat berbajet..dan teramat berbaloi.. haa... kami ke sana selama 3 hari 2 malam. sewa kereta dan jugak chalet serta isi minyak kereta semua sekali rm350 sahaja.. diulangi RM350 SAHAJA.. mesti terkejut kan.. teramat murah... hah, nak taw.. kalau nak pergi bercuti.. percutian yang paling owesome adalah bila dapat jimatkan bajet..mcm kami.. pusing abes satu langkawi.. tak la abes mana ... haha.. tapi tak perlu keluarkan duit beratus-ratus sorg.. bila dah jimat dari segi penginapan dan pengangkutan.. duit lebih tu dah boleh wat shooping.... hahaha...

perkara pertama kami buat adalah survey chalet yang paling murah. Akhirnya kami dapat satu chalet + kereta viva auto, harga rm150. Kami ambik 2 malam. Sebenarnya chalet tu utk dua org jer.. tapi kami tibai lima org.. takde masalah pon.. kami nak pergi bercuti.. bukan nak tido dalam chalet tu.. chalet juz untuk mandi dan tukar pakaian..selebihnya pergi jalan-jalan.. 

ni kereta viva.. not bad la utk 5 org.
ruang dalam chalet.
view chalet dari jauh.. suasana waktu petang.. :)
tv dan penyaman udara..
ni la chalet kg yang kami sewa.
Dalam chalet ni, dia sediakan satu lagi toto tambahan. Jadi tak menjadi masalah lah pada kami walaupon berlima. Empat atas katil sorg kat bawah.. mesti tertanya mcm mana kami susun.. tapi muat je..selesa lagi.. heehe....

kemudahan yang chalet ni sediakan adalah :
  • ada tv
  • ada penyaman udara
  • ada kipas
  • bilik mandi, siap dengan water heater.
  • iron
  • heater.
  • sejadah utk sembahyang.
  • sabun mandi ( saiz kecil ).
org kata memg berbaloi dengan bayaran. Suasana kampung, jauh dari jalan besar. sesuai dengan nama chalet ni.. chalet kampung. Sape yang nak mengetahu lebih lanjut berkenaan dengan chalet ni bleh layari sendiri blog pemilik chalet ni ......


atau

contact pemilik chalet ini :
Mohd Rashid ( Pak teh ) - 019-4498046 / 017-5918588
zarina ( Mak Teh ) - 012-5576435
Hanif ( Bang Chik ) - 0133508430 / 013-6023307

atau boleh hubungi sendiri agensi nya : MPR Travel & Tours Sdn. Bhd di talian 04-9665707.

Bukan sahaja menyedia kan chalet dan perkhidmatan kereta sewa.. malahan termasuk jugak dengan aktiviti lain seperti :

  • island tour
  • island hopping
  • snorkeling package
  • scuba diving package
  • ground handling
  • seminar package
  • mangrove safari tour
  • fishing trip
tapi harga lain di tetapkan.. ingin maklumat lanjut..sila layari laman web diatas atau contact pemiliknya.

p/s ~ percutian yang sgt berbaloi. Update seterusnya untuk aktiviti selanjutnya.. tggu......... :)



Saturday, January 5, 2013

Kisah Ayah yang menyentuh perasaan....

di copy paste dari fb... ( WAJIB baca sampai habes.... )


Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

oleh: Hamba Allah

p/s ~ sedih dan sayu bila baca cerita ni.. untuk anak-anak di luar sana..jika nak mintak sesuatu dari parents.. mintak lah ikut kemampuan mereka bukan ikut keinginan kita...  pesanan untuk diri sendiri juga.. :)

Tuesday, January 1, 2013

Tahun 2013

Melangkah sudah kita ke tahun 2013. meninggalkan tahun 2012 yang penuh dengan kegembiraan dan jugak kesedihan. Hidup tu kan penuh dengan warna warni...  jika sentiasa gembira kita tak kan tahu nilai setitis air mata, jika tak pernah sedih kita tak akan menghargai sesebuah kebahagian..

Melangkah ke tahun baru, mesti berlambak azam baru yang nak di realisaikan.. ye dak?? heeeeheeee
tiap-tiap tahun mesti ada je azam baru.. kadang- kadang tak termampu nak tunai kan... azam baru tu memang la perlu supaya kita lebih bersemangat untuk berjaya dalam melakukan ape yang kita nak lakukan.. tapi kalau tak ikut takde guna jugak kan..??

dekat sini Nurul nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua yang mengenali diri nurul.. tak kira dekat alam maya atau pon dekat luar... semoga tahun ini jadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya..

tahun yang akan penuh dengan warna warni dan keceriaan....

p/s ~ azam Nurul semoga Nurul akan menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelum ni.. yang sentiasa menyenangkan hati org len dan yang mampu memberi kebahagian kepada org len... :)