Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Saturday, December 29, 2012

Segmen Blogwalking by blogger Assalamualaikum Cinta M.A.B.

assalamualaikum..

Rajin betul pulak Nurul malam ni... nak join segmen Nosa lah pulak.. lagi pon da lama Nosa invite Nurul... 
alang-alang Nurul da free.. Nurul terus la join.. heeee...

Nurul malas nak terangkan panjang lebar.. pada sape-sape yang nak join klik jer banner kat bawah ni ye sayang....  jom la kita sama-sama meriah kan segmen Nosa ni.. 

klik sini ye...

due date segmen ni lambat lagi..sape-sape yang nak join masih sempat.. jom pakat serbu blog Nosa..di samping memeriahkan lagi segmen ni, boleh lah berkenalan dengan blogger-blogger lain... 

SegMeN TaMBaH FoLLoWeR Di HuJuNg TaHuN

assalamualaikum...

tetiba malam ni.. Nurul rasa rajin pula nak join contest sebagai penutup tahun 2012 ni.... Nurul baru belajar berblogging.. jadi Nurul rasa dengan join contest mcm ni boleh membantu Nurul berkenalan dengan blogger-blogger lain..  hari ni hari last segmen ni..sape-sape yang nak join, cepat klik banner kat bawah ni ye?? masih ada masa 45 minit lagi.. hehehee



follower sekarang : baru 46... sedih kan?? haha

target : mesti lah nak banyak.. berjuta lemon... haha.. tapi sebagai permulaan ... 150 dulu..cukup kot...hehe..

p/s ~ okey..sape-sape yang nak join.. jom .. cepat-cepat... hehee.... <3

Wednesday, December 19, 2012

A bukan ukuran...

Adik Nurul tengah bersedih tadi sebab keputusan PMR dia tak memuaskan hati dia.. dia cuma dapat 6A2B. tapi bagi Nurul dah okey la kan,.. dia dapat B dalam subjek geografi dan sejarah.. no wonder la dia dapat B, sebab lepas exam ari tu..dia selalu ckp.. sejarah susah... geografi pon susah..tak suka sejarah la dan mcm-mcm lagi... hahaha.. sebenarnya dah memang tertulis dia akan dapat banyak tu.. bersyukur la.. benda dah lepas kan.. fokus pada yang akan datang pulak..

Pape pon Nurul nak ucapkan tahniah la pada adik Nurul tu a.k.a Fatin Najihah sebab dapat keputusan yang cemerlang. Mungkin bagi dia, tak memuaskan sebab target dia lebih dari tu.. tapi disini, Nurul mewakili ma dan abah ucapkan tahniah.. abah tadi happy sgt-sgt bila dapat tahu result adik Nurul. Abah cakap lagi " okey dah tu 6A, SPM nanti cuba lagi ".. 

Mungkin semua org memandang kejayaan tu bergantung kepada berapa banyak A yang kita dapat, kejayaan itu bergantung pada berapa banyak pointer yang kita dapat. Sebenarnya kita silap.. Orang yang tak berjaya dalam peperiksaan belum tentu tak berjaya dalam hidup. Kejayaan yang Allah nak berikan pada kita dalam pelbagai cara bukan sahaja dengan lulus dengan cemerlang dalam exam sahaja.

kat sini Nurul copy paste kata-kata ustaz Azhar Idrus :

UAI ckp "Siapa yang yakin dengan segulung ijazah dapat menjamin masa depan yang cerah , IMANnya telah rosak .. "
SPM n ijazah skadar pembuka/penyenang utk melalui jln kejayaan yg biasa org lalui..
ada bnyak lg jln utk kjayaan selain jln yg biasa kita guna (SPM n ijazah)
tp d malaysia..salunya sapa pass spm tinggi, boleh dikatakan pmbuka masa dpn yg crh la..
tp xtentu jugak..
tu sume ats rezeki n kehendak tuhan..
Dia yg paling utama dan teratas atas segalanya..


Gagal dalam pelajaran tak bermakna gagal dalam hidup..
sumber : Puan Google

nah, kat sini dah terang lagi nyata.. tak semestinya orang yang gagal kali pertama terus gagal buat selamanya.. kegagalan adalah milik org yang malas berusaha, selagi kita rajin berusaha dan menimba ilmu, kejayaan akan menjadi milik kita cuma beza lambat dengan cepat je.. 

akak ni pesan suruh rajin belajar kalau nak masuk uni.. heee
sumber : Puan Google
p/s ~ jadi pada adik-adik yang gagal dapat keputusan yang cemerlang tu, jangan la sedih dan berputus asa.. terus berusaha tanpa jemu.. TAK PANDAI tak ape, yang penting RAJIN... sesungguhnya Allah s.w.t tak akan mensia-sia setiap usaha hambaNYA. seperti pepatah arab mengata " man jadda wajada wa man zaro'aa hasoda "....

Tuesday, December 18, 2012

Makanan sampingan...

Assalamualaikum...

Nurul suka mencuba makanan yang pelik-pelik ( bak kata kawan Nurul la..) rasanya benda ni tak pelik... dan setakat ni alhamdulillah... Nurul boleh makan, tak sampai muntah-muntah macam kawan Nurul..kalau pergi tesco.. benda wajib yang Nurul akan cari adalah shushi dan yogurt.. Nurul terlalu suka makan shushi.. tak kisah lah yang ada timun jer kat tengah, yang ada ketam, yang berlendir yang kering.. semua Nurul makan... hahaa... kali terakhir Nurul makan shushi, mggu lepas.. Nurul mkn shushi yang Nurul tak pernah makan, mcm berlendir sikit.. bg kawan rasa..dia taknak.. tapi rasa dia memg best la pada Nurul..lupa pulak nama dia, bila mkn tu rasa lemak-lemak sikit... huih.. kecur air liur ...hehee

ni lah shushi...sape-sape yg tak kenal.. hehee..
sumber : Encik Google
semua yang kat atas ni Nurul dah pernah rasa.. memang best la.. tapi yang paling best yang Nurul makan mnggu lepas tu la..sayang betul tak ingat nama dia.. kalu tgok, shushi tu mcm berlendir bahagian atas... Nurul tak boleh nak amik pic ari tu sebab hp Nurul problem... hehe

okey, benda kedua yang Nurul suka makan adalah yogurt. Nurul rasa semua orang tahu ape itu yogurt dan mesti ramai yang suka. Dulu Nurul paling suka makan yogurt perisa mixes berries.. keluar je WAJIB beli, tak sah kalu tak beli. Tapi tu dulu la.. tapi bila adik Nurul suggest Nurul suruh makan satu perisa ni, Nurul dah tak beli yang mixed berries ni.. sebab yang ni lagi lazat..superb.....

dulu Nurul suka giler makan perisa ni...
sumber : encik google
tapi seingat Nurul, ari tu Nurul keluar ngan adik, dia nak beli yogurt jugak, then Nurul amik my feberet yogurt, adik ckp la.. cuba try yang ni.. dia tunjuk kat Nurul yogurt brand liteyo. Nurul teragak gak nak amik, tak kan la yang liteyo punya ni boleh lawan rasa yogurt dutch lady kan.. tapi adik Nurul ckp, tak kenal makan tak cinta. Nurul try la amik jugak and then bila makan.. wah, memang sedap giler... teramat sedap..sampai kan kalu Nurul keluar, tengok jer rak yogurt, bagai terasa lagi  yogurt yang Nurul makan tu...hahaha

ni lah yogurt yang Nurul ckp tu.. perisa cappuccino...
sumber : encik google

mungkin ramai yang tak tahu, banyak kelebihan makan yogurt ni..walau segelintir orang tak suka..  kawan Nurul ramai yang tak suka... di samping beliau ni sedap, beliau juga baik untuk kesihatan dan juga org yang sedang berdiet. Take this for breakfast.. sure perut boleh tahan sampai lunch.. tapi berapa kerat la yang boleh makan benda ni waktu pagi kan..??? ni kebaikan yogurt kepada kesihatan.. Nurul ambik dari blog selangor2u.com.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
jadi sape-sape yang tak pernah rasa or rasa takut nak rasa.. tak rugi kalu cuba rasa dulu.. tapi untuk shushi tu pastikan ada logo halal sebelum beli... :)


Sunday, December 16, 2012

"mencintai" lecture itu perlu...

Assalamualaikum...

Masa ni dah menunjukkan pukul 2 pagi tapi mata Nurul tak ngantuk lagi.. nak study..?? memang tak la kan..pemalas cam hape ntah nurul ni.. hehe... tetiba tangan rasa gatal pulak nak menaip.. alang-alang dah buka lappy terus la update blog yang da bersawang ni..hehe

Nurul sebenarnya eksited nak citer.. yelah.. permulaan sem yang Nurul tak sabar nak habes kan.. ni adalah tahun terakhir Nurul di Kedah. jika takde aral melintang, kayu ditengah jalan, parit longkang yang besar.. haha.. insyaAllah.. Nurul grad sem ni.. mudahan landasan kejayaan tu Nurul boleh lintasi dengan jayaNYA...

hari ni 1st day belajar, takde ape yang menarik cuma gaya lecture yang ajar subjek tadi jer yang menarik perhatian..ops.. bukan jatuh hati okey... hehe.. cuma tertarik dengan gaya beliau, walaupon beliau seorang lelaki tapi setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau bagaikan motivasi. mungkin beliau pandai menarik minat student untuk meminati subjek yang beliau ajar.. heheee.... 

Pernah dengar tak org kata.. untuk meminati sesuatu subjek tu.. kita kena minat lecture nya terlebih dahulu..syukur alhamdulillah.. Nurul suka gaya penyampaian beliau dan mudahan Nurul boleh ikut semua yang beliau ajar.. pada Nurul, bila kita cuba "menyukai" seseorang, setiap benda yg mereka lakukankan atau katakan akan mudah kita terima.. konsep mcm ni lah yang Nurul cuba praktikkan semasa belajar.. benda pertama yang Nurul buat adalah "belajar mencintai lecture".. insyaAllah..dengah cara itu, setiap yang di ajar kita akan dapat terima dengan mudah... :)

semoga semua org boleh praktiskan cara yang mudah ni.. 

Dulu Nurul mencintai cikgu sejarah walaupon cikgu tu perempuan... hehe..

Friday, December 7, 2012

ERTI GAGAL YANG SEBENAR...


Assalamualaikum..

Wah, dah bersawang blog ni..lama sgt tak update..sejak lepas exam hari tu..lupa langsung dekat beliau.. kesian beliau... hehehe.. hari ni nurul nak bercakap mengenai kegagalan...Siapa yang nak dilahirkan gagal. Setiap org mengimpikan kejayaan dalam apa jua yang mereka lakukan. Tetapi setiap 9 daripada 10 org akan mengalami kegagalan sebelum betul-betul mencapai kejayaan.

Nurul pon pernah gagal, bukan setakat terjatuh malah tersunggur hingga rasa bagai tidak ada harapan lagi untuk melangkah walau selangkah menuju kejayaan. Tetapi Alhamdulillah, di saat Nurul jatuh tersungkur, disaat org len meninggalkan Nurul masih ada yang sudi memberi kata-kata semangat pada Nurul. Memberi dorongan, memberi kekuatan untuk Nurul bangkit berjuang. Beliau adalah org yang paling Nurul cintai dengan sepenuh hati Nurul, cinta ini akan Nurul bawak sampai ke syurga. Beliau adalah ibu dan ayah Nurul. * sedih kejap *… heeeee..

Erti gagal yang sebenar...
Dulu Nurul tak paham apa itu gagal. Apabila Nurul gagal capai sesuatu yang Nurul ingin kan, Nurul terus rasakan yang masa depan Nurul akan kabur, akan gelap. Tapi bila Nurul dah menginjak dewasa, baru lah Nurul tahu apa erti kegagalan yang sebenar.

###
Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal, ia hanya bererti anda masih belum berjaya.

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu.

Kegagalan bukan bererti anda seorang yang bodoh kerana mencuba. Ia bererti anda berani, anda teguh dan bersemangat waja.. – berbanggalah dengan diri anda.

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak berjaya. Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi.

Kegagalan bukan bermakna anda kecundang. Ia hanya bermakna anda berpeluang untuk bermula semula dan mencuba sesuatu yang baru.

Kegagalan bukanlah bermakna Allah telah meninggalkan anda. Ia hanyalah bermakna DIA mempunyai rancangan yang lebih baik lagi.

Kadangkala kegagalan adalah batu loncatan untuk kita menuju kejayaan. Jika kita tidak pernah jatuh, bagaimana untuk kita belajar bangkit semula jika kita terjatuh??

Jadi benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad.

Permulaan yang gagal belum tentu pengakhiran juga kegagalan. Usaha dan terus berusaha itu lah kunci sesuatu kejayaan.

#####
gagal itu biasa..terus berusaha itu yang LUAR BIASA..
Pada sesiapa yang gagal, jangan lah bersedih dan menangis, terus pandang kehadapan dengan azam dan tekad yang baru. Kehidupan tidak akan berubah hanya dengan meratapi nasib tapi boleh diubah dengan usaha yang gigih. Jika gagal, belajarlah dari kesilapan kerana semua org yang berjaya dalam hidup adalah bermula dari satu kesilapan. J

p/s ~ berjuang untuk hidup.