Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Friday, December 30, 2011

Doa Putus Cinta (Doa bagi Mengatasi Kekecewaan)



Seperti yang aku janjikan sebelum ni, aku nak bagi doa untuk mengatasi rasa kecewa .Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekecewaan tersebut:-

Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad –

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya 
Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang. Wallahu A’lam.
Ilham menulis dan memanjangkan artikel ini setelah membacanya di blog infinity.
 Baca dengan penuh pengharapan dan berserah kepada ALLAH…insyaALLAH…dengan izin ALLAH, dapat hilang kan rasa kecewa itu dengan meredhai apa yang telah berlaku.. kita hanya merancang..DIA yang menentukan..:)




Tuesday, November 8, 2011

7 CARA ATASI KECEWA PUTUS CINTA



ASSALAMUALAIKUM....walaupun sekarang ni aku bz sikit..bukan sikit lah..banyak giler..p rasa mcm gatai2 lak nak update blog..agpon semenjak dua menjak ni..ada banyak sgt peristiwa pahit manis yg aku tempuhi...*hahhaha......lucu lak aku rasa..mcm tengah tulis karangan untuk peksa spm...*..sejak meninggalkan alam persekolahan..otak aku makin tumpul...dah x reti nak wat esei..x reti nak tulis citer..secara x lansung.."bakat" terpendam dulu memg dah x de dlm diri aku..sebenarnya aku ni x de bakat pon...cuma mungkin pantulan jiwa yg suka sgt bc novel....kali ni entry aku nih pon...x lari dari CINTA...biaq p org nak kata ni blog cinta ke ape..agpon aku bukan letak tema pon untuk blog aku...so ape yg terlintas kat hati aku nak tulis...aku tulis lah..aku punya suka lah kan..blog aku....*hahaha.....ag pon..sekang kan aku masih muda remaja...so aku akan citer berkisar tentang cinta..pbila aku dah bertambah " dewasa"...insyaALLAH...entry aku pon akan ada perubahan....hehehee...so sekang layan cinta dulu...hehhee

Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan. Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya.

Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan. Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Nah, tujuh cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!

1. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa

2. Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih

3. Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat

4. Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif

5. Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan kawan

6. Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda

7. Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang.

Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya. Pada pandangan saya, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda.

Walaupun anda sudah berkahwin untuk 40 tahun lamanya, tetapi luka putus cinta anda 41 tahun yang lepas pasti masih terasa. Jadikan diri anda tuan cinta bukannya hamba cinta.


P/s ~ next entry aku akan bagi satu doa untuk atasi rasa kecewa putus cinta…

Monday, November 7, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

assalamualaikum...mlm ni rasa mcm nak jadi budak baik sikit..hari len pon baik juga cuma nakal ckit..heehehhh...aku pon pelik, nape kekawan aku..law ada masalah putus cinta mesti nak citer dekat aku...mcm lah aku ni tau seme benda..aku bukan pakar kaunseling...aku sendiri pon mcm layang2 putus tali...*haaha...betul ke aku letak peribahasa ni kat ayat ni...lantak p lah..entry aku..aku punya suka lah...hahhahahaa*........sebenarnya aku x de lah bagi advice kat dia cenggini..aku bagi lam loghat kelate aku lah..da aku anak jati kelate x kan nak v nasihat dlm bahasa key el (KL)..lantak p dia paham ke dok..ustaz azhar idrus pom v ceramah dlm loghat ganu....heheee....mcm ni lah lebeh kurang aku bagtaw dia:-

  1. mu x soh dok sedeh2 lah nyo...dia tu buke semat sgt pon....doh lah uduh, perangai pulak x juruh...( ok dop nasihat aku)....makin kuat dia nangis..hehe

    aku pon oyak pulak dia...bo lah dok jeritnya, mungkin dia buke jodoh mg..panjang lagi perjalanan mu...mg akan jumpo dgn ore hok 10x lebih baik dari dia...(ok sikitkan nasihat aku...dia pon tanya aku..yeke??..aku jawablah..ho lah...x kn aku nak tipu...heehee

    pastu aku oyak plak...biarlah sekurangnya kalu dia wat perangai lenim, mu taw doh dia 2 gano..x kea nyanyo pah nikah baru taw perangai benar...setiap hok ALLAH mesti ada hikmah...* saen aku pom melopong x paham...pahtu aku pon cakap key eL la ngan dia (ok lah tu..dia buat perangai sekarang..law lepas kawin baru kau taw perangai dia..x ke haru biru 2...setiap apa yg ALLAH buat mesti ada hikmah...*...gitu lah lebih kurang..sampai terbelit lidah aku nak v keterangan bagi dia paham...hehehehe..baru lah dia terangguk angguk mcm brung belatuk..hahaha

    sebenarnya banyak ag nasihat yg bermotivasi aku v dia...tp x leh post sini...sebab 2 private service...hahaha...ye dop aku nih..mengarut jer...so aku pon bergoogle la sekejap tadi..sambil2 translate nota yg aku x paham...dari english ke korea..aku kan paham bahasa korea jer...hahahah....so terjumpa lah artikel nih.....jom layan...:)


alt
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

kredit to~Artikel iluvislam.com

p/s~agak2 10 tanda ni ada dekat sapa eh??...*hehehe...gatai sikit...:P

Friday, November 4, 2011

30 perkara Perempuan x sempat bagitaw Lelaki .....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

p/s ~#Lelaki, hargaii wanita pewleashh ! :')

Wednesday, November 2, 2011

ALASAN kukuh...:)



Assalamualaikum….lama dah x jenguk sini..bz skit…tengah2 malam cmni..teringat plak masa dok hostel dulu..aku bukan men liat ag law nak balik hostel..ntah..mungkin sebab dah terlalu boring..lama sangat dok hostel..dari ting1 lagi..then skng pon masih dok hostel ag…walaupon dah tua Bangka….heheheee..aku masa dok hostel dulu…budax nakal gak..aku penah panjat pagar asrama sebab warden x kasi balik kg…dekat sebulan pegang dekat asrama x bagi balik..pukul 5pgi aku lompat pagar..mcm bohsia plak rsa…p tu zaman nakal2 dulu..sekang aku dah berubah jadi baik+ sopan+pendiam+pemalu lagi…hehheee..mcm2 ag perangai nakal masa zaman kecik2 dulu…sekarang rasa mcm rindu sgt nak balik ke masa dulu..pakai baju sekolah..berlari2…g mkn kat kantin....lepak dekat toilet…agak teruk habit nih..hahahaa…….tadi masa dok bergoogle terjumpalah satu citer lawak nih….untuk adik2 yg suka wat masalah2 nakal dekat sekolah..leh r cuba alasan-alasan nih kalau kena tahan dekat cikgu disiplin..heheeee…….

Alasan yg kukuh dan boleh dipertimbangkan.....
 
Ponteng Sekolah - Cuma nk meringankan beban cikgu .
Mewarnakan rambut - Saja nak test cikgu ada tak buta warna .
Marah Cikgu - Nak cikgu tahu apa kesalahannya .
Merayau-rayau kt skolah - Nk tengok ada tak kes pergaduhan berlaku .
Meniru dalam Peperiksaan - Nak menyenangkan kerja cikgu .
Conteng meja - Memupuk bakat kesenian .
Gaduh - Menegakkan keadilan .
Tak siap kerja sekolah - hanya ingin menguji kesabaran cikgu .

Masuk blik dsiplin sbb cikgu dsiplin nk tjuk blik dia yg cntik..spya dpt gtau kt membe2 dan 'menyeru' semua murid memasukinya..
Membuang sampah merata2 disekolah-supaya cikgu bpeluang berucap diphimpunan dgn topik yg menarik.

Main noyorok2 - nak tahu cikgu mahir x kawasan prsekitaran skolah.

Hisap rokok dlam skola-nk uji loceng kebakaran berfungsi ke tak.
Calarkn kereta cikgu-kereta ckgu tak cntik,takde airbrush.
Mengutuk cikgu yg xdsukai - nk uji ksbran iman cikgu.
Bergaduh dgn geng - nak jd kn cikgu sbgai pelatih ref utk wwe.
Datang lambt sekolah- saje nak bg cikgu pnz enjin pg2.

Bergaduh ngan cikgu - nak taw cikgu belajar x martial arts.

Maen mercon tgah mlm - sje nk bg wrden bgun qiamullaii.'.

p/s ~ ini adalah sekadar gurauan..jgn mencubanya dekat sekolah..hehehee...kita sebagai student kena hormat cikgu..jgn meninggi suara...x berkat ilmu...*insaf*..hehee

Tuesday, October 18, 2011

baby malang :(


Assalamualikum semua…

Hari ni rasa can kurang sibuk cikit berbanding hari2 lain..so kira sempat lah nak wat entry ckit..saja nak suka2..hilangkan stress..hheee

kalu baca aku punya tajuk 2 pon da bleh agak..ape nasib baby tu..p yg pasti ag teruk dari yg anda pk kan..Tadi masa aku dok belek2 fb…tetiba terjumpa lah satu artikel..yaAllah sedih giler aku tgok n baca cam nak nagis pon ada..sampai hati manusia ( manusia ke?? Law perangai cam binantang ???)….buat dekat baby dia mcm ni?? Dulu kita memg dah salu dengar kan…pembuangan bayi merata tempat x kira dekat semak , tong smpah, kat kaki masjid n banyak ag lah..p kali nih yg paling menyayat hati..si ibu kepada baby tersebut telah mengelar baby dia sendiri sampai keluar usus, bukan kelar lah kan..dah kira membunuh dengan kejam…

memg perangai mengalahkan babi..(hah, kan aku dah mencarut)…,babi pon sayang anak kira pmpuan sial nih lebih dari babi lah…( maaf lah, aku ter’carut’…geram bah….)..p yang aku pasti, baby ni anak luar nikah sebab mak dia umur 16tahun n ayah dia hilang tanpa di kesan…dah memg dasar lelaki jongos..buat pandai dah jadi mcm ni…lari  xcukup tanah..p yang aku geram dekat pmpuan tuh..yg bodoh sgt tuh kenapa…sedap 5minit tanggung dosa seumur hidup…dekat artikel 2 sangat bnyk komen2 mengutuk pmpuan tuh..p sang lelaki bebas sambil mencari mangsa baru…memg dah mcm adat..sang pmpuan akan kena tempias…lelaki x peduli pon…

Pada pandangan aku lah…remaja sekarang nih memg dah teruk sangat…kenapa kerajaan x nak laksanakn hukum hudud..bukankah hukum ALLAH tu penyelesaian segala masalah..(sat g aku dok sebut sal hudud org kata aku ni penyokong tegar pas @ ank org pas)…x ok..x kan sebut hudud nak kaitkan dengan pas..ni hukum ALLAH lah..hukum untuk semua org islam bukan kusus kepada org pas saje…aku bukan nak berpolitik sebab aku bukan blog politik..Cuma nak kaitkan dengan kisah dekat atas…




ni lah baby malang tuh...:(


Berbalik kepada kisah kat atas, aku x boleh nak imagine mcm mana pmpuan tuh leh bunuh anak dia dengan bgitu kejam…x luluh ke hati seorg ibu melihat anak yg dilahirkan menangis menhaan sakit hirisan pisau tu?? Atau x de rasa kesian ke mendengar suara bayi itu?? Bayi tu perlukan belaian bukan nya tindakan dan layanan seperti binatang,..pmpuan tuh memg binatang lah..( dah brbakul-bakul dosa aku sumpah seranah pmpuan tuh )…

aku terlalu geram..even aku x de pertalian darah ngan baby tuh…perasaan kesian dan sayang dekat baby tuh masih ada lagi lh dekat hati aku…tapi ibu baby tuh bleh pulak buat cm2….dalam aku bengang n hangin dekat mak baby nih..aku tetap nk doakan semoga dia menerima hidayah dari NYA dan berubah menjadi org yg mempunyai hati naluri seperi manusia bukannya seakan binatang…n untuk baby tuh..berbahagia lah kerana sudah tersedia tempatmu di Syurga..:)

p/s aku ~ untuk gadis diluar sana ..jaga lah pergaulan..jgn sudah terhantuk baru terngadah..:)

Sunday, October 2, 2011

Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat

sejak akhir2 ni.banyak sgt berita yg di paparkan di dada akhbar..kena tangkap basah, kena tangkap khalwat..dari pada korg dok berkhalwat tuh, baik korg wat keje yg berfaedah ckit, cth: cuci motor..disini aku nak bgtaw 10 sebab cuci motor adalah lebih baik dari berkhalwat..:)..heheeeee

1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.


2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan

enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Wednesday, September 28, 2011

5 SEBAB PEREMPUAN TERIMA CINTA LELAKI...:)

Bila rasa sunyi dan bosan cam yg aku rasa nih..terasa la nak merapu dekat blog nih…tadi ada org cakap dekat aku…cinta org yang menyintai kita bukan mengejar cinta org yang x menyintai kita….memg susah untuk buat semua nih..tapi dulu aku penah jugak menerima cinta org yg aku x cintai..Alhamduliillah…aku bahgia tapi ku sangka panas hingga ke petg upenyer hujan di tengahari….hehehe…xyah lah nak emo sangat aku nih…sebenarnya mlm nih aku nak bgtaw, bukan bgtaw sgt gak lah..nak dedahkan ( ok ke ayat ni..cam x bleh blah jer )…mcm mana perempuan menerima cinta lelaki..( dari kaca mata aku yg x berapa tebal nih lah…heh )..antara sebab perempuan menerima cinta lelaki :p-

LELAKI YANG HENSEM
Sebenarnya ni adalah salah satu pakej yg pmpuan pandang pada lelaki..p bagi aku x sangat…setakat muka ensem perangai buruk buat ape kan…:P..hehe

LELAKI YANG CARING
Lelaki yang mcm ni memg aku tgok spesel ckit..x semua lelaki cam ni  satu dlm seribu…kalu lelaki tu caring pada sorg awex..mesti dia suka awex tuh n jgn x taw…awex memg mudah giler cair ngan lelaki mcm nih…J

LELAKI YANG BERKERJAYA

Yang ni paling di titik berat, bukan x taw…perempuan sekang ni memg jenis pandang duit…ada duit, abg sayang, x de duit abg melayang lah..walaupun xsemua mcm 2…ada yang mengatakan cinta tuh lebih penting dari duit..huh, bagi aku org yg cakap tuh memg kelentong tak abes lah..sekarang nih, kalu ada duit baru ada cinta….duit tu lebih penting dari cinta..ni bukan zaman romeo dan Juliet, uda dara yang asyik dok berpuitis bawah pokok, dunia sekang nak masuk toilet pon kena bayar, so pmpuan akan pandang tggi sikit lelaki berkerjaya..terjamin masa depan…ehehee…..P

LELAKI YANG TIDAK EGO

Perempuan akan respek lelaki yang mcm ni, memg lelaki nih terkenal sgt dengan ego..smpai nak mintak maaf sepatah pon susah sgt…so mana2 lelaki yang x junjung ego atas kepala tuh, memg berpotensi untuk mendapat awex yang di takel ngan mudah..:J


LELAKI YANG BERSIKAP MATANG

Lelaki yg mcm nih yang pmpuan betul2 cari..baru ada gaya nak wat bakal suami, ni law perangai cam budak2..nak terima jdi pakwe pon kena pk 2 3 kali…J..hehhe

Sebenarnya law nak di ikutkan banyak lagi…tapi ini adalah yg terpenting…p law aku, bagi aku lah..law cari pakwe @ bakal suami..(hekhek..)..aku nak cari yg beriman, berduit ( ni perlu..law x..x mkn aku,,hehe..), dan yang terpaling penting hormat my parents…2 yg paling penting..nak aku, kena terima family aku..rite????

P/s ~ tapi bagi yg xmenepati apa yg diinginkan pada psngan,  x yah lah nak mintak clash..terima dia seadanya…..setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan…so jgn bentuk dia menjadi seperti yg kita inginkan tapi cintailah dia dengan setulus hati…J


Monday, September 26, 2011

5 sebab lelaki mengalirkan air mata.....


Jika berbicara tentang hati seorang perempuan, ramai yang tertanya- Tanya kenapa wanita lebih cepat mengalirkan air mata berbanding dengan lelaki?? Mungkin sebab dah semulajadi sifat pmpuan mcm tu…lagi pon perempuan ni jiwa dia lebih halus berbanding lelaki…tapi sesuatu yg kamu tidak pernah tahu berkenaan dengan lelaki….5 sebab lelaki akan mengalirkan air mata:-


·        Apabila berkaitan dengan family terutamanya ibunya..sekuat mana lelaki akan mengalirkan air mata jika wanita (ibu) yang paling dia sanjungi menderita.
·        Apabila manyayangi seseorg (teman wanita)..lelaki akan mudah mengalirkan air mata.
·        Apabila dilanda masalah yang amat merumitkan iaitu untuk memilih salah sorg dari wanita di atas.
·        Apabila dikhianati oleh kawan yg paling dipercayai.
·        Apabila kekasih hati berpaling tadah…(bgi yg betul2 setia)

#diceritakan oleh sorg kawan aku…aku x taw betul atau salah….sebab aku bukan lelaki…hehehe