Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Wednesday, January 9, 2013

Langkawi _ Part 2

Sebelum ni, Nurul ada post berkenaan dengan chalet di Langkawi. Sape-sape yang merancang percutian ke Langkawi, boleh la cuba hubungi chalet tersebut.. baca dekat SINI.Kalu setakat dua tiga org memang berbaloi sangat lah... okes, dekat Langkawi _ Part 1, Nurul dah cerita berkenaan dengan penginapan dan pengangkutan kat sana. okey.. sekarang ni, Nurul nak cerita aktiviti yang dilakukan di sana pada hari pertama.

Kami naik feri bertolak dari Kuala Kedah sekitar jam 4.30 ptg. Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit lebih dan kami tiba di jeti Langkawi hampir jam 6.15 petang. Ini adalah kali Nurul uruskan percutian, mcm mana nak dapat kan penginapan, mcm mana nak dapatkan kereta dan semua nya lah. Biasanya sebelum ni, pergi mana-mana ikut org bawak je.. wah, kali ni baru betul-betul rasa nikmat bercuti tu, dengan segala usaha dan penat lelah... hehehee....

posing sebelum naik feri. Beg mcm pergi taknak balik... hehee...
Sampai Langkawi, kami hubungi agensi MPR travel yang menguruskan penginapan dan pengangkutan kami dekat sana. Selesai saja menguruskan pembayaran untuk rumah dan kereta selama 3 hari 2 malam. Then, kami punya driver.. haha... bawak kereta tu ke penginapan kami ( chalet kampung ).. tak jauh sangat, dalam 15 minit dari jeti, masih dalam pekan kuah.

Sampai je dekat chalet, kami kemas barang dan apa yang sepatutnya untuk keluar pada malamnya. Untuk malam yang pertama, kami tak merancang kemana-mana sebab badan terlalu penat, kami just keluar utk dinner dan pergi ambik angin dekat Pantai Cenang. Walaupon berpandukan peta, kami masih lagi tersesat sikit-sikit.... bak kata abg polis mlm tu " hai, dua kali lalu nampak? " malu bertanya sesat jalan... " kami gelak je.. punya la cari Pantai Cenang, padahal dah ada kat Pantai Cenang.. hehehe...

sebelum bergerak ke Pantai Cenang, kami isi perut dulu. sebab dah lapar sangat. Cari punya cari, last-last jumpa lah Pak Hasan Tomyam. ( tak sempat nak snap pic, lapar sgt.. haha.. ).. dekat sini Nurul makan nasi putih, amik tomyam ayam + telur dadar + teh o ais. semua sekali 8 ringgit. Tapi okey lah sebab tomyam dia sedap..
1st night dinner.. order tak sampai lagi..posing dulu... hahaha....

lepas makan tu sempat lagi pergi cari tempat nak snap gambar, biasalah perempuan kan...?? hehe

su takde sebab dia tukang snap... hehe...
semua dah kenyang dah happy, larat dah nak keluar. Kitorang pon bergerak ke Pantai Cenang. Agak jauh siket tapi tak terasa sangat. Yang rasa kecewa siket sebab tak dapat nak snap pic dekat sana. Masa kitorang sampai ka Cenang, ramai giler mat saleh n minah saleh kat situ, tengah bersantai ada, tengah main music, tengah mabuk pon ada. Kitorang rasa takut jugak lah.. so tak sampai satu jam kat sana, kitorang blah. Tak berani lah nak amik risiko... hehehe..

Lepas tu kami tak pergi mana dah, sebab jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Terus je drive kereta balik umah sebab esok nak keluar awal pagi. untuk esok, dalam perancangan akan ke Makam Mahsuri, Air terjun Temurun, Cable Car dan dua tiga tempat lagi yang kami rasa sempat nak pergi...

p/s ~ utk hari pertama tak banyak sgt snap pic, entry seterusnya untuk aktiviti selanjutnya...

No comments:

Post a Comment