Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Sunday, September 14, 2014

UTeM DI HATIKU.. ALWAYS A PIONEER, ALWAYS AHEAD.


UTeM. Dapat tawaran masuk ke UTeM untuk program Ijazah Sarjana Muda, benda pertama aku bagitahu mak aku.

“Mak, k.cik dapat offer sambung degree kat UTem, macam mana ? Nak terima or tolak ? “
Soalan aku di jawab oleh soalan jugak dari mak aku.
“UTeM tu swasta ke ? “

###   ###   ###








Aku tak salahkan mak aku dengan soalan dia, sebab ramai lagi yang tidak mengetahui sejarah UTeM. Sebab UTeM bukanlah Universiti terkemuka di Malaysia seperti USM, UPM, UTM, UKM dan UM dan bukan jugak sepopular UITM yang di kenali setiap lapisan masyarakat. Tapi nak aku tegaskan di sini, UTeM adalah Universiti teknikal pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Mungkin ramai tak tahu, meh la aku story serba sedikit ape yang aku tahu.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (singkatan: UTeM) merupakan IPTA serta universiti teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti ini telah diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti. Maka pada tanggal 1 Februari 2007 tercatatlah sejarah kelahiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri. 

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah IPTA yang ke-14 dan merupakan Universiti Teknikal pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di 3 kampus iaitu di  Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal, Alor Gajah, Kampus Industri di Ayer Keroh manakala Kampus Bandar terletak di pusat bandaraya Melaka.

Universiti ini mempunyai 7 Fakulti dan 1 pusat akademik. UTeM menawarkan program di peringkat Diploma, Ijazah dan Pasca Siswazah dalam Kejuruteraan, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Teknousahawan serta Pengurusan Teknologi. Program pengajian yang ditawarkan di UTeM menekankan aspek teori dan aplikasi dalam bidang pengkhususannya. Konsep pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan adalah berasaskan kepada :

  1. Competency based development
  2. Action based learning
  3. Simulation of real situations and problems
  4. Solving industry related issues / problems

Pelajar UTeM perlu menjalani program latihan industri selama 6 bulan iaitu tambahan tempoh latihan selama 3 bulan  berbanding IPTA yang lain. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di universiti merupakan platfom kepada graduan dalam menjalani latihan, memberikan pendedahan dan pengalaman bagi tujuan melahirkan graduan yang kompeten, berketrampilan dan berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam mengharungi dunia professional di samping bersahsiah tinggi.

FAKULTI

Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 4 buah Fakulti yang terletak di Kampus Induk di Durian Tunggal, Melaka, 2 fakulti di Kampus Industri di Ayer Keroh, Melaka dan 1 fakulti di Kampus Bandar di Jalan Hang Tuah, Melaka.

1.  Fakulti yang beroperasi di Kampus Induk ialah:

           i)     Fakulti Kejuruteraan Elektrik; dan
           ii)    Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
          iii)    Fakulti Kejuruteraan Pembuatan; dan
          iv)   Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

2. Fakulti yang beroperasi di Kampus Bandar ialah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan

3.  Fakulti yang beroperasi di Kampus Industri pula ialah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
.
KEMUDAHAN DAN  PERKHIDMATAN

Sepertimana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UTeM juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal yang canggih dan terkini selaras dengan imej sebuah IPTA Teknikal yang berasakan aplikasi dan amalan, Ruang Kuliah yang selesa, Perkhidmatan Pelajar dan Koperasi, Pengangkutan, Kolej Kediaman yang kondusif, Pusat Kesihatan, Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya, Kafeteria dan lain-lain.

****

Cukup kot sekadar pengenalan dan pengetahuan untuk orang yang masih tidak mengetahui UTeM tu ape. Ape yang aku tulis dia atas adalah fakta dan tiada sebarang tokok tambah. If anyone say, “ alah, mesti lah kau puji Universiti kau melambung-lambung! Kalau kau tak puji, sape lagi nak puji “. Yes, sekali aku bergelar student UTeM, selamanya aku akan protect UTeM. Sebagaimana dekan bagitahu dalam taklimat minggu MHS, “ berbangga lah sebagai pelajar UTeM, jaga UTeM sayangi UTeM seperti keluarga dan nyawa anda sendiri”. Dan aku berbangga menjadi salah sorang dari warga UTeM.


ALWAYS A PIONEER, ALWAYS AHEAD.

Saturday, September 13, 2014

Di sini Bermula....AKu dan UTeM..


Melangkah ke bumi Melaka dengan azam dan tekad yang tinggi. Satu perasaan yang sukar di gambar dengan kata-kata. Menggalas amanat ayah bonda, memegang janji pada si dia. Mampu kah aku ?

1 sept 2014, tepat jam 12.30 tengahari maka rasmilah aku menjadi mahasiswa tahun pertama Fakulti Teknologi Kejuruteraan di UTeM. Bukan kali pertama berjauhan dengan keluarga tapi suasana di sini memberi gambaran yang berbeza. Sesuatu rasa sangat dekat di hati, ye.. dan aku menyukainya.

Melalui minggu haluan siswa atau dengan nama lain minggu orientasi bukan sesuatu yang mudah bagi aku. Bangun pagi seawal 5pagi dikejutkan dengan bunyi siren memang menyakitkan hati. Terpaksa bersarapan seawal 6 pagi sesuatu yang agak menjengkelkan. Apa yang aku tahu, perut aku adalah perut yang paling mengada di Malaysia yang menghadkan bila makanan patut masuk ke dalam perut, bukan mengikut jadual yang para fasi tetapkan. Tetapi orang kata, masuk kandang kambing mengembek masuk kandang lembu menguak, berpegang pada pepatah itu, aku menahan rasa jugak menelan sarapan yang di sediakan walau tidak kena dengan selera pantai timur aku. Hasilnya, perut memulas dan sakit sampai mengganggu kesihatan aku.

Rentetan aku sebagai pelajar junior di MHS UTeM.


Masa nil ah aku kenal dengan kawan aku sekarang. Afifah, Ain dan Leen. Mungkin sebab satu kepala. So kitorang sangat mudah berkawan. Hari kedua kenal dah show off pakwe masing-masing. Opssss.. hahhaha.


 Ain, Fifah, Aku dan Leen

Hari pertama tidak terlalu heavy, just pengenalan dari Fasi berkenaan dengan kawasan dan taklimat berkenaan fasilities di UTeM. Bagi aku, MHS ini lah yang paling sempoi, serius. Aku tak pernah lagi join mana-mana orientasi yang rilex macam ni.

Tak salah aku katakan, even kena bangun seawal pagi tapi masih ada yang datang lewat, mungkin sebab abang dan kakak fasi yang baik hati dan friendly. So ada yang mengambil kesempatan. Program kali ni memang banyak di penuhi dengan slot ceramah sahaja sampai aku naik boring dan mengantuk. Duduk tanpa bergerak dan pasif jugak boleh menyebabkan sel-sel otak tidak berhubung dan boleh menyebabkan aku sangat mengantuk. heheeee

Cuma adalah buat sikit regangan yang bagi hilangkan rasa mengantuk antara yang paling aku suka adalah Shi Shua Shua, tarian Ayumi ( yang paling lelaki suka ), game shark attack ( sampai hilang nafas ) dan banana. 

Hari kedua sampai kelima, semua di penuhi slot ceramah. Mungkin pada pandangan abg dan akak fasi, pelajar yang dah tua tak perlu aktiviti horeey-horeey cukup pengisian ilmiah saja tanpa dia tahu, kami ni umur je tua tapi jiwa muda belia lagi.. hehehee. di pendekkan cerita, semua berakhir pada 5hb Sept dan aku balik ke kolej untuk qada tidur yang tak cukup selama minggu MHS.

Nak menulis aku tak kreatif, nak berpuisi aku tak puitis. So aku letak lah gambar dan biar gambar yang berbicara. ecehhhhhhhhhh.. hahahah. 

ni masa majlis perasmian.
kami semua kena nyanyi lagu Jalur gemilang.
Unexpected, jalur gemilang di kibar dengan cantik sekali. 

taklimat dan taklimat. Kami bosan sebenarnya. hehee



bosan sangat . Ni lah jadinya. 
Selfie.....
untung tak bawak monopod je. hahaha

lepas tu.........

bertuah si Leen, snap budak-budak comel tido. hahaaa
sumpah masa ni penat dan otak tepu sangat. nak hadam taklimat dari pagi sampai malam.
kat kerusi pon lena. hehehe

bangun-bangun, dah abes taklimat.
Selamat Datang Freshie.... 
hahahaha

9 Sept 2014. Bermula hidup aku sebagai siswi yang sebenar-benarnya. Kalut takut cuak attend kelas setelah sekian lama tak menelaah buku dan belajar. Otak berkarat perlu di cair balik. Come on! 

Apa-apa pon, i'm proud to be UTeM student. 
Will fight till the end.

Selamat Menempuhi zaman belajar. Menjadi student adalah saat yang paling indah. 
Terima kasih kepada akak dan abang Fasi yang telah memberikan yang paling terbaik untuk kami si freshie yang naif. 
TQ very Much. 

Saturday, September 6, 2014

20 FACTS ABOUT ME

Tajuk omputeh tapi tak payah la nak omputeh sangat kan .. hahaha

Okey, 20 perkara tentang aku. Teringin nak buat bila ramai pakaiS buat and tag kawan-kawan suruh buat sama.

Okey, here we go.....


  1. Manusia yang paling eksited bila dapat jumpa Syeikh Muzaffar Syukor, angkasawan negara masa umur 17 tahun di MRSM Kuala Krai.
  2. Cepat marah dan sentap tapi mudah di pujuk.
  3. Masa kecik pernah bercita-cita nak jadi power rangers pink. Selalu follow cerita power rangers kat tv2.
  4. Nama betul Nurul Jannah, nama komersial Puteri Sunan. hahaha
  5. Suka bercakap sorang-sorang depan cermin.
  6. Selalu berangan nak jadi isteri Saifudin a.k.a Laksamana Sunan. Hanya peminat setia RAM saja yang tahu tentang Sunan. heeeee
  7. Relate dengan fakta di no 6, pernah menangis semasa baca novel RAM yang mana part Laksamana Sunan menikahi Ratna Sang Ratu. Menangis kerana cemburu.
  8. Boleh tido lebih dari 12 jam sehari. hehehe
  9. Kelihatan sombong bagi yang tak mengenali aku, tetapi sangat ramah bila dah selesa bersama.
  10. Pernah frust 2 bulan kerana putus cinta, sekarang rasa nak bagi kaki kat dia yang dok merayu balik tuh. hahaha
  11. Perlukan bantal lebih dari satu bila tido malam.
  12. Suka mandi lama-lama waktu petang.
  13. Suka berkawan dengan semua orang tapi tidak tahu untuk mulakan perkenalan.
  14. Suka pemandangan tepi pantai, suasana waktu malam, merenung bulan bintang dan suka bau baby.
  15. Suka tido dalam panggung wayang even citer yang di tonton tu best.
  16. Seorang yang kuat cemburu tapi tak nak tunjuk.
  17. Bila sayangkan seseorang akan betul-betul sayang dan begitu gak sebaliknya.
  18. Langsung tak minat bola. Walau mostly perempuan kelantan suka tengok bola. * tak paham ape yang di rebutkan sangat dengan sebijik bola tuh * heheheeee
  19. Kekadang seorang yang manja mengalahkan kucing, kekadang garang mengalahkan rimau.
  20. Tak suka berkongsi something yang aku syg tapi andai terpaksa aku relakan.


Tu je lah kot.xde lah best sgt sbb bukan retis pon nak hot. hahahaha

k bai

Kebodohan Merosakkan Diri Tapi ada Hikmahnya..

Hai,

Aku tahu ramai yang dah jadi mangsa dan aku sebagai org yg pernah jd mangsa.. rasa bertanggungjwb utk tlg org lain dr terjebak.. sbb tu lah aku cuba jugak tulis citer ni kat blog.

Aku dah citer pasal pengalaman aku kena tipu sampai melayang 3.4k kat SINI. Bukan saja aku yang di tipu, tapi beratus ratus org samada yang berkerja mahupun student yang telah di manipulasikan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Tapi untuk kali ini, aku bukan nak menulis pasal elife lagi, bukan nak cerita pasal keburukan komuniti ini lagi tapi sekarang aku nak cerita tentang hikmah aku terjebak dalam MLM ni. Ye, seperti yang kita tahu, dalam hidup kita tiada perkara yang berlaku sia-sia. Samada cepat atau lambat pasti ada kebaikan dia.

Selepas je aku quit dari MLM ni, aku rasa hidup ni tak guna sangat. Susahkan family, hilang kepercayaan kawan, duit memang kering tak payah cakap lah. Kawan yang aku anggap mcm keluarga dlm komuniti tu. konon lah yang akan bantu susah senang, terus block aku kat fb, remove friend dekat bbm dan mcm-mcm lah. Konon sebab nak avoid orang negetif mcm aku tapi ada aku kesah ??? hahaha

Btw, lepas semua ni berlaku, alhamdulillah.. ramai ex partner dari MLM ni jadi kawan aku. Kawan yang betul-betul kawan, bukan kawan kerana PV.

Cuma ada orang bertanyakan aku, mcm mana nak lupakan kisah pahit diorang dekat komuniti tu. Bagi aku, mudah jer. Terima semua benda tu sebagai suratan takdir dan cuba redha. Memang akan rasa sakit hati dengan orang yang bawak kita, tapi cuba fikir dari sudut lain, mereka juga sama seperti kita. di tipu dan terpaksa memanipulasikan orang lain untuk penuhi kehendak leader dan untuk poket yang makin kering.

Sama macam aku dulu, bila quit je. Rasa marah membuak buak pada orang yang memperkenalkan aku dengan benda bodoh ni. Tapi bila fikir balik, aku jugak salah kerana benarkan diri diperbodohkan. Di tipu dan diperguna. 

Sewaktu ketika dulu, aku sering gak ketawa gelak sensorg tapi dalam masa yang sama aku menangis. Menangis sebab pernah buat keluarga aku sedih especially my mum. Macam-macam benda yang aku cuba buat dulu untuk lupakan kisah menyakitkan ni dan alhamdulillah sekarang aku dah boleh terima kenyataan yang aku ni bodoh dan senang di tipu. HAHAHA.

kat sini aku nak bagi sedikit tips lah, * tips sgt *. pada partner yang baru quit terutama AF.. aku tahu korang stress tapi cubalah jalani kehidupan seperti biasa dan cuba lakukan something yang boleh happykan hati korang. Macam aku, untuk aku sendiri, aku cuma perlukan cermin untuk belajar lupakan sesuatu. Dan tu cara aku dari dulu dan setiap orang mesti ada cara mereka tersendiri.

Lepaskan dan terima hakikat...
Mirror make me feeling better.
Just be yourself.