Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Tuesday, January 8, 2013

PERCAYA...

Percaya..?? apa yang anda semua tahu atau pikir tentang percaya? Adakah kepercayaan ni satu perkara yang penting dalam sesuatu hubungan? atau sekadar sebagai penambah perisa? okey dekat sini Nurul copypaste sikit ape yang dimaksudkan dengan kepercayaan.. heeee

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.
Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.

kepercayaan ni terbahagi kepada dua. Satu kepercayaan kepada Allah. Yang ni WAJIB ada dalam setiap org yang beragama islam. Yang kedua pula adalah kepercayaan dalam sesuatu hubungan. Kat sini Nurul taknak cakap pasal kepercayaan pada agama tu, sebab Nurul ni tak lah hebat sgt dalam bab ilmu agama ni, kan kalau tersalah tulis, lain pulak jadinya.. hehe
straight to the kepercayaan dalam sesuatu hubungan. Bagi Nurul kepercayaan tu tersangat lah penting, tak kira la dalam percintaan, persahabatan dan sebagainya. Boleh dikatakan lah kepercayaan ni adalah satu elemen yang penting untuk mengukuhkan dan mengekalkan sesuatu hubungan. Sesuatu hubungan itu terbina atas rasa percaya antara dua pihak, Jika salah satu kepercayaan tu sudah di khianati, akan roboh dan hancur lah hubungan tersebut.
memaafkan tak bermaksud memberi kepercayaan untuk kali kedua.
p/s ~ jangan sampai org hilang kepercayaan pada kita. Kepercayaan yang org berikan pada kita sila jaga sebaik mungkin. :)

6 comments:

  1. percayalah saya..saya akan setia bersama awak..hehe..betul, saya boleh memaafkan tapi sukar nak lupakan. Maaf bukan bermaksud kita boleh beri kepercayaan utk kali kedua..agree that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aini : haha... sakit sgt bila kepercayaan di khianati.. perit nya terasa smpai bila2.. jadi mcm mn nak bg kepercayaan lagi jika pernah di kecewakan... heheehe

      Delete
  2. satu entry yg menarik bagi n0sa...kepercayaan tu sgt pnting then bila kepercayaan itu tiada, semua nye boley dikatakan suda tak bermakna lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kepercayaan adalah satu perkara yg terlalu pnting.. kalu da hilang seme tu.. mmg x de guna da..so jaga la sebelum hilang... hehe

      Delete
  3. percaya itu penting tapi mesti berpada :) kalau terlebih percaya,merana pulak nnt bila ada masalah.kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu didiey.. org kata bila percayakan seseorang jgn serahkan 100%.. simpan sedikit curiga dlm hati agar bila dikecewakan tak menjadi terlalu merana.. :)

      Delete