Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Sunday, September 14, 2014

UTeM DI HATIKU.. ALWAYS A PIONEER, ALWAYS AHEAD.


UTeM. Dapat tawaran masuk ke UTeM untuk program Ijazah Sarjana Muda, benda pertama aku bagitahu mak aku.

“Mak, k.cik dapat offer sambung degree kat UTem, macam mana ? Nak terima or tolak ? “
Soalan aku di jawab oleh soalan jugak dari mak aku.
“UTeM tu swasta ke ? “

###   ###   ###








Aku tak salahkan mak aku dengan soalan dia, sebab ramai lagi yang tidak mengetahui sejarah UTeM. Sebab UTeM bukanlah Universiti terkemuka di Malaysia seperti USM, UPM, UTM, UKM dan UM dan bukan jugak sepopular UITM yang di kenali setiap lapisan masyarakat. Tapi nak aku tegaskan di sini, UTeM adalah Universiti teknikal pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Mungkin ramai tak tahu, meh la aku story serba sedikit ape yang aku tahu.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (singkatan: UTeM) merupakan IPTA serta universiti teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti ini telah diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti. Maka pada tanggal 1 Februari 2007 tercatatlah sejarah kelahiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri. 

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah IPTA yang ke-14 dan merupakan Universiti Teknikal pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di 3 kampus iaitu di  Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal, Alor Gajah, Kampus Industri di Ayer Keroh manakala Kampus Bandar terletak di pusat bandaraya Melaka.

Universiti ini mempunyai 7 Fakulti dan 1 pusat akademik. UTeM menawarkan program di peringkat Diploma, Ijazah dan Pasca Siswazah dalam Kejuruteraan, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Teknousahawan serta Pengurusan Teknologi. Program pengajian yang ditawarkan di UTeM menekankan aspek teori dan aplikasi dalam bidang pengkhususannya. Konsep pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan adalah berasaskan kepada :

  1. Competency based development
  2. Action based learning
  3. Simulation of real situations and problems
  4. Solving industry related issues / problems

Pelajar UTeM perlu menjalani program latihan industri selama 6 bulan iaitu tambahan tempoh latihan selama 3 bulan  berbanding IPTA yang lain. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di universiti merupakan platfom kepada graduan dalam menjalani latihan, memberikan pendedahan dan pengalaman bagi tujuan melahirkan graduan yang kompeten, berketrampilan dan berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam mengharungi dunia professional di samping bersahsiah tinggi.

FAKULTI

Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 4 buah Fakulti yang terletak di Kampus Induk di Durian Tunggal, Melaka, 2 fakulti di Kampus Industri di Ayer Keroh, Melaka dan 1 fakulti di Kampus Bandar di Jalan Hang Tuah, Melaka.

1.  Fakulti yang beroperasi di Kampus Induk ialah:

           i)     Fakulti Kejuruteraan Elektrik; dan
           ii)    Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
          iii)    Fakulti Kejuruteraan Pembuatan; dan
          iv)   Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

2. Fakulti yang beroperasi di Kampus Bandar ialah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan

3.  Fakulti yang beroperasi di Kampus Industri pula ialah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
.
KEMUDAHAN DAN  PERKHIDMATAN

Sepertimana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UTeM juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal yang canggih dan terkini selaras dengan imej sebuah IPTA Teknikal yang berasakan aplikasi dan amalan, Ruang Kuliah yang selesa, Perkhidmatan Pelajar dan Koperasi, Pengangkutan, Kolej Kediaman yang kondusif, Pusat Kesihatan, Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya, Kafeteria dan lain-lain.

****

Cukup kot sekadar pengenalan dan pengetahuan untuk orang yang masih tidak mengetahui UTeM tu ape. Ape yang aku tulis dia atas adalah fakta dan tiada sebarang tokok tambah. If anyone say, “ alah, mesti lah kau puji Universiti kau melambung-lambung! Kalau kau tak puji, sape lagi nak puji “. Yes, sekali aku bergelar student UTeM, selamanya aku akan protect UTeM. Sebagaimana dekan bagitahu dalam taklimat minggu MHS, “ berbangga lah sebagai pelajar UTeM, jaga UTeM sayangi UTeM seperti keluarga dan nyawa anda sendiri”. Dan aku berbangga menjadi salah sorang dari warga UTeM.


ALWAYS A PIONEER, ALWAYS AHEAD.

Saturday, September 13, 2014

Di sini Bermula....AKu dan UTeM..


Melangkah ke bumi Melaka dengan azam dan tekad yang tinggi. Satu perasaan yang sukar di gambar dengan kata-kata. Menggalas amanat ayah bonda, memegang janji pada si dia. Mampu kah aku ?

1 sept 2014, tepat jam 12.30 tengahari maka rasmilah aku menjadi mahasiswa tahun pertama Fakulti Teknologi Kejuruteraan di UTeM. Bukan kali pertama berjauhan dengan keluarga tapi suasana di sini memberi gambaran yang berbeza. Sesuatu rasa sangat dekat di hati, ye.. dan aku menyukainya.

Melalui minggu haluan siswa atau dengan nama lain minggu orientasi bukan sesuatu yang mudah bagi aku. Bangun pagi seawal 5pagi dikejutkan dengan bunyi siren memang menyakitkan hati. Terpaksa bersarapan seawal 6 pagi sesuatu yang agak menjengkelkan. Apa yang aku tahu, perut aku adalah perut yang paling mengada di Malaysia yang menghadkan bila makanan patut masuk ke dalam perut, bukan mengikut jadual yang para fasi tetapkan. Tetapi orang kata, masuk kandang kambing mengembek masuk kandang lembu menguak, berpegang pada pepatah itu, aku menahan rasa jugak menelan sarapan yang di sediakan walau tidak kena dengan selera pantai timur aku. Hasilnya, perut memulas dan sakit sampai mengganggu kesihatan aku.

Rentetan aku sebagai pelajar junior di MHS UTeM.


Masa nil ah aku kenal dengan kawan aku sekarang. Afifah, Ain dan Leen. Mungkin sebab satu kepala. So kitorang sangat mudah berkawan. Hari kedua kenal dah show off pakwe masing-masing. Opssss.. hahhaha.


 Ain, Fifah, Aku dan Leen

Hari pertama tidak terlalu heavy, just pengenalan dari Fasi berkenaan dengan kawasan dan taklimat berkenaan fasilities di UTeM. Bagi aku, MHS ini lah yang paling sempoi, serius. Aku tak pernah lagi join mana-mana orientasi yang rilex macam ni.

Tak salah aku katakan, even kena bangun seawal pagi tapi masih ada yang datang lewat, mungkin sebab abang dan kakak fasi yang baik hati dan friendly. So ada yang mengambil kesempatan. Program kali ni memang banyak di penuhi dengan slot ceramah sahaja sampai aku naik boring dan mengantuk. Duduk tanpa bergerak dan pasif jugak boleh menyebabkan sel-sel otak tidak berhubung dan boleh menyebabkan aku sangat mengantuk. heheeee

Cuma adalah buat sikit regangan yang bagi hilangkan rasa mengantuk antara yang paling aku suka adalah Shi Shua Shua, tarian Ayumi ( yang paling lelaki suka ), game shark attack ( sampai hilang nafas ) dan banana. 

Hari kedua sampai kelima, semua di penuhi slot ceramah. Mungkin pada pandangan abg dan akak fasi, pelajar yang dah tua tak perlu aktiviti horeey-horeey cukup pengisian ilmiah saja tanpa dia tahu, kami ni umur je tua tapi jiwa muda belia lagi.. hehehee. di pendekkan cerita, semua berakhir pada 5hb Sept dan aku balik ke kolej untuk qada tidur yang tak cukup selama minggu MHS.

Nak menulis aku tak kreatif, nak berpuisi aku tak puitis. So aku letak lah gambar dan biar gambar yang berbicara. ecehhhhhhhhhh.. hahahah. 

ni masa majlis perasmian.
kami semua kena nyanyi lagu Jalur gemilang.
Unexpected, jalur gemilang di kibar dengan cantik sekali. 

taklimat dan taklimat. Kami bosan sebenarnya. hehee



bosan sangat . Ni lah jadinya. 
Selfie.....
untung tak bawak monopod je. hahaha

lepas tu.........

bertuah si Leen, snap budak-budak comel tido. hahaaa
sumpah masa ni penat dan otak tepu sangat. nak hadam taklimat dari pagi sampai malam.
kat kerusi pon lena. hehehe

bangun-bangun, dah abes taklimat.
Selamat Datang Freshie.... 
hahahaha

9 Sept 2014. Bermula hidup aku sebagai siswi yang sebenar-benarnya. Kalut takut cuak attend kelas setelah sekian lama tak menelaah buku dan belajar. Otak berkarat perlu di cair balik. Come on! 

Apa-apa pon, i'm proud to be UTeM student. 
Will fight till the end.

Selamat Menempuhi zaman belajar. Menjadi student adalah saat yang paling indah. 
Terima kasih kepada akak dan abang Fasi yang telah memberikan yang paling terbaik untuk kami si freshie yang naif. 
TQ very Much. 

Saturday, September 6, 2014

20 FACTS ABOUT ME

Tajuk omputeh tapi tak payah la nak omputeh sangat kan .. hahaha

Okey, 20 perkara tentang aku. Teringin nak buat bila ramai pakaiS buat and tag kawan-kawan suruh buat sama.

Okey, here we go.....


  1. Manusia yang paling eksited bila dapat jumpa Syeikh Muzaffar Syukor, angkasawan negara masa umur 17 tahun di MRSM Kuala Krai.
  2. Cepat marah dan sentap tapi mudah di pujuk.
  3. Masa kecik pernah bercita-cita nak jadi power rangers pink. Selalu follow cerita power rangers kat tv2.
  4. Nama betul Nurul Jannah, nama komersial Puteri Sunan. hahaha
  5. Suka bercakap sorang-sorang depan cermin.
  6. Selalu berangan nak jadi isteri Saifudin a.k.a Laksamana Sunan. Hanya peminat setia RAM saja yang tahu tentang Sunan. heeeee
  7. Relate dengan fakta di no 6, pernah menangis semasa baca novel RAM yang mana part Laksamana Sunan menikahi Ratna Sang Ratu. Menangis kerana cemburu.
  8. Boleh tido lebih dari 12 jam sehari. hehehe
  9. Kelihatan sombong bagi yang tak mengenali aku, tetapi sangat ramah bila dah selesa bersama.
  10. Pernah frust 2 bulan kerana putus cinta, sekarang rasa nak bagi kaki kat dia yang dok merayu balik tuh. hahaha
  11. Perlukan bantal lebih dari satu bila tido malam.
  12. Suka mandi lama-lama waktu petang.
  13. Suka berkawan dengan semua orang tapi tidak tahu untuk mulakan perkenalan.
  14. Suka pemandangan tepi pantai, suasana waktu malam, merenung bulan bintang dan suka bau baby.
  15. Suka tido dalam panggung wayang even citer yang di tonton tu best.
  16. Seorang yang kuat cemburu tapi tak nak tunjuk.
  17. Bila sayangkan seseorang akan betul-betul sayang dan begitu gak sebaliknya.
  18. Langsung tak minat bola. Walau mostly perempuan kelantan suka tengok bola. * tak paham ape yang di rebutkan sangat dengan sebijik bola tuh * heheheeee
  19. Kekadang seorang yang manja mengalahkan kucing, kekadang garang mengalahkan rimau.
  20. Tak suka berkongsi something yang aku syg tapi andai terpaksa aku relakan.


Tu je lah kot.xde lah best sgt sbb bukan retis pon nak hot. hahahaha

k bai

Kebodohan Merosakkan Diri Tapi ada Hikmahnya..

Hai,

Aku tahu ramai yang dah jadi mangsa dan aku sebagai org yg pernah jd mangsa.. rasa bertanggungjwb utk tlg org lain dr terjebak.. sbb tu lah aku cuba jugak tulis citer ni kat blog.

Aku dah citer pasal pengalaman aku kena tipu sampai melayang 3.4k kat SINI. Bukan saja aku yang di tipu, tapi beratus ratus org samada yang berkerja mahupun student yang telah di manipulasikan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Tapi untuk kali ini, aku bukan nak menulis pasal elife lagi, bukan nak cerita pasal keburukan komuniti ini lagi tapi sekarang aku nak cerita tentang hikmah aku terjebak dalam MLM ni. Ye, seperti yang kita tahu, dalam hidup kita tiada perkara yang berlaku sia-sia. Samada cepat atau lambat pasti ada kebaikan dia.

Selepas je aku quit dari MLM ni, aku rasa hidup ni tak guna sangat. Susahkan family, hilang kepercayaan kawan, duit memang kering tak payah cakap lah. Kawan yang aku anggap mcm keluarga dlm komuniti tu. konon lah yang akan bantu susah senang, terus block aku kat fb, remove friend dekat bbm dan mcm-mcm lah. Konon sebab nak avoid orang negetif mcm aku tapi ada aku kesah ??? hahaha

Btw, lepas semua ni berlaku, alhamdulillah.. ramai ex partner dari MLM ni jadi kawan aku. Kawan yang betul-betul kawan, bukan kawan kerana PV.

Cuma ada orang bertanyakan aku, mcm mana nak lupakan kisah pahit diorang dekat komuniti tu. Bagi aku, mudah jer. Terima semua benda tu sebagai suratan takdir dan cuba redha. Memang akan rasa sakit hati dengan orang yang bawak kita, tapi cuba fikir dari sudut lain, mereka juga sama seperti kita. di tipu dan terpaksa memanipulasikan orang lain untuk penuhi kehendak leader dan untuk poket yang makin kering.

Sama macam aku dulu, bila quit je. Rasa marah membuak buak pada orang yang memperkenalkan aku dengan benda bodoh ni. Tapi bila fikir balik, aku jugak salah kerana benarkan diri diperbodohkan. Di tipu dan diperguna. 

Sewaktu ketika dulu, aku sering gak ketawa gelak sensorg tapi dalam masa yang sama aku menangis. Menangis sebab pernah buat keluarga aku sedih especially my mum. Macam-macam benda yang aku cuba buat dulu untuk lupakan kisah menyakitkan ni dan alhamdulillah sekarang aku dah boleh terima kenyataan yang aku ni bodoh dan senang di tipu. HAHAHA.

kat sini aku nak bagi sedikit tips lah, * tips sgt *. pada partner yang baru quit terutama AF.. aku tahu korang stress tapi cubalah jalani kehidupan seperti biasa dan cuba lakukan something yang boleh happykan hati korang. Macam aku, untuk aku sendiri, aku cuma perlukan cermin untuk belajar lupakan sesuatu. Dan tu cara aku dari dulu dan setiap orang mesti ada cara mereka tersendiri.

Lepaskan dan terima hakikat...
Mirror make me feeling better.
Just be yourself.


Sunday, May 25, 2014

Episod baru bermula esok !

Assalamualaikum...

Setiap hari kita menjalani hidup seperti biasa, seperti hari-hari yang pernah berlalu tapi selalu di hujani masalah. Tapi sape kita untuk pertikaikan semua itu. Terima dengan hati terbuka atau makan hati sebab meratap nasib.

Meratap nasib tidak salah dan tidak menjadi satu kesalahan jika kita sertakan dengan niat untuk berubah. Cuma jika bertindak menyalah kan takdir akan jadi satu kesalahan seperti kita tidak redha dengan ketentuan Allah s.w.t.

" Aku dulu mempunyai seorang teman dengan kata lain sahabat atau kawan atau rakan. Dia seorang lelaki yang aku agak separuh sempurna. Sebab nampak dia sangat baik, bagus dan menepati ciri-ciri seoarang lelaki idaman. Baik dan bijak. Tapi semua tinggal kenangan dah berubah sekelip mata selepas kematian tunangnya !

Pemergian tunang dia membawa separuh dari jiwa dia sehingga mengabai diri dari sang pencipta. Meratapi nasib sehingga menidakkan takdir dan suratan ilahi. Lantas si pencipta di salahkan."

Biarkan cerita tergantung di situ sahaja.

Kita sebagai manusia tak pernah lari dari masalah. Setiap manusia memang akan ada masalah cuma cara yang berbeza dari setiap individu itulah yang membezakan bagaimana mereka menyelesaikan masalah.

Aku?

Berlambak dugaan cabaran hinaan makian, aku dah hadam dan terima semua sebagai daki dunia.Tapi tak bermakna aku kena terus meratap dan menyalahkan takdir. Satu jer cara bagi aku, bukan melupakan masalah itu tapi mengawal masalah berkenaan.

Bagi aku, hidup aku tidak ada perenggan tidak ada bab tidak ada sambungan. Episod demi episod menamatkan setiap kisah. Setiap hari aku bangun di waktu pagi dengan memulakan episod baru. Hari yang indah, hari yang ceria anda yang tentukan. Pagi anda adalah penentu untuk keseluruhan hari anda. Ingat, EPISOD BARU BERMULA ESOK.. setiap malam, ucapan selamat malam adalah penutup untuk episod hari ini.

Tangani masalah dengan cara yang bijak =)


Saturday, May 24, 2014

Pemanis Kata :)

Assalamualaikum pembuka bicara,

Terima kasih pada yang sudi dan yang selalu baca blog ini. Tahu walau tak ramai yang baca tp still ada yang baca dan walau takde sapa yang baca nanti pon, aku still nk menulis.. sebab dah jadi minat.

Memang dah berabad tak update blog. Sumpah, memang bizi giler tambah plak laptop rosak. So sekarang baru berpeluang buka blog. Before this, buka pakai hp je, nak balas komen pon susah.Thanks jugak pada sape yang baca blog aku then ffollow aku kat fb, aku hargai sgt.

Banyak sangat nak tulis kat blog nih, nanti aku akan update satu persatu.

byee......

Saturday, February 1, 2014

ONE COMMUNITY WORLDWIDE @ ELIFE < Scam, MLM or bisnes >

Assalamualaikum...

Dah lama sangat aku tak menulis sejak dah habis belajar. Bukan ape sibuk bekerja la katakan. Tapi dekat entry aku kali ini, bukan nak cerita kenapa aku dah lama berhenti menulis, tapi aku nak cerita pengalaman aku di tipu oleh scam MLM terbaru iaitu One Community Worldwide. Kat sini aku tak sedikit pon salahkan produk kesihatan yang mereka jual, tapi aku negatif and anti dengan sistem yang mereka guna.Mereka akan cakap sistem yang mereka pakai adalah MBS (Micro macro Bisnes System ), bunyi saja lain..tapi cara nya tetap sama dengan sistem MLM dari company MLM yang lain. Memang perlukan investment beribu-ribu lemon untuk beli PV bersamaan beli produk mereka yang mahal. High class bak kata dorang!!

Okey! Firstly, aku akan cerita macam mana aku boleh terjebak dengan MLM penipu ni. Introducer aku ni stranger ngan aku, aku kenal dia melalui weChat. Masa aku kenal dia tu, aku tengah kerja part time kat Midvalley (masa tu aku baru datang dari kampung sebab nk cari kerja nak kumpul duit nak sambung degree). Masa tu lah aku kenal dia, mula-mula just mesej je. Tak jumpa lagi. Tapi aku rasa pelik sangat sebab dia sangat baik dengan aku and sangat care ( rupa nak ajak aku join bisnes , huh! ). Aku tak ingat berapa hari bulan, tapi dia ajak aku pegi main bowling kat Time Square. Dia cakap main ramai-ramai, sampai 43 lane. Aku excited la.. dia cakap nk datang ambik aku, tapi aku tak boleh ikut sebab aku kerja malam tu. Lepas tu dia terus mesej aku, cerita pasal dia pegi sana, nak bagi aku rasa excited la kot dan aku pon memang masa tu tergedik plak nak excited. HAHA.. (bodo nya aku...)

Then, esok dia mesej aku nk ajak aku lunch pukul 2 petang. Kebetulan hari tu hari jumaat. Aku rehat pukul satu, so memang tak sempat nak jumpa. Aku pon okey je lah. Ingat habes kat situ je, rupanya petang tu dalam pukul 4 lebih dia mesej aku ajak keluar pukul 6 petang. Aku cakap lah, tak boleh aku kerja, kalau nak balik awal pon kena pukul 7 dan dia cakap nak ajak aku pegi spa untuk treatment kesihatan. Dia cakap nak belanja aku. Satu treatment rawatan tu RM50. Wah, aku pon terpikir, baiknya dia.. tak penah jumpa tapi siap nak belanja aku lagi. So aku berfikiran positif masa tu, aku cakap mungkin dia betol-betol ikhlas nak belanja aku treatment tu. So aku pergi jumpa supervisor aku nak mintak balik awal dan supervisor aku bagi. Ini lah kali pertama dalam hidup aku mesej dengan orang yang aku tak kenal and keluar berjumpa. Huh, masa tu aku tak tahu kenapa aku boleh ikut dia dan percaya dia. Dia datang dengan moto jumpa aku, masa tu aku kat Pantai Dalam. Then, kitorang tunggu kawan dia datang ambik dengan kereta. Dah sampai tu, adalah dalam 2 3 orang. Sorang perempuan dua orang lelaki. Aku masuk je dalam tu, dorang kemain mesra lagi bercakap dengan aku, mcm dah kenal 10 tahun tambah yang perempuan tu, IF F*****. ( bila aku dah join, baru aku tahu, dia team aku, dan of kos lah dia kena closing aku kaw-kaw sebab nak kembangkan team dia, yang masa tu ada 3 org je.. HAHA ). Masa tu aku tak terpikir langsung pon yang benda alah ni MLM sebab aku tak penah terjebak dengan dunia MLM. Sampai je kat The Weld. Aku pelik, malam-malam buta ada jugak orang yang dress up ala-ala bos semua, dengan kasut kilat bertali leher lagi.. Masa tu introducer aku tu, dok t-up la upline-upline kat situ, ada doktor la, cikgu la, engineer la dan mcm-mcm bidang lagi (sekarang baru aku tahu, bukan doktor pon lagi, just belajar bahagian medic jer, belum jadi doktor, tapi dah t-up kaw-kaw, biasa lah nak orang respect ). Masa tu aku rasa rendah diri giler, ye lah sebab aku dah la budak diploma je. Kerja tetap pon belum dapat. 

Di pendekkan cerita, introducer aku ajak aku masuk buat treatment. Before buat treatment kena isi borang dulu, kononnya insuran akan cover 3 juta jika berlaku apa-apa semasa treatment tu berjalan. Lepas isi borang tu, aku dan introducer aku (aku gelarkan M) masuk buat treatment. Masa buat treatment tu lah dia dok terangkan macam-macam siap bagi contoh orang-orang berjaya kat sini. Si M ni dia memang sweet talker, ape yang dia cakap rasa macam best je nak dengar. sampai malam tu aku terbooking RM50. After buat treatment, dah sekitar jam 10 mlm. Aku ingat dah boleh balik, sebab aku dah mengantuk esok nak kerja. Tapi dia bawak aku pegi kedai Mamak. Erm,masa ni lah berlaku , sorang-sorang datang dekat aku dok cakap :

" awak beruntung sebab jumpa peluang ni, patut ucap terima kasih pada M sebab bawak awak datang sini "

 "awak dah jumpa lubuk emas, rugi kalau lepas mcm tu je "

'M dah belanja awak baucer RM50, tak kan awak nak guna M punya je, beli la baucer sendiri "

dan banyak lagi lah ayat-ayat dorang. Malas nak ingat, menyakitkan hati.

Pastu, datang la CDF K, aku tak tahu pon dia siapa, tapi ramai orang kat situ cakap yang dia ni hebat. Ntah mcm mana aku termakan pujukan dorang, aku bagi dulu RM50, sebab aku takde duit masa tu, aku just ada RM80 je. So,aku bagi RM50. Cuma yang aku respect introducer aku ni sebab dia tak paksa aku untuk bayar full (mayb dia dah diajar untuk act like that) tp orang-orang sekeliling aku yang sibuk dok push aku. Aku ambil masa hampir seminggu jugak untuk bayar full duit baucer tu. Aku complete baucer RM250 tuh after 1bc. Bila dah complete baucer. Ada pulak lah malaun-malaun yang datang dok push, bila nak OC. Aku dok tanya introducer aku, menatang ape OC tu. Then dia cakap tu permulaan aku nak berubah. Aku punya la semangat nak OC. Tiga hari lepas 1BC, aku OC. Sebelum aku OC, aku kena filter oleh CDF Asyran. Masa tu dia maki-maki aku.. introducer aku boleh pulak dok senyum kat sebelah sambil cakap "betul, betul. betul " macam BETUL-BETUL je kaki aku nak naik kat muka dia. Geram. Pastu aku masuk Oc. Mini A aku Cdf Mail dan Advisor Aku DF Shamin. Selepas OC, aku kena complete kan task RM3400 dalam masa 2 hari. Masa tu aku terpikir mcm mana aku nak cari RM3400 dalam masa dua hari, then mereka cakap lah, mereka akan tolong! aku ingat tolong pinjamkan dulu duit, rupanya tolong aku dengan ajar aku pinjam dengan kawan dengan cara menipu. Jangan bagitahu sebab ape nak pinjam. Masa tu aku ikut je mcm lembu cucuk hidung. Aku completekan task aku dalam masa sehari setengah. Hari pertama aku dapat rm2000 + saving aku rm500. Selebihnya kawan-kawan aku yang bagi pinjam.

Lepas aku dah complete task, aku di pass down oleh Shamin. Then, the next day dapat produk dan pass down pasal cara pemakaian produk. Lepas pada tu lah hari-hari msg aku, whatsapp aku di hujani soalan " ada pf tak ? " Masa tu aku memang rasa betol-betol nak buat. Then bila dah complete task pertama, sibuk la datang malaun-malaun ni dok tanya bila nak next step. Mean invest RM28k untuk menjadi AF. Masa tu aku tengah gile positif, balik kg nak fight ngan parents dan sedara mara. Masa ni lah family aku tentang habis-habisan, masa ni aku rasa marah sangt dengan family aku sebab diorang tak nak tolong aku. aku balik kl dengan tangan kosong. masa tu aku kena perli kena hina dengan upline. Konon aku tak buat dengan hati, hati aku tak bersih, aku selfish dan mcm-mcm lagi. aku just pekak kan telinga dan keep buat. Dalam masa dua bulan aku join aku berjaya tarik 3 orang untuk join bawah aku dan sekarang sorang bawah aku dah AF. Dia kawan baik aku sendiri dan dia marah gile bila aku quit tinggalkn dia. (aku menyesal, tapi tak bleh nk buat apa, andai masa boleh di undur, aku tak kan bawak kawan2 aku join benda alah ni )

Hingga la sampai satu malam, ada satu peristiwa yang betol-betol buat aku buka mata. (Biarlah rahsia peristiwa tu , hehe ). Aku nekad nak quit. Aku lari balik kampung tanpa pengetahuan introducer aku dan kononnya dia risau sebab aku lari balik macamtu je (memang la risau, sebab dia takut org luar brainwash otak aku yang dah dungun dan jadi bodoh macam lembu kena cucuk hidung sejak join scam ni). Masa kat kampung, hampir setiap hari dapat kata-kata semangat dari upline dan kawan-kawan kat one com. Tapi tu sementara je. seminggu pertama. Bila aku takde respon, mereka terus tinggalkan aku, just tinggal kawan aku tu je yg still msg aku (downline aka kawan baik aku).Sebab dia lah aku join balik One com dan datang balik Shah Alam. Tapi sekejap je sebab aku dah tak boleh terima cara dorang, aku jadi sakit hati jer. tapi introducer lagi kuat dok brainwash aku, sebab dia dah tahu aku negatif dah sekarang. Mula-mula kalau tak jumpa, dia selalu jer mesej, tapi sejak aku buat keputusan rasmi nak quit dari group ni langsung dah tak mesej aku, cuma minggu lepas aku yang mesej dia sebab dapat tahu dia masuk hospital. Aku pon tak kisah kalau terputus hubungan terus dengan mereka. Mereka bukan ikhlas kawan dengan kita. Kalau tak percaya cuba tanya mana-mana partner yang dah quit, takde nya mereka nak kawan baik, nak bercakap mesra-mesra macam masa kita bersama team dorang.

kalau nak cerita memang panjang lebar kenangan pahit tapi cukup lah sekadar nak bagi peringatan pada orang lain yang belum join, baru nak join atau yang dah terjoin. Cepat lah quit. tak de faedah pon. Duit, masa dan tenaga anda korbankan tu tak berbaloi pon.

kesimpulannya, ni ringkasan investment yang kena buat kalau nak join :

untuk HM = rm250
untuk IF = rm3400
untuk AF = rm3400 + rm28k
untuk CDF = rm3400 + rm28k dan kena buat 5 downline invest rm28k
untuk DF = rm3400 + rm28k dan kena ada 13 downline yg invest rm28k

Untuk dapatkan balik duit-duit yang korang invest, korang kena tarik org join MLM ni, untuk DF korang fikir lah berapa ramai org yg korang kena tipu. So beware, dan fikir banyak kali, banyak lagi benda lain yang boleh bagi keuntungan.

Kalau korang tak kuat mental, jangan sesekali masuk dalam lubuk mereka, nanti korang akan dipsiko oleh mereka sebagai mana aku kena dulu, rugi rm3.4K. Mereka semua tu cakap je gebang, konon hebat tapi semua tak berduit pon. Aku penah naik dengan sorang partner ni, cakap berdegar-degar. Last-last nk isi minyak mintak duit dengan aku, konon duit dia tak masuk lagi. Nak tipu aku, tak nak mengaku dia stuck, hidup nak makan pon fight dengan org, nak makan berhutang. huh.... dorang tu pakai je smart, kasut kilat , poket kosong. Tak pecaya tgok la masa dorang mkn, yg dorang reti order roti canai kosong je. hahaha..

Cuma kat sini aku nak tegaskan, produk mereka bagus sgt sebab aku yang ada masalah period pain, dah hilang sakit lepas guna treatment ni. Produk bgus tapi syg bila di MLM kan, ni lah jadinya.. So kepada anda di luar sana, jauhi MLM untuk kesejahteraan hidup anda. Elakkan diri anda di selubungi hutang . Nak buat bisnes tak salah, tapi biar ukur baju di badan sendiri. Buat bisnes ikut kemampuan :)

Ni gambar masa 1bc yang kedua aku attend. tapi semua yang dalam pic ni dah quit, just tinggal yang kental je walau dah stuck berbulan-bulan. Dari ramai-ramai, just 4 orang je yang masih stay.
p/s : takpe lah untuk yang bermati-matian sokong MLM, aku doakan korang berjaya. Boleh beli kete besar-besar, rumah besar-besar dan hidup mewah sampai akhir hayat. 



Friday, April 26, 2013

KAWAN jadi MUSUH...

Normal kan..?? dari kawan bertukar jadi musuh... musuh dalam diam... :)

persahabatan boleh bertukar jadi percintaan.. TAPI....
percintaan tu tak kan pernah berubah jadi persahabatan... trust me.. mungkin ada tapi 0.01% sahaja..

kenapa ?

kita kenal dah lama....
saling mengenali jugak cukup lama....
tapi kenapa kerana dua tahun yang "manis" tu.. ubah perhubungan kita menjadi pahit...??
sepahit-pahitnya..!!

salah siapa, salah di mana... bukan persoalan kat sini...
Yang jadi persoalan.. tak ada ke rasa sayang pada persahabatan kita...?? kita bukan sekadar berteman.. tapi bersahabat baik... terlalu baik.. hingga bertukar menjadi sebaliknya...

Andai tahu, percintaan itu akan memusnahkan persahabatan kita.. sumpah!! aku tak terima lamaran itu.. :(
cinta itu "membunuh" persahabatan kita...

Kenangan di alam percintaan boleh di lupakan.. in sha Allah.. tapi kenangan persahabatan kita terlalu susah nk buang... sebab kau tu sahabat aku... sahabat yang sangat bernilai.. yang aku sayang... 

nilai sahabat bagi aku bukan terlalu rendah, boleh di pijak, disepak teranjang, di tolak ke sana ke sini.. persahabatan kita bagi aku.. terlalu istimewa.. yang perlu kita ikat, simpul mati sebagai mana janji kita dulu.. janji sebagai sahabat yang akan bersama walau ape yang berlaku... tapi janji kekal janji.... semua org boleh berjanji tapi tidak semua akan tepati.. * senyum jer *

kita dulu..
dari kawan, menjadi sahabat...
dari sahabat, menjadi sahabat baik...
cuma silapnya kita...
dari sahabat baik berubah menjadi cinta... * tu kesilapan paling besar pernah kita buat*..
dari kekasih berubah menjadi MUSUH...

satu perkara yang aku tak pernah bayang kan... sebelum ini!!

aku sedih.. taknak taip lagi.. k bai

Friday, April 5, 2013

BULAN MAKIN CERAH

wah.. rasanya semua dah tahu.. bahang PRU makin terasa panas.. sana sini boleh tengok bulan cerah menerangi alam... haha... 

Dekat sini bukan Nurul nak menyebelahi mana-mana pihak.. pihak kerajaan mahupun pembangkang.. ops!! Nurul lebih suka gantikan nama parti pembangkang tu sebagai parti penasihat.. ye lah.. jika kerajaan buat silap, parti penasihat ni akan bagi nasihat.. tu sebabnya parti ini wujud.. bukan untuk membangkang semata-mata tapi untuk memberi teguran.. Manusia kan mudah lupa...

Nurul di sini bukan sebagai pro kerajaan bukan jugak sebagai pro penasihat * baca dengan sebutan pembangkang *.. tapi buat masa ni Nurul sebagai pemerhati.. masih memerhati, menilai dan menganalisa.. pemimpin yang mcm mana yang layak di angkat sebagai pemimpin.. pemimpin mana yang perlu kita sanjung..   

adakah pemimpin yang zalim?

# akan ada yang kata.. apa lagi yang kamu nak? tak cukup lagi ke negara kita dah aman damai? *persoalan saya, aman ke negara kita??

#akan ada yang tanya, " suka hati kau kata kerajaan zalim.. kerajaan pernah ke peras ugut kau.. kerajaan pernah ke bunuh ahli keluarga kau ? 

darling.. meh sini nak terangkan.. ape yang kau paham maksud zalim? zalim itu adalah " tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya".. zalim tu bukan saja dia penggal leher baru kata zalim, dia tikam perut baru kata zalim.. tapi kalau dia * baca dengan sebutan pemimpin* tak jalankan tangungjawab atau amanah seperti yang di amanah kan.. itu termasuk dalam orang-orang yang menzalimi rakyatnya sendiri... 

atau memilih pemimpin yang hendak tegakkan kebenaran??

semua di tangan anda.. tepuk dada, tanya iman.. Ingat.. undi anda akan di soal di akhirat kelak.. 

Yang manis itu perjuangan, 
Yang pahit itu angan-angan,
Yang kuat itu kebenaran,
Yang lemah itu kebatilan,
Tertegak itu islam,
Yang runtuh itu kezaliman....

credit : ustaz Zawawi Abu Hasan

 Kebenaran akan dapat menewaskan kebatilan... ingat lah!! tak selamanya kita di dunia ni.. :)

Nurul bukan pembangkang okey.. cuma luah ape yg ada dlm hati.. tapi kali ni nak letak BULAN sikit kat sini.. nak kasi cerah sikit blog yang suram ni.. hehe

kreatif kan... comel lak tu.. cerah kan blog saya okey..dengan cahaya awak, bulan!! hehe

ni idola saya... senyuman beliau mampu bagi ketenangan.. sayang sgt pada beliau.. semoga Allah swt terus memberi kesihatan kepada beliau...

p/s ~sekali lagi Nurul pesan.. Nurul bukan pembangkang.. Nurul cuma seorang rakyat yang inginkan pemimpin yang ingin memartabatkan dan memperjuangkan islam.. bukan yang memperjuangkan bangsa!!


BUDI BAHASA TU PENTING..

"Jom.. g print banner... lambat sangat takut tak sempat... pastu nak print report sekali " kata aku perlahan kepada Fatin... masa tu memang tengah busy dan kalut ribut dengan persiapan untuk persembahan projek akhir. Tanpa lengah masa, terus kami pecut motor ke kedai yang berdekatan... 

sampai jer dekat kedai berdekatan, kami terus panjat tangga naik atas... kebetulan kedai tu kat tingkat atas... 
"Assalamualaikum.... ", lembut plak rasa suara aku bagi salam.. mentang-mentang abg yang jaga kedai tu bleh tahan segak nya... tapi aku betul-betul ikhlas bagi salam tu... hehe.. " abg, boleh print" tanya aku... mcm bahlol kan.. da nama kedai print, tak kan dia nak jual nasi lemak pulak....

abg tu senyum je, pastu angguk-angguk kepala... bisu rupanya.. tu persepsi awal aku pada beliau.... haha
kawan aku senyap je.. aku pon teruskan lah kerja nk print tu.. pilih-pilih, edit-edit dan sebagainya.. abg tu senyap je... aku pon hairan jugak kenapa owner kedai tu ambik that guy kerja.. pemalas nk layan pelanggan... owner kedai tu peramah, mcm bertentangan pulak... haha.. sekali lagi aku panggil dia.. " abg, mcm mana ni?? sy nk print tak bleh... dia dtg just tunjuk-tunjuk je.. sekali lagi aku bermonolog... sah bisu!!! haha... 

abes jer print.. aku nk print banner.. dah tu dia pon kata, tak boleh amik sekarang.. kena amik petang ni.... aku punya la terkejut.. sebab ape taw... dia tak bisu rupanya.. haha.. then dia kata tinggal no hp la.. nanti sy contact... member aku bg je lah no.. then dia kata, sy bg harga dekat awak rm1.20 satu kaki untuk banner ni.. semua 6 kaki, jadi rm7.20.. wah.. murah.. apa lagi setuju la tggal kat situ...

tapi sekarang bukan aku nk citer pasal abg tu.. tapi pasal sorg mangkuk hayun ni...masalah kat kedai tu.. takde mesin potostat, jadi terpaksalah aku menapak ke kedai bersebelahan di tingkat bawah.. * kalau tingkat bawah bersebelahan ke??? hahaha...

nak jadi cerita, aku nk potostat pemplet.. amik kertas dalam 25keping.. ye ar.. mungkin aku silap.. amik terlalu banyak kertas.. then potostat lagi.. tapi tak boleh ke dia ckp elok siket... dah siap semua tu, dia ckp semua sekali rm7.20. aku tanya je lah.. nak kepastian.. ni kira harga mcm mana?? 

taw dia jawab ape..?? habes nak free..?? harga kertas tak nak kira?? harga potostat tak kira?? .. perghh.. menyirap darah aku masa tu... geram sgt.. rasa mcm nak bagi kaki jer.. aku pon ape lagi.. terus ckp..

" HOI ABG, BIAR MUKA TAK HENSEM TAPI ADA BUDI BAHASA, NI DAH LA MUKA PECAH RUMAH, BUDI BAHASA PON TAKDE.. MEMANG PATUT DAH TUA GANYUT PON TAKDE SAPE NAK" ....... 


tapi sygnya aku cakap dalam HATI... "mangkuk hayun" tu tak dengar.. dan itu adalah kali terakhir aku pergi kedai tu.. aku tak kan pergi dah... langsung xdak budi bahasa..sape aku nk salah kan?? mak ayah dia?? huh!!!

p/s ~ biar muka tak hensem tapi tak menyakitkan hati.

Wednesday, March 27, 2013

Untuk Awak..

Biarlah... malam ni Nurul nak jiwang-jiwang siket.. lama dah tak bermadah pujangga..sejak hati kering ni.. hehe..

Awak, 
saya tak kisah pon sebenarnya kalau awak ada girl lain... yang saya kisah sebab awak kata masih sayang kan saya!!

Awak,
saya tak kisah pon awak tunjuk awak dah tak pedulikan saya, yang saya kisah bila awak amik tahu pasal saya melalui kawan saya.. ( kenapa awak?? )..

Awak,
saya tak kisah pon awak nk mesra-mesra ngan "org tu"... yg saya kisah bila awak sengaja nk tunjuk kat saya.. :(

Awak,
Dulu saya tak kisah, bila semua org benci saya, yang saya kisah bila awak mula meragui saya!!!

Awak,
Sumpah saya tak kisah kalau awak betul-betul nk pergi dari hidup saya, tapi yang saya kisah bila awak tak nak cakap yang awak benci saya... :(

Awak... tolong awak.. tolong bencikan saya sepenuh hati awak.. tu jer salah satu cara untuk saya "benci" kan awak.. 

Awak.. tolong jangan cakap yg awak sayang kan saya.. sebab tu buat saya susah nak lupa awak.. :(

saya tahu, mencintai tak semestinya memiliki, sebab bahagia yang sebenarnya bukanlah memiliki apa yang dicintai tapi mencintai apa yang dimiliki..

kali ini bukan saya datang menagih simpati, apatah lagi nak mengemis kasih .. yang saya nak katakan di sini, saya sudah berputus asa.. mungkin awak akan kata, saya cepat mengalah.. awak SALAH sebenarnya.. "saya tak pernah mengalah, cuma awak yang tak pernah berjuang" ( pinjam ayat aku terima nikahnya .. jap.. hehe  )

untuk kali ini, saya akan betul-betul "lepaskan" awak pergi.. jangan tanya kenapa ?? jika saya tak berpaling lagi.. sesuatu yang berharga hanya datang sekali seumur hidup.. ia tak kan berulang untuk kedua kalinya.. :)

Jika awak ada membaca.. saya harap awak akan memahami keadaan saya!!
Pergi saya bukan kerana benci,
Tapi pergi saya membawa diri...diri yang tak di hargai.. :(

Untuk segalanya.. terima kasih, biar saya buka lembaran baru dalam hidup saya dan satu permintaan saya.. pulangkan balik HATI saya yang awak SIMPAN dulu.. mungkin in future.. akan ada yang sudi menerima :)



Tuesday, March 12, 2013

Monolog Seorang Wanita :)

Seseorang mengetuk pintu..ketukan yang lembut berdesis di telinga, menggegar jantung menusuk ke hati. Ada tamu nampaknya. kududuk terfikir, perlukah ku buka pintu dan silakan tamu ini masuk?? Teratak ini pernah menerima tamu, tapi tamu itu menyakitkan si tuan rumah. Tamu yang diimpikan untuk berkongsi pengalaman manis, hilai tawa dan air mata suka duka. Rupanya dia adalah tamu yang membawa tuba. Tamu yang meracun seluruh pelusuk teratak. Sehingga aku terfikir banyak kali untuk menerima tamu di teratak ini lagi..

Dugaan apakah yang melanda jika si tamu ini terus menerus mengetuk pintu tanpa sedikit pon memikirkan si tuan rumah yang masih bersabung nyawa menahan derita. Derita yang pernah di tinggalkan pergi tanpa belas kasihan. Adakah kehadirannya hanya untuk menambah duka ? atau kehadirannya permainan semata ? Perit, sakit dan pedih tak mampu di gambarkan dengan kata-kata, andai ku terima bimbang luka lama berdarah kembali, bimbang teratak ini akan bersedih lagi.. 

Ketukan bertalu-talu, memaksa aku untuk menerima kehadirannya. Mungkin sebagai musafir sahaja yang hanya berhenti singgah menahan lelah ?? atau ini adalah persinggahan terakhirnya ? Aku cuba menerima tamu ini dengan hati yang terbuka. Luka lama aku simpan sebagai lipatan kenangan, aku ubat dengan senyumannya. Bertahan... ya mampu bertahan.. semakin hari, luka itu semakin sembuh.. yang tinggal hanya parut dan kesan yang akan aku ingati sampai ke hujung nyawa.. Tamu ini berjiwa kental, sangat penyayang dan amat menyentuh perasaan aku. Kunci yang selama ini aku simpan kemas, dengan rela hati aku serahkan padanya. Dengan rela aku berkongsi teratak ini bersamanya tanpa aku sedar.. Hadirnya sekadar melepaskan lelah setelah penat berjalan mengelilingi dunia.. rupanya aku sekadar persinggahan ketika dia mencari sekuntum bunga. Dan akhirnya, aku di tinggalkan dengan luka yang kembali berdarah. Dan kali ini.. luka ini terlalu sakit sehingga tidak tertanggung lagi.. Dia pergi tanpa menyerahkan kembali kunci itu, dan kemungkinan dia akan kembali lagi??

Adakah kembalinya dia, aku akan sambut dengan hati terbuka..? bahagia kah aku..??? 
bahagia itu pilihan.. tetapi aku masih memilih derita.. kerana sayang! kerana terlalu sayang membuatkan diri kelihatan teramat bodoh. 

p/s ~ haha.. kuat sgt baca novel.. ni la kesan dia.. heeee 

Happy Birthday..

Happy Birthday!! semua orang akan sambut hari lahir masing-masing sekali setiap tahun.. masa tu rasa best dan hepi sangat sebab ramai org yang akan wish dan doakan yang baik-baik utk kita.. x kira yang kenal atau pon tak kenal.. tapi ape yg Nurul tengok lah... ramai yang wish birthday ni hanya sekadar wish sahaja.. mcm contoh. kalau dekat facebook.. kita remind kita punya birthday.. org akan tahu birthday kita.. jadi org akan wish walaupon tak kenal kita.. masa tu, kalau buka facebook, notification memg berlambak la.. wishes dari friend semua kan.. tapi mcm tak de makna kalau buka notification :

Siti post at your wall :

hb

Ahmad post at your wall :

hb 

Ali post at your wall :

hb

dan bla bla... sehingga menjangkau ratusan org post " hb" kat wall kita.. yup.. betul lah tu wish hepi besday tapi mcm takde makna.. kita nak berterima kasih pon.. mcm terfikir.. utk ape..?? dan dalam banyak-banyak wish tu..ada sekeping post dari Mark Zuckerberg.

Mark Zuckerberg post at your wall :

hepi besday.. May Allah Bless u forever..

* hahaha... mcm tak boleh blah.. beliau yg wish mcm tu.. tu for d example la kan..??

sebenarnya sekeping post mcm tu .. lagi bermakna dari beribu-ribu post yang sekadar taip "hb"... mcm sekadar wish tanpa mendoakan ape-ape yang terbaik untuk kita.. tu saja wish sebab fb tlg remind kan.. kalau tak. haram nk wish kan...?? heeee... 

tu pada pandangan Nurul la.. mungkin org lain fikir lain.. setiap org ada pendapat yang berbeza. tapi pada Nurul.. kenal atau pon tak org tu.. Nurul akan doa yng terbaik utk dia.. bukan sekadar taip "hb" seperti yang org lain selalu buat...  :)

sumber: Encik Google

p/s ~ pada sesape yang lahir bulan 3.. Nurul nk ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga terus jadi insan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat :)

Sunday, March 10, 2013

MUET oh MUET....

Assalamualaikum... 

Lama sangat rasanya Nurul tak update blog ni.. rasa mcm dah bersawang bila langkah masuk dalam ni.. sejak akhir-akhir ni memang agak busy.. terlampau busy dengan kerja yang tak abes-abes.. lagipon 2 hari yang lepas Nurul baru je lepas amik muet.. sape yang tak tahu ape tu muet..? heee... muet ni adalah Malaysia University English Test.. muet ni benda yg kita wajib amik untuk masuk U.. bila kata benda ni wajib.. so no excuse la walau someone tu anak raja.. * betul ke..? haha.. tak tahu la..sebab tak pernah jadi anak raja.. pernah jadi gf anak raja jer.. *.. hik3

straight to the point.. dari Nurul dok melalut ckp bnda yg tak berfaedah... heeeee.... masa Nurul g jawab muet..sumpah tak de preparation langsung.. so Nurul tak mengharap dapat result yang bagus walau dlm hati nk jugak result yg bagus kan.. tapi apakan daya usaha tu rasa kurang!! Sumpah Nurul tak tipu.. mula-mula daftar muet..letak dah target dalam hati nak dapatkan the best result.. tapi bila ada masalah dalam pendaftran muet ..semangat yang berkobar-kobar tu terus padam bagai api di simpah air... haha... so bila timbul masalah mcm tu... kelas pon Nurul tak amik.. tapi OMG.. seminggu nak test muet.. member bising-bising cakap slip muet dah keluar..so Nurul pon check la.. nama Nurul pon ada.. masa tu.. memang kosong...takde pape dalam kepala ni... blurrr... pergi jumpa lect and then dia bagi pinjam buku.. balik tu pulun la study untuk speaking test pada 27hb.. tapi nasib la kan.. Nurul memang di lahirkan dekat Malaysia, di besarkan pon di malaysia.. jadi English Nurul masa speaking test tu memang melayu sangat.. English melayu... hahaha.. tapi okey la kan ..dari tak bercakap langsung!!.setel speaking.. balik la dengan tenang.. tuggu the killer day.. 9hb..

untuk next test pon.. Nurul tak study sgt..sebab blurr.. just baca buku tanpa guide dari lect.. memang betul-betul ikut buku la...sumpah jadi anak murid buku... hahaha... study punya study * padahal siket jer study *.. heeee.... pagi 9hb tu.. berjalan kaki nak pergi amik test.. mula dengan reading test.. tunggu lama dekat depan lab bahasa.. satu muka pon Nurul tak kenal.. rupanya dah salah pusat.. nasib baik, Nurul msg kawan.. kawan bgtaw.. Nurul punya pusat test dekat bilik kuliah... berlari lah dengan sopan ke bilik kuliah..smpai tu pengawas tengah bagi kertas.. terus masuk.. nasib baik cepat..!! kawan nurul lagi teruk.. punya la kalut.. masuk bilik exam tu.. sepatutnya kena bawak ic tapi dia bawak masuk kad bank islam... sumpah lucu... hahahaha....

reading test 90minit.. tapi bapak dia payah soalan... soalan siket je.. essay yg dia bagi giler panjang.. jenuh nak cari jawapan... tapi jawab jugak lah.. yang tak paham atau tak sempat masa.. nurul tembak jer.. dah siap sedia ngan peluru berpandu... hahaha.. second test pula writing test.. masa yang di beri pon sama.. 90 minit... yang writing ni.. punya la menulis banyak.. * konon lah.. * minta nya betul lah..walaupon Nurul sendiri rasa grammar tu tunggang langgang.. kakinya naik dok atas.. kepala lak kat bawah!! haha ... untuk writing test ni.. simple jer.. dia bagi 2 soalan.. satu buat summary berdasarkan graph yang diberi dan satu lagi bebas.. Tajuk yang di beri "Man's careless atitude is the main cause to destruction the environment".. lbh kurang mcm tu lah... Nurul rasa bleh buat la.. walau tak excellent sgt... heee..

the last  is listening test.. ya Allah.. yg ni sumpah nak nangis.. mat saleh yang bercakap.. Nurul ni org melayu yang makan budu + sambal belacan ni memang 99.9 % blur lah.. yang listening test ni Nurul tak bleh skor langsung dan Nurul tggl satu soalan sebab tak dengar jawapan dia... hehe...masa listening test tu rasa nak tukar telinga ngan gajah.. bagi lebar.. mudah siket bak dengar... hehe.... tapi memang hampeh la utk last test ni...

conclusionnya : Nurul rasa down sgt dan tak yakin dapat the best result.. Nurul anggap ni cubaan dan ujian syarat untuk smbung degree nanti.. insyaAllah... kalau Nurul dapat result yang okey.. Nurul syukur sangat pada Allah.. tapi kalau Nurul dapat result yang teruk.. Nurul tetap syukur pada Allah, DIA yang maha mengetahui setiap apa yg berlaku.. kalau result tu teruk sgt..Nurul akan amik lagi sekali dekat uni nanti... :)


Sunday, February 24, 2013

Aku Bukan Pencuri.

Siyesly.. ni kali pertama dalam hidup Nurul dan berharap ni lah yang terakhir.. sangat memalukan jika di fikir kan balik... semalam Nurul pergi cari baju, dah kehabisan baju nak pakai.. baju t lengan panjang semua tggal kat kg. bawak datang sini yang seksi-seksi je.. haha.. nak di jadikan citer, pergi lah cari baju ngan dengan sorang kawan.. tengah best pilih baju, ( maklumlah.. masa tu less sampai 70% ...gila tak beli.. rasa cam nak borong satu kedai.. haha.. tapi cepat-cepat istigfar.. nafsu-nafsu.. hehe..) mak Nurul Call... masa tu bising sgt kat area tu.. pergi la jauh sikit, nk angkat hp.. 

Nurul pergi dekat satu sudut.. kat tempat banyak baju tergantung.. dalam 10minit kot ckp dengan mak.. dah habes bercakap..pergi balik nak pilih baju.. tetiba datang sorg jurujual tu.. pandang Nurul pelik jer.. Nurul x perasan langsung masa tu.. kawan Nurul pon sama.. lepas dah puas usha dari jauh tu.. then dia dtg dekat Nurul tanya, nk bawak pegi mana tu..?? sambil tunjuk dalam beg Nurul.. terus Nurul kalih belakang tengok beg.. Ya Allah.. masa tu rasa cam semua darah naik kat muka... malu.. tak tahu nak cakap ape.. mcm mana penyangkut baju tu boleh masuk dalam beg.. Nurul tak perasan langsung.. ( separuh dok dalam beg, separuh dok luar beg )..

Dia dah tengok Nurul mcm pelik dah.. ingat Nurul nak mencuri.. terus terang Nurul ckp.. kalau nk mencuri, tak de nya Nurul letak mcm tu je.. mesti simpan elok-elok... tapi masa tu memang tak tahu nak fikir ape dah.. dia pon masih dok usha-usha ngan mata pelik.. geram pon ada.. terus Nurul cakap ngan dia.." saya tak ambik ape-ape pon.. sungguh.. tak percaya boleh cek sendiri.. sy pon tak tahu mcm mane hanger boleh masuk dalam beg "... 

dia diam tak cakap ape.. tapi time dk pilih baju.. memang dia dok tengok la.. last-last amik baju satu terus bayar then blah dari situ.. masa tu bengang sikit ar.. sebelum keluar tu, 2 3 kali tanya kawan tu dan suruh dia cek beg Nurul, risau takut ada benda len dlm beg... huhu

~ first time dalam hidup, jadi mcm ni.. siyesly sgt memalukan..21 tahun hidup atas muka bumi ni.. Nurul tak pernah panjang tangan nk ambik barang sape-sape, tuan dia memang tak nampak, tapi Allah nampak........  so sebagai pengajaran..sape-sape yang nak keluar beli belah dekat area yg ramai org.. sila pastikan hand beg anda sentiasa di zip atau dengan kata lain tutup dengan sebaiknya.. sebab kita tak tahu isi hati org.. baik ke buruk.. so sebagai langkah berjaga-jaga... kena berhati-hati dari awal.. jangan sudah terhantuk baru terngadah... :)


Thursday, January 31, 2013

M.A.A.F

M.A.A.F satu perkataan yang hanya mengandungi empat huruf sahaja. Mudah ditulis senang di sebut tapi sangat sukar di lafazkan bila melakukan sesuatu kesalahan.. kenapa? dan mengapa..???

memaafkan seseorang boleh dikatogerikan kepada dua.. ( wah, dah mcm jawab exam lak.. haha.. )

  1. memaafkan dengan ikhlas
  2. memaafkan kerana terpaksa
Memaafkan dengan ikhlas
  • seiring dengan perkataan maaf dari mulut kita, secara tak langsung kita terus melupakan salah seseorang itu kepada kita malahan kita boleh berbaik dengan dia tanpa sebarang masalah, tanpa sebarang syak wasangka tanpa sebarang tanpa kutuk mengutuk dalam hati.. hehe
  • selalu orang kata, memaafkan pasti akan melupakan, tapi melupakan tak semestinya memaafkan... 
Memaafkan kerana terpaksa
  • memaafkan kerana terpaksa. nurul yakin sangat ramai yang berada dalam situasi ini. Nurul pon x terkecuali.. memang terlalu sukar, teramat sukar dan tersangatlah payah nak cari keihklasan dalam hati sendiri. JUJUR nurul katakan, hanya orang yang betul-betul berhati mulia sahaja yang mampu memberi kemaafan dengan penuh keihklasan.
  • memaafkan secara terpaksa bermaksud memberi kemaafan kepada seseorang kerana beberapa faktor. Antaranya adalah sebab desakan dari kawan atau sesape sahaja, sebab tak nak panjangkan masalah yang kecik, dan banyak lagi lah sebab yang ada dalam diri korang yang korang sendiri perlu tanya diri masing-masing.
  • mcm mana kita nak tahu kita memaafkan secara terpaksa adalah, apabila kita beri kemaafan pada seseorang tapi hati kita masih mengungkit, hati kita masih "mengumpatkan" dia dan kita tak tenang walaupon sudah memberi kemaafan.
Tapi jika kita yang memulakan sesuatu kesalahan, tak salah rasanya kalau kita mohon kemaafan sebab org yang mengalah tak bererti orang tu salah tapi orang yang mengalah ini adalah orang yang matang. Mungkin ada yang bertanya, mcm mana kalau kita dah mintak maaf tapi tak di beri kemaafan.. sila JANGAN risau. Syeikh Abdul Muhsin Al Ubaikan berkata “Jika anda telah mengerahkan berbagai daya upaya untuk berdamai dengannya maka anda insya Allah mendapat pahala sedangkan dialah yang malah berdosa”.

nah, kita dah nampak di situ bukan? tak rugi jika kita meminta maaf.. tapi benda ni selalu menjadi masalah kepada Nurul yang ego ni.. terlalu sukar nak rendah kan ego utk meminta maaf dengan org jika tak bersalah ( konon niat nak mengalah.. ).. kalau nurul salah pon, still sukar nak minta maaf.. Itu Nurul yang sebenar.. tengah berusaha untuk berubah kearah yang lbh baik.. mudahan di lembutkan hati ini.. amin...

wassalam... :)


Thursday, January 24, 2013

Segmen Khas : Islam itu Indah

Sesungguhnya agama islam itu mudah dan sederhana.. :)

Assalamulaikum...

sempena sambutan Maulidur Rasul ni, Nurul join satu segmen khas dari blog Fizgrafic.. sape-sape nak join bleh klik banner kat bawah ni.. 


Daripada dok google benda bukan-bukan, meh sini pakat-pakat jawab soklan kat bawah ni.. simple je kan... kalu tak tahu, leh pakat-pakat google..ada gak mafaat guna internet kan..? hehe.. okey.. 

Senaraikan rukun islam 
  • mengucap dua kalimah syahadah.
  • sembahayang lima waktu sehari semalam
  • berpuasa dibulan ramadhan
  • menunaikan zakat
  • mengerjakan haji bagi yang mampu
Senaraikan rukun iman
  • beriman kepada Allah s.w.t
  • beriman kepada malaikat
  • beriman kepada Rasul
  • beriman kepada kitab-kitab
  • beriman kepada qada dan qadar
  • beriman kepada hari kiamat 
Berapakah ayat dalam al-quran?
  • Al-quran ada sebanyak 6236 ayat. 
Bila Al-quran diturunkan?
  • Pada 17 Ramadhan.
Berapa surah dalam Al-quran ?
  • Al-quran terdiri daripada 114 surah.
Surah apa paling teragung dalam al-quran ?
  • Surah al-fatihah


Alhamdulillah..dapat jawab semua soalan diatas, walau ada setengah tu Nurul google sebab konpius. Semoga kita semua mendapat mafaat. :)