Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Saturday, September 6, 2014

Kebodohan Merosakkan Diri Tapi ada Hikmahnya..

Hai,

Aku tahu ramai yang dah jadi mangsa dan aku sebagai org yg pernah jd mangsa.. rasa bertanggungjwb utk tlg org lain dr terjebak.. sbb tu lah aku cuba jugak tulis citer ni kat blog.

Aku dah citer pasal pengalaman aku kena tipu sampai melayang 3.4k kat SINI. Bukan saja aku yang di tipu, tapi beratus ratus org samada yang berkerja mahupun student yang telah di manipulasikan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Tapi untuk kali ini, aku bukan nak menulis pasal elife lagi, bukan nak cerita pasal keburukan komuniti ini lagi tapi sekarang aku nak cerita tentang hikmah aku terjebak dalam MLM ni. Ye, seperti yang kita tahu, dalam hidup kita tiada perkara yang berlaku sia-sia. Samada cepat atau lambat pasti ada kebaikan dia.

Selepas je aku quit dari MLM ni, aku rasa hidup ni tak guna sangat. Susahkan family, hilang kepercayaan kawan, duit memang kering tak payah cakap lah. Kawan yang aku anggap mcm keluarga dlm komuniti tu. konon lah yang akan bantu susah senang, terus block aku kat fb, remove friend dekat bbm dan mcm-mcm lah. Konon sebab nak avoid orang negetif mcm aku tapi ada aku kesah ??? hahaha

Btw, lepas semua ni berlaku, alhamdulillah.. ramai ex partner dari MLM ni jadi kawan aku. Kawan yang betul-betul kawan, bukan kawan kerana PV.

Cuma ada orang bertanyakan aku, mcm mana nak lupakan kisah pahit diorang dekat komuniti tu. Bagi aku, mudah jer. Terima semua benda tu sebagai suratan takdir dan cuba redha. Memang akan rasa sakit hati dengan orang yang bawak kita, tapi cuba fikir dari sudut lain, mereka juga sama seperti kita. di tipu dan terpaksa memanipulasikan orang lain untuk penuhi kehendak leader dan untuk poket yang makin kering.

Sama macam aku dulu, bila quit je. Rasa marah membuak buak pada orang yang memperkenalkan aku dengan benda bodoh ni. Tapi bila fikir balik, aku jugak salah kerana benarkan diri diperbodohkan. Di tipu dan diperguna. 

Sewaktu ketika dulu, aku sering gak ketawa gelak sensorg tapi dalam masa yang sama aku menangis. Menangis sebab pernah buat keluarga aku sedih especially my mum. Macam-macam benda yang aku cuba buat dulu untuk lupakan kisah menyakitkan ni dan alhamdulillah sekarang aku dah boleh terima kenyataan yang aku ni bodoh dan senang di tipu. HAHAHA.

kat sini aku nak bagi sedikit tips lah, * tips sgt *. pada partner yang baru quit terutama AF.. aku tahu korang stress tapi cubalah jalani kehidupan seperti biasa dan cuba lakukan something yang boleh happykan hati korang. Macam aku, untuk aku sendiri, aku cuma perlukan cermin untuk belajar lupakan sesuatu. Dan tu cara aku dari dulu dan setiap orang mesti ada cara mereka tersendiri.

Lepaskan dan terima hakikat...
Mirror make me feeling better.
Just be yourself.


No comments:

Post a Comment