Okey, 20 perkara tentang aku. Teringin nak buat bila ramai pakaiS buat and tag kawan-kawan suruh buat sama.
Okey, here we go.....
- Manusia yang paling eksited bila dapat jumpa Syeikh Muzaffar Syukor, angkasawan negara masa umur 17 tahun di MRSM Kuala Krai.
- Cepat marah dan sentap tapi mudah di pujuk.
- Masa kecik pernah bercita-cita nak jadi power rangers pink. Selalu follow cerita power rangers kat tv2.
- Nama betul Nurul Jannah, nama komersial Puteri Sunan. hahaha
- Suka bercakap sorang-sorang depan cermin.
- Selalu berangan nak jadi isteri Saifudin a.k.a Laksamana Sunan. Hanya peminat setia RAM saja yang tahu tentang Sunan. heeeee
- Relate dengan fakta di no 6, pernah menangis semasa baca novel RAM yang mana part Laksamana Sunan menikahi Ratna Sang Ratu. Menangis kerana cemburu.
- Boleh tido lebih dari 12 jam sehari. hehehe
- Kelihatan sombong bagi yang tak mengenali aku, tetapi sangat ramah bila dah selesa bersama.
- Pernah frust 2 bulan kerana putus cinta, sekarang rasa nak bagi kaki kat dia yang dok merayu balik tuh. hahaha
- Perlukan bantal lebih dari satu bila tido malam.
- Suka mandi lama-lama waktu petang.
- Suka berkawan dengan semua orang tapi tidak tahu untuk mulakan perkenalan.
- Suka pemandangan tepi pantai, suasana waktu malam, merenung bulan bintang dan suka bau baby.
- Suka tido dalam panggung wayang even citer yang di tonton tu best.
- Seorang yang kuat cemburu tapi tak nak tunjuk.
- Bila sayangkan seseorang akan betul-betul sayang dan begitu gak sebaliknya.
- Langsung tak minat bola. Walau mostly perempuan kelantan suka tengok bola. * tak paham ape yang di rebutkan sangat dengan sebijik bola tuh * heheheeee
- Kekadang seorang yang manja mengalahkan kucing, kekadang garang mengalahkan rimau.
- Tak suka berkongsi something yang aku syg tapi andai terpaksa aku relakan.
Tu je lah kot.xde lah best sgt sbb bukan retis pon nak hot. hahahaha
k bai
Salam & Selamat Pagi!! Saya new blogger. Salam perkenalan.
ReplyDeletehai salam kenal. tq sudi jenguk blog biasa yang simple nih. :)
Delete