Seseorang mengetuk pintu..ketukan yang lembut berdesis di telinga, menggegar jantung menusuk ke hati. Ada tamu nampaknya. kududuk terfikir, perlukah ku buka pintu dan silakan tamu ini masuk?? Teratak ini pernah menerima tamu, tapi tamu itu menyakitkan si tuan rumah. Tamu yang diimpikan untuk berkongsi pengalaman manis, hilai tawa dan air mata suka duka. Rupanya dia adalah tamu yang membawa tuba. Tamu yang meracun seluruh pelusuk teratak. Sehingga aku terfikir banyak kali untuk menerima tamu di teratak ini lagi..
Dugaan apakah yang melanda jika si tamu ini terus menerus mengetuk pintu tanpa sedikit pon memikirkan si tuan rumah yang masih bersabung nyawa menahan derita. Derita yang pernah di tinggalkan pergi tanpa belas kasihan. Adakah kehadirannya hanya untuk menambah duka ? atau kehadirannya permainan semata ? Perit, sakit dan pedih tak mampu di gambarkan dengan kata-kata, andai ku terima bimbang luka lama berdarah kembali, bimbang teratak ini akan bersedih lagi..
Ketukan bertalu-talu, memaksa aku untuk menerima kehadirannya. Mungkin sebagai musafir sahaja yang hanya berhenti singgah menahan lelah ?? atau ini adalah persinggahan terakhirnya ? Aku cuba menerima tamu ini dengan hati yang terbuka. Luka lama aku simpan sebagai lipatan kenangan, aku ubat dengan senyumannya. Bertahan... ya mampu bertahan.. semakin hari, luka itu semakin sembuh.. yang tinggal hanya parut dan kesan yang akan aku ingati sampai ke hujung nyawa.. Tamu ini berjiwa kental, sangat penyayang dan amat menyentuh perasaan aku. Kunci yang selama ini aku simpan kemas, dengan rela hati aku serahkan padanya. Dengan rela aku berkongsi teratak ini bersamanya tanpa aku sedar.. Hadirnya sekadar melepaskan lelah setelah penat berjalan mengelilingi dunia.. rupanya aku sekadar persinggahan ketika dia mencari sekuntum bunga. Dan akhirnya, aku di tinggalkan dengan luka yang kembali berdarah. Dan kali ini.. luka ini terlalu sakit sehingga tidak tertanggung lagi.. Dia pergi tanpa menyerahkan kembali kunci itu, dan kemungkinan dia akan kembali lagi??
Adakah kembalinya dia, aku akan sambut dengan hati terbuka..? bahagia kah aku..???
bahagia itu pilihan.. tetapi aku masih memilih derita.. kerana sayang! kerana terlalu sayang membuatkan diri kelihatan teramat bodoh.
p/s ~ haha.. kuat sgt baca novel.. ni la kesan dia.. heeee
novel ohh novel !
ReplyDeletehahah...tetiba novel yang disalahkan... haha
Deletesetiap yg berlaku pasti ade hikmahnya...
ReplyDeleteyup... betul tu.. sabar n redha je lah.. heeeeee
Deletehehehehe..penuh perasaan ni. Terketuk juga pintu hati saya untuk menghayatinya..hehe.
ReplyDeletehahaaa... aini.. ni kononnya time frust menonggeng..pastu salahkan novel... hahahaa
Deleteuntonglaaaaa..boleh buat drama pulak.
ReplyDeleteNS : kalau buat drama mesti xde org tgok.. hehehe :P
Delete