Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Thursday, January 31, 2013

M.A.A.F

M.A.A.F satu perkataan yang hanya mengandungi empat huruf sahaja. Mudah ditulis senang di sebut tapi sangat sukar di lafazkan bila melakukan sesuatu kesalahan.. kenapa? dan mengapa..???

memaafkan seseorang boleh dikatogerikan kepada dua.. ( wah, dah mcm jawab exam lak.. haha.. )

  1. memaafkan dengan ikhlas
  2. memaafkan kerana terpaksa
Memaafkan dengan ikhlas
  • seiring dengan perkataan maaf dari mulut kita, secara tak langsung kita terus melupakan salah seseorang itu kepada kita malahan kita boleh berbaik dengan dia tanpa sebarang masalah, tanpa sebarang syak wasangka tanpa sebarang tanpa kutuk mengutuk dalam hati.. hehe
  • selalu orang kata, memaafkan pasti akan melupakan, tapi melupakan tak semestinya memaafkan... 
Memaafkan kerana terpaksa
  • memaafkan kerana terpaksa. nurul yakin sangat ramai yang berada dalam situasi ini. Nurul pon x terkecuali.. memang terlalu sukar, teramat sukar dan tersangatlah payah nak cari keihklasan dalam hati sendiri. JUJUR nurul katakan, hanya orang yang betul-betul berhati mulia sahaja yang mampu memberi kemaafan dengan penuh keihklasan.
  • memaafkan secara terpaksa bermaksud memberi kemaafan kepada seseorang kerana beberapa faktor. Antaranya adalah sebab desakan dari kawan atau sesape sahaja, sebab tak nak panjangkan masalah yang kecik, dan banyak lagi lah sebab yang ada dalam diri korang yang korang sendiri perlu tanya diri masing-masing.
  • mcm mana kita nak tahu kita memaafkan secara terpaksa adalah, apabila kita beri kemaafan pada seseorang tapi hati kita masih mengungkit, hati kita masih "mengumpatkan" dia dan kita tak tenang walaupon sudah memberi kemaafan.
Tapi jika kita yang memulakan sesuatu kesalahan, tak salah rasanya kalau kita mohon kemaafan sebab org yang mengalah tak bererti orang tu salah tapi orang yang mengalah ini adalah orang yang matang. Mungkin ada yang bertanya, mcm mana kalau kita dah mintak maaf tapi tak di beri kemaafan.. sila JANGAN risau. Syeikh Abdul Muhsin Al Ubaikan berkata “Jika anda telah mengerahkan berbagai daya upaya untuk berdamai dengannya maka anda insya Allah mendapat pahala sedangkan dialah yang malah berdosa”.

nah, kita dah nampak di situ bukan? tak rugi jika kita meminta maaf.. tapi benda ni selalu menjadi masalah kepada Nurul yang ego ni.. terlalu sukar nak rendah kan ego utk meminta maaf dengan org jika tak bersalah ( konon niat nak mengalah.. ).. kalau nurul salah pon, still sukar nak minta maaf.. Itu Nurul yang sebenar.. tengah berusaha untuk berubah kearah yang lbh baik.. mudahan di lembutkan hati ini.. amin...

wassalam... :)


2 comments:

  1. Betul..dengan kemaafan pun dapat pahala..dan mana tahu itulah penyebab kita ke syurga kan..Allahhuakbar..Susahnya memberi kemaafan tapi sebuah kemaafan yang diberikan itu terlalu besar dan tidak ternilai harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang paling penting kemAafan yang nak diberi tu biar ikhlas.. :)

      Delete