Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Tuesday, October 30, 2012

dimana ANDA terletak..???


Kadang-kadang aku terpikir juga kenapa aku je yang sibuk nak rapatkan hubungan yang jauh sedangkan org len tak ambik peduli pon…. Aku jer yang kalut nak kembalikan semua kenangan dulu.. orang lain tak ambik kisah pon.. hilang terus mungkin lagi baik… aku tertanya- tanya jugak, murah sangat ke nilai persahabatan bagi mereka sampai boleh melupakan kawan-kawan yang hadir dalam hidup mereka hanya dalam satu saat…?

Mungkin kawan bagi mereka

Diperlukan bila nak mintak pertolongan…

Diperlukan bila inginkan sesuatu….

Diperlukan untuk kepentingan diri sendiri…

Sebab tu bila seseorang kawan tu dah tak diperlukan lagi, senang jer campak tepi dan cari kawan baru… betul apa yang org selalu cari kawan ketawa berlambak-lambak kawan menagis seorang diri.. begitu susah nak mencari kawan yang betul-betul boleh di buat kawan.. jangan fikir kawan yang sentiasa disisi kita bergelak ketawa dengan kita adalah kawan yang akan menghulurkan tangan apabila kita dilanda kesusahan…

Aku percaya, untuk mengenali siapa kawan kita dikala susah.. uji lah mereka dengan kesusahan.. hanya yang betul-betul kawan akan terus bersama kita disaat kita susah..dan kawan seperti ini lah yang layak di gelar sahabat sejati dunia dan akhirat..

So, dimanakah letaknya diri anda sekarang..
Kawan dikala senang ?

Yang hanya hadir disisi teman-teman utk menumpang kesenangan..?

Yang hanya hadir disisi teman-teman jika ada kepentingan..??

Atau anda adalah..

Kawan dikala susah ?

Yang sanggup bersusah payah demi sahabat yang lain..?

yang menyayangi sahabat seperti mana menyayangi diri anda sendiri..?

Yang sanggup menadah telinga mendengar keluhan teman-teman..?

Yang sanggup melakukan semua perkara dengan ikhlas dan tidak mengungkit-ngungkit..??

Di mana kah terletaknya diri anda bergantung kepada diri anda sendiri..?? jangan berharap orang menjadi sahabat kita jika kita tidak terlebih dahulu menjadi sahabat…

.. dalam 10 orang kawan mu. Hanya 5 orang yang menjadi sahabatmu…yang sanggup mendengar keluh-kesahmu, namun hanya 3 orang yang akan sentiasa menolong kamu dalam kesusahan, yang tidak akan meninggalkan mu di saat kamu keseorang, namun begitu hanya seorang saja yang akan betul-betul menjadi sahabat mu yang sejati.. sahabat dunia dan akhirat, sahabat sehingga ke syurga, sahabat yang sentiasa mendoakan kamu, dan sahabat yang menyayangi dirimu sebagaimana dia menyayangi dirinya….

hope kamu, Che Sailiana menjadi salah seorang sahabat saya yang akan memimpin tangan saya ke JANNAH.. :)



2 comments:

  1. hehe.. thanx Nosa Ason.. plis support my blog.. tgah belajar berblogging... hehe

    ReplyDelete