Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Saturday, September 13, 2014

Di sini Bermula....AKu dan UTeM..


Melangkah ke bumi Melaka dengan azam dan tekad yang tinggi. Satu perasaan yang sukar di gambar dengan kata-kata. Menggalas amanat ayah bonda, memegang janji pada si dia. Mampu kah aku ?

1 sept 2014, tepat jam 12.30 tengahari maka rasmilah aku menjadi mahasiswa tahun pertama Fakulti Teknologi Kejuruteraan di UTeM. Bukan kali pertama berjauhan dengan keluarga tapi suasana di sini memberi gambaran yang berbeza. Sesuatu rasa sangat dekat di hati, ye.. dan aku menyukainya.

Melalui minggu haluan siswa atau dengan nama lain minggu orientasi bukan sesuatu yang mudah bagi aku. Bangun pagi seawal 5pagi dikejutkan dengan bunyi siren memang menyakitkan hati. Terpaksa bersarapan seawal 6 pagi sesuatu yang agak menjengkelkan. Apa yang aku tahu, perut aku adalah perut yang paling mengada di Malaysia yang menghadkan bila makanan patut masuk ke dalam perut, bukan mengikut jadual yang para fasi tetapkan. Tetapi orang kata, masuk kandang kambing mengembek masuk kandang lembu menguak, berpegang pada pepatah itu, aku menahan rasa jugak menelan sarapan yang di sediakan walau tidak kena dengan selera pantai timur aku. Hasilnya, perut memulas dan sakit sampai mengganggu kesihatan aku.

Rentetan aku sebagai pelajar junior di MHS UTeM.


Masa nil ah aku kenal dengan kawan aku sekarang. Afifah, Ain dan Leen. Mungkin sebab satu kepala. So kitorang sangat mudah berkawan. Hari kedua kenal dah show off pakwe masing-masing. Opssss.. hahhaha.


 Ain, Fifah, Aku dan Leen

Hari pertama tidak terlalu heavy, just pengenalan dari Fasi berkenaan dengan kawasan dan taklimat berkenaan fasilities di UTeM. Bagi aku, MHS ini lah yang paling sempoi, serius. Aku tak pernah lagi join mana-mana orientasi yang rilex macam ni.

Tak salah aku katakan, even kena bangun seawal pagi tapi masih ada yang datang lewat, mungkin sebab abang dan kakak fasi yang baik hati dan friendly. So ada yang mengambil kesempatan. Program kali ni memang banyak di penuhi dengan slot ceramah sahaja sampai aku naik boring dan mengantuk. Duduk tanpa bergerak dan pasif jugak boleh menyebabkan sel-sel otak tidak berhubung dan boleh menyebabkan aku sangat mengantuk. heheeee

Cuma adalah buat sikit regangan yang bagi hilangkan rasa mengantuk antara yang paling aku suka adalah Shi Shua Shua, tarian Ayumi ( yang paling lelaki suka ), game shark attack ( sampai hilang nafas ) dan banana. 

Hari kedua sampai kelima, semua di penuhi slot ceramah. Mungkin pada pandangan abg dan akak fasi, pelajar yang dah tua tak perlu aktiviti horeey-horeey cukup pengisian ilmiah saja tanpa dia tahu, kami ni umur je tua tapi jiwa muda belia lagi.. hehehee. di pendekkan cerita, semua berakhir pada 5hb Sept dan aku balik ke kolej untuk qada tidur yang tak cukup selama minggu MHS.

Nak menulis aku tak kreatif, nak berpuisi aku tak puitis. So aku letak lah gambar dan biar gambar yang berbicara. ecehhhhhhhhhh.. hahahah. 

ni masa majlis perasmian.
kami semua kena nyanyi lagu Jalur gemilang.
Unexpected, jalur gemilang di kibar dengan cantik sekali. 

taklimat dan taklimat. Kami bosan sebenarnya. hehee



bosan sangat . Ni lah jadinya. 
Selfie.....
untung tak bawak monopod je. hahaha

lepas tu.........

bertuah si Leen, snap budak-budak comel tido. hahaaa
sumpah masa ni penat dan otak tepu sangat. nak hadam taklimat dari pagi sampai malam.
kat kerusi pon lena. hehehe

bangun-bangun, dah abes taklimat.
Selamat Datang Freshie.... 
hahahaha

9 Sept 2014. Bermula hidup aku sebagai siswi yang sebenar-benarnya. Kalut takut cuak attend kelas setelah sekian lama tak menelaah buku dan belajar. Otak berkarat perlu di cair balik. Come on! 

Apa-apa pon, i'm proud to be UTeM student. 
Will fight till the end.

Selamat Menempuhi zaman belajar. Menjadi student adalah saat yang paling indah. 
Terima kasih kepada akak dan abang Fasi yang telah memberikan yang paling terbaik untuk kami si freshie yang naif. 
TQ very Much. 

1 comment:

  1. Wah, blogger UTeM la.. kebetulan terserempak.

    BTW, Selamat Datang. Terima kasih jua untuk segala kerjasama semasa MHS.
    Maaf atas kekurangan.

    p/s: Kalau kami berkuasa, memang tak kan kami buat ceramah punya.Gudluck in UTeM.

    ReplyDelete