Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Thursday, July 12, 2012

TENTANG SUNAN



Assalamualaikum….tentu semua akan tertanya-tanya…kenapa tentang sunan…bukan tentang Dhia…drama yang agak popular di tv3 tuh…so sori lah..aku x minat sgt citer 2…padahal tiap2 petang layan citer tuh…hahaha

Ok..berbalik pada tajuk ni…sape sunan ni?? Kenapa aku minat sgt dengan sunan?? Dia wujud ke?? Sebenarnya yang aku tahu….sunan ni memg ada…ia memg wujud tapi kalu laksamana sunan a.k.a saifudin jalis ni aku x konfem lah kan......hehe….tapi yang aku tahu, sunan ni adalah gelaran yang diberikan pada seseorang yang warak dan alim….yang aku tahu juga..gelaran sunan banyak digunakan dari dulu2 lagi..sebagai contoh sunan ampel, sunan bonong n banyak lagi…

Tapi sunan yang aku nak cerita ni x de langsung kaitan ngan sunan-sunan kat atas ni…sunan ni adalah sunan yang telah ‘dicipta” oleh seorang penulis hebat iaitu Ramli Awang Mursyid..seorang novellis thriller no satu mesia….novel dia memg pergh…terbaik giler….aku nak sentuh cikit pasal sunan…sunan atau nama sebenarnya saifudin jalis adalah seorang hamba Allah yang diangkat sebagai pahlawan di dalam karya beliau. Beliau telah berjaya menghidupkan watak sunan dengan baik sekali sehingga membuatkan ramai wanita-wanita diluar sana yang membaca karya beliau jatuh hati kepada sunan termasuklah aku…hehehe..
Karya sunan beliau yang pertama adalah Bagaikan Puteri. Novel ini mengisahkan haryani dan laksamana sunan jatuh cinta antara satu sama lain.pertemuan dua insan ini dalam satu dimensi diluar jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza…haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang , penuh ranjau dan cabaran membuatkan mereka memendamkan cinta di hati.

Karya sunan beliau yang kedua adalah cinta sang ratu. Ia mengisahkan kesinambungan dari novel pertama yang mana di dalam novel ini, pernikahan antara laksamana sunan dan sang ratu telah berlaku menyebabkan air mata aku mengalir kerana cemburu….hahaha….*  tak releven kan?? Tapi itu reality..aku cemburu sangat dan merasakan sunan itu wujud dan beranggapan Ratna sang ratu telah merampas sunan dari aku…* siapa Ratna sang ratu?? Ratna adalah anak angkat kepada Maharani pulau utara iaitu pemuja taghut terkutuk yang menyekutukan Allah…seterusnya sebagai pewaris tahta Pemerintahan Pulau Utara… pertemuan antara Ratna dan Sunan terjadi apabila Ratna Sang Ratu telah berjaya menewaskan sunan dengan melakukan serangan curi. Namun hati hawanya tiba2 tercuit rasa bersalah membawa kepada penemuannya dengan Sunan dan hidayah Allah telah memasuki hatinya dan menyebabkan Sang Ratu memeluk islam. Semasa dalam proses sunan merawat sihir dari tubuh sang ratu..mereka telah dinikahkan bagi mengelakkan fitnah.

Karya Sunan beliau yang ketiga adalah hijab sang pencipta. Di dalam novel ketiga ini menceritakan sunan telah melangkau masa dari kurun ke15 telah melewati relung masa ke alaf21. Satu perkara yang tak masuk dek akal tapi boleh diterima jika memikirkan nya dengan kekuasa dan kebesaran Allah SWT. Hal ini terjadi apabila Saifudin aka laksamana Sunan telah menjadi buruan org istana setelah beliau “menghantar” Haryani kembali ke alaf21. Saifudin telah mlarikan diri ke gua. Disitulah bermulanya keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk smpai ke alaf 21. Sekali lagi saifudin bertemu dgn haryani dan kisah cinta yang melangkau masa mekar semula. Namun, kejahatan yang sentiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan durjana musuh mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit kembali lagi.

Karya Sunan beliau yang keempat adalah cinta sufi. Di dalam cinta sufi, menceritakan keadaan sunan yang telah kehilangan kudrat sebagai pahlawan setelah melewati relung masa ke alaf21. Kali ini mengisahkan cinta tiga segi antara Luna, Laksamana sunan dan Catalina. Catalina adalah balu kepada Aryas Do Lopo. Setelah kematian suaminya, catalina mencari lelaki “bertanduk dua “  yang hadir di dalam mimpinya. Tanpa di duga, takdir menentukan Laksamana sunan adalah lelaki yang dicari oleh Catalina. Malangnya ketika itu laksamna sunan bukan lagi wirawan.Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, namun dia telah diselamatkan oleh cinta yang di pendam Luna.

Karya kelima beliau adalah sutera bidadari. Di dalam novel ini, saifudin muncul semula dari tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke negeri Atas Angin untuk memburu taghut durjana.Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun sunan terus berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

p/s ~ ini adalah sebahagian dari kisah-kisah sunan. Jika ingin mengenali sunan dengan lebih “rapat” ..silakanlah dapat kan karya-karya beliau di kedai buku berhampiran..* iklan 2 minit…hehehe

2 comments:

  1. Siapa yang tak suka Laksamana Sunan? Sudahlah tampan, bertubuh sasa, mahir bersilat, dan warak. Full package utk wanita-wanita di luar sana. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu.. tapi nak cari yg macam sunan sekarang.. memang satu dalam sejuta lah.. heheheeee

      Delete