Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Saturday, April 7, 2012

OMONG KOSONG


Assalamualaikum…

Malam ni aku tak tahu nak tulis tentang ape…hati aku ni kosong mcm lagu yang najwa latif nyanyi tuh…ntah lah..kadang-kadang aku terasa jugak, buat ape kita sebagai perempuan bukak hati untuk lelaki jika hanya untuk disakiti, jika hanya untuk dikecewakan, jika hanya untuk dipermainkan…tapi aku yakin dan jamin 100% hati wanita adalah sangat lembut dan begitu mudah “dibeli”…bukan maksud aku dibeli dengan wang ringgit tapi jika dibeli dengan kasih sayang walhal hanya kasih sayang yang palsu.
LELAKI MULUT DIHATI, WANITA HATI DI MULUT...

Ye…mungkin aku terlalu muda untuk berbicara tentang hati dan perasaan…*muda ker??hehehe….* tapi orang kata bercakap melalui pengalaman sendiri atau pengalaman sekeliling…aku tak tau nak describe mcm mana hati seorang perempuan, kadang-kadang aku sebagai perempuan pon sukar mengerti….

Jadi aku sebagai perempuan..jugak nak tegaskan pada perempuan-perempuan lain, jgn kerana terlalu percayakan seseorang lelaki hingga sanggup meletakkan maruah ditempat yang paling hina. Orang lelaki sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan apa yang di inginkan even berhabis duit sekali pon….jangan kata lelaki tu betul-betul sukakan kita bila dia pergi jumpa family kita!! Jgn kata lelaki tu sayangkan kita bila dia ikut semua kehendak kita!!...nothing free in the world….takde benda yang dilakukan percuma tanpa bayaran…..jadi kita sebagai perempuan harus berhati-hati dan sentiasa waspada…walaupun sayang pada kekasih simpan 50% curiga padanya…bukan untuk mengurangkan kasih sayang kita tapi untuk persediaan jika kita dikecewakan…..biar masih ada ruang dlm hati kita untuk diubati….

p/s ~ saat hati berduka lara....heheehee

No comments:

Post a Comment