Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Friday, October 31, 2014

REVIEW : SILKYGIRL MOISTURE BALM LIPCOLOR

Hai, hari ni aku nak review satu liptics yang aku rasa sangat cun dan cool warnanya ( eceeehhh, tak menahan ).  Sesuai untuk org yang berkulit cerah or berkulit kusam mcm aku nih..

Semalam, aku berjalan jalan membunuh masa kat Dataran Pahlawan, tetiba terlintas nak masuk Guardian nak cari lipstic. Sebab yang sedia ada dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Singgah la sekejap. Amik masa hampir sejam je untuk cari sebatang liptstic. Alah, biasa la perempuan.. jgn nak mengata aku dalam hati ea… hahahahaha

Akhirnya, lepas pilih punya pilih, aku berkenan la dengan satu lipstic brand silkygirl. Warna dia betol-betol buat aku rasa mcm princes Elsa dalam frozen tuh. Hahaha.. warna dia takde lah semangat sangat, nampak nature je kat bibir adn im falling in love dengan warna tuh heheeeee

pada aku warna ni sgt natura, tak terlalu heavy! mungkin kalau bagi yang berkulit putih melepak boleh amik kaler yang lagi garang or pink yang lebih manja. 
Harga memang tak mahal, mampu milik dan yang penting tahan lama di bibir. Testimoni aku sendiri la, aku pakai tester yang kat kedai tu, then aku balik singgah kedai makan nasi goreng kampung tambah telur mata plus plak dengan the o ais. Balik tu ngap plak cracker tp lipstic tu still maintain gak bibir. Dan bila pakai tu tak rasa pon dia melekit or berminyak kat bibir, rasa smooth je. Yang paling penting, bila pakai tu.. bukan sahaja dapat mencantik kan bibir dengan kaler dia yang super duper comel tu, malah dapat lembabkn bibir bg yang jenis ada masalah bibir kering. Sebab dia memang moisture balm.

Ah, aku promote dan puji tggi mélangit pon bukan aku dapat komisen pon tp just nak sharing ape yang aku rasa baik dan berguna untuk gurl lain. Maklumlah, hanya perempuan yang paham hati perempuan. hahaha



Sesape yang berminat, boleh cari kat Guardian or Watson.
Harga rm19.90 je.
Brand Silkygirl
Cari “ SILKYGIRL MOISTURE BALM LIPCOLOR”  03 Berry

Ada bermacam pilihan warna lagi tapi yang ni paling memikat hati aku.

Okey, sesape yang berminat, boleh beli dan cuba sendiri. Have fun !!!! babai

No comments:

Post a Comment