Hope Enjoy ngan blog saya...
...walaupun blog sy tidak meriah dan cantik mcm org len punya..:P

Popular Posts

Thursday, February 10, 2011

Warkah buat ADAM

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. sesungguhnya aku adalah hawa ,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu...


wahai ADAMku,


Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok, jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa ingin bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan. Adam..maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaum kamu diakhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam UrusanNYa. jika bilangan mu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilau suasana, Adam sama Adam bermusuhan berebutkan Hawa. 


Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu cicitnya. Pun begitu maka selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat dalam satu masa.


Adam,


Bukan kerana ramainya isterimu yang merisaukan aku,bukan kerana sedikit bilanganmu yang membimbangkan aku, tapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi telah tahu bahawa aku mesti tunduk ketiuka menjadi isterimu. Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.....


Adam, 


aku tahu bahawa dalam al-quran ada ayat menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku sentiasa redha dengan tuhanmu dan tuhanku.
TAPI Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,aku dan kaumku rata-rata telah menderhaka kepadamu. Ramai yang telah menyimpan jauh dari jalan yang ditetapkan.Asalnya Allah telah menetapkan kaumku tinggal dirumah. Dijalan-jalan, dipasar-pasar bukan tempatku. Jika aku terpaksa keluar dari rumah seluruh tubuhku harus ditutup dari hujung rambut kehujung kaki.


tapi realiti kini Hawa telah terlebih dari sepatutnya.


Mengapa kau biarkan aku begini??Aku jadi ibu. aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru keoada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku kemuka mengurus hal negara, aku kehutan memikul senjata . Padahal kau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panja tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu. Aoakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku??


Adam........


Marahkah engkau jika kukatakan andainya hawa terpesong , maka Adam yang patut tanggung!!!


kenapa??mengapa begitu ADAM??Ya..ramai orang mengatakan jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,jika murid bodoh,guru yang tidak pandai mengajar! Adam,kau selalu berkata, Hawa memg degil,tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihatkepala batu..pada hematku yang dhaif ini....


Adam...


Seharusnya kau tanya dirimu,apakah didikan mu terhadapku sama dengan didikan Rasulullah S.a.w terhadap isteri-isterinya??Adakah Adam melayan Hawa sama seperti psikologi Muhammad S.a.w terhadap mereka??Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap Hawa??


Adam, 


Kau sebenarnya iman dan aku makmunmu, aku adalah pengikut-pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar maka benarlah aku jika kau lalai maka lalailah aku. Kau punya kelebihan akal aku kelebihan nafsu...
Akalmu sembilan nafsumu satu manakala akalku satu dan nafsuku sembilan!! Dari itu Adam, pimpinlah tangan ku kerana aku sering terlupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkan aku kalimah syahdu dari tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad kedalam dadaku agar aku menjadi mujahid kekasih Allah.


Adam,


Andai kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akanhancur bila kaumku yang memerintah. Malulah engkau Adam,malulah pada diri sendiri dan pada tuhanmu yang engkau agungkan itu.


Maafkan aku sekali lagi Adam,seandainya warkah yang kulayang ini menimbulkan amarah dihatimu...jauh sekali dihatiku membuatkan kau keliru apatah lagi menjadi buntu..


Tetapi....percayalah!!!...bukan emas yang kucari..bukan belian yang kupinta...tetapi hanyalah hati yang tulus ikhlas dari mu Adam.


Dengarlah keluhan hati dariku buat dirimu Adam







ikhlas dari HAWA...

No comments:

Post a Comment