Hai, hari ni aku nak review satu liptics yang aku rasa sangat cun
dan cool warnanya ( eceeehhh, tak menahan ). Sesuai untuk org yang berkulit cerah or
berkulit kusam mcm aku nih..
Semalam, aku berjalan jalan membunuh masa kat Dataran Pahlawan,
tetiba terlintas nak masuk Guardian nak cari lipstic. Sebab yang sedia ada dah
tinggal nyawa-nyawa ikan. Singgah la sekejap. Amik masa hampir sejam je untuk
cari sebatang liptstic. Alah, biasa la perempuan.. jgn nak mengata aku dalam
hati ea… hahahahaha
Akhirnya, lepas pilih punya pilih, aku berkenan la dengan satu
lipstic brand silkygirl. Warna dia betol-betol buat aku rasa mcm princes Elsa
dalam frozen tuh. Hahaha.. warna dia takde lah semangat sangat, nampak nature je kat bibir adn im falling in love dengan warna tuh heheeeee
pada aku warna ni sgt natura, tak terlalu heavy! mungkin kalau bagi yang berkulit putih melepak boleh amik kaler yang lagi garang or pink yang lebih manja. |
Harga memang tak mahal, mampu milik dan yang penting tahan lama di
bibir. Testimoni aku sendiri la, aku pakai tester yang kat kedai tu, then aku
balik singgah kedai makan nasi goreng kampung tambah telur mata plus plak
dengan the o ais. Balik tu ngap plak cracker tp lipstic tu still maintain gak
bibir. Dan bila pakai tu tak rasa pon dia melekit or berminyak kat bibir, rasa
smooth je. Yang paling penting, bila pakai tu.. bukan sahaja dapat mencantik
kan bibir dengan kaler dia yang super duper comel tu, malah dapat lembabkn
bibir bg yang jenis ada masalah bibir kering. Sebab dia memang moisture balm.
Ah, aku promote dan puji tggi mélangit pon bukan aku dapat komisen
pon tp just nak sharing ape yang aku rasa baik dan berguna untuk gurl lain.
Maklumlah, hanya perempuan yang paham hati perempuan. hahaha
Sesape yang berminat, boleh cari kat Guardian or Watson.
Harga rm19.90 je.
Brand Silkygirl
Cari “ SILKYGIRL MOISTURE BALM LIPCOLOR” 03 Berry
Ada bermacam pilihan warna lagi tapi yang ni paling memikat hati
aku.
Okey, sesape yang berminat, boleh beli dan cuba sendiri. Have fun
!!!! babai
No comments:
Post a Comment