Assalamualaikum….tentu
semua akan tertanya-tanya…kenapa tentang sunan…bukan tentang Dhia…drama yang
agak popular di tv3 tuh…so sori lah..aku x minat sgt citer 2…padahal tiap2
petang layan citer tuh…hahaha
Ok..berbalik
pada tajuk ni…sape sunan ni?? Kenapa aku minat sgt dengan sunan?? Dia wujud
ke?? Sebenarnya yang aku tahu….sunan ni memg ada…ia memg wujud tapi kalu
laksamana sunan a.k.a saifudin jalis ni aku x konfem lah kan......hehe….tapi
yang aku tahu, sunan ni adalah gelaran yang diberikan pada seseorang yang warak
dan alim….yang aku tahu juga..gelaran sunan banyak digunakan dari dulu2
lagi..sebagai contoh sunan ampel, sunan bonong n banyak lagi…
Tapi
sunan yang aku nak cerita ni x de langsung kaitan ngan sunan-sunan kat atas
ni…sunan ni adalah sunan yang telah ‘dicipta” oleh seorang penulis hebat iaitu
Ramli Awang Mursyid..seorang novellis thriller no satu mesia….novel dia memg
pergh…terbaik giler….aku nak sentuh cikit pasal sunan…sunan atau nama
sebenarnya saifudin jalis adalah seorang hamba Allah yang diangkat sebagai
pahlawan di dalam karya beliau. Beliau telah berjaya menghidupkan watak sunan
dengan baik sekali sehingga membuatkan ramai wanita-wanita diluar sana yang
membaca karya beliau jatuh hati kepada sunan termasuklah aku…hehehe..
Karya
sunan beliau yang pertama adalah Bagaikan Puteri. Novel ini mengisahkan haryani
dan laksamana sunan jatuh cinta antara satu sama lain.pertemuan dua insan ini
dalam satu dimensi diluar jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal.
Mereka dari zaman yang berbeza…haryani terperangkap dalam perkelahian antara
kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang , penuh ranjau dan
cabaran membuatkan mereka memendamkan cinta di hati.
Karya
sunan beliau yang kedua adalah cinta sang ratu. Ia mengisahkan kesinambungan
dari novel pertama yang mana di dalam novel ini, pernikahan antara laksamana
sunan dan sang ratu telah berlaku menyebabkan air mata aku mengalir kerana
cemburu….hahaha….* tak releven kan??
Tapi itu reality..aku cemburu sangat dan merasakan sunan itu wujud dan
beranggapan Ratna sang ratu telah merampas sunan dari aku…* siapa Ratna sang
ratu?? Ratna adalah anak angkat kepada Maharani pulau utara iaitu pemuja taghut
terkutuk yang menyekutukan Allah…seterusnya sebagai pewaris tahta Pemerintahan
Pulau Utara… pertemuan antara Ratna dan Sunan terjadi apabila Ratna Sang Ratu
telah berjaya menewaskan sunan dengan melakukan serangan curi. Namun hati
hawanya tiba2 tercuit rasa bersalah membawa kepada penemuannya dengan Sunan dan
hidayah Allah telah memasuki hatinya dan menyebabkan Sang Ratu memeluk islam.
Semasa dalam proses sunan merawat sihir dari tubuh sang ratu..mereka telah
dinikahkan bagi mengelakkan fitnah.
Karya
Sunan beliau yang ketiga adalah hijab sang pencipta. Di dalam novel ketiga ini menceritakan
sunan telah melangkau masa dari kurun ke15 telah melewati relung masa ke
alaf21. Satu perkara yang tak masuk dek akal tapi boleh diterima jika
memikirkan nya dengan kekuasa dan kebesaran Allah SWT. Hal ini terjadi apabila
Saifudin aka laksamana Sunan telah menjadi buruan org istana setelah beliau
“menghantar” Haryani kembali ke alaf21. Saifudin telah mlarikan diri ke gua.
Disitulah bermulanya keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk
smpai ke alaf 21. Sekali lagi saifudin bertemu dgn haryani dan kisah cinta yang
melangkau masa mekar semula. Namun, kejahatan yang sentiasa mengiringi setiap
injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan durjana musuh mengakibatkan
sengketa yang tercetus di langit kembali lagi.
Karya
Sunan beliau yang keempat adalah cinta sufi. Di dalam cinta sufi, menceritakan
keadaan sunan yang telah kehilangan kudrat sebagai pahlawan setelah melewati
relung masa ke alaf21. Kali ini mengisahkan cinta tiga segi antara Luna,
Laksamana sunan dan Catalina. Catalina adalah balu kepada Aryas Do Lopo.
Setelah kematian suaminya, catalina mencari lelaki “bertanduk dua “ yang hadir di dalam mimpinya. Tanpa di duga,
takdir menentukan Laksamana sunan adalah lelaki yang dicari oleh Catalina.
Malangnya ketika itu laksamna sunan bukan lagi wirawan.Kudratnya lenyap dan
ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, namun dia telah
diselamatkan oleh cinta yang di pendam Luna.
Karya
kelima beliau adalah sutera bidadari. Di dalam novel ini, saifudin muncul
semula dari tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan
hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke negeri Atas Angin untuk memburu taghut
durjana.Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun sunan terus berazam
dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
p/s
~ ini adalah sebahagian dari kisah-kisah sunan. Jika ingin mengenali sunan
dengan lebih “rapat” ..silakanlah dapat kan karya-karya beliau di kedai buku
berhampiran..* iklan 2 minit…hehehe
Siapa yang tak suka Laksamana Sunan? Sudahlah tampan, bertubuh sasa, mahir bersilat, dan warak. Full package utk wanita-wanita di luar sana. Haha.
ReplyDeletebetol tu.. tapi nak cari yg macam sunan sekarang.. memang satu dalam sejuta lah.. heheheeee
Delete